Showing posts with label kata pujangga hadith al-Quran. Show all posts
Showing posts with label kata pujangga hadith al-Quran. Show all posts

Monday, June 20, 2011

.: 5 perkara sebelum 5 perkara :.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 
 
Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

 
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan



Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja


 Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.


 Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.




sharing is caring,
ana mu$lihah

Wednesday, February 9, 2011

Selawat Nur Muhammad > translation !!





Album : Nur Muhammad
Munsyid : In-Team & Unique
http://liriknasyid.com

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.


Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya


Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku


Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.


Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya


Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.


Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.


Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Friday, November 19, 2010

.:ingatan buat sumer:.

by : ana_muslihah


"Bila mana diri ini diwaqafkan untuk perjuangan Islam,
jangan sesekali berniat unutk meloloskan diri.
Sekali melangkah kehadapan,
maka teruskan langkah itu.
Janga pernah terlintas untuk melepaskan
ikatan rabithah perjuangan.
Walau ribuan tribulasi melanda
yakinlah dengan apa yang kita lakukan
nescaya kemenangan pasti tiba.
Derita kita adalah derita ummat terdahulu.
Penat kita hari ini untuk generasi akan datang.

Selamat berjuang di medan masing2!!!

Wednesday, November 3, 2010

cintaku padamu kerana agamamu..

by : ana_muslihah


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika hilang agamamu,
Maka hilanglah cintaku padamu".
[IMAM NAWAWI]

~ukhuwah fillah abadan abada~

p/s : kiriman dri ukhti hamiza nun di terengganu =)

Tuesday, October 26, 2010

kasihkanlah aku pada mereka..

Ya Allah,
Mereka ini banyak berkorban untukku..
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil..
Berkatilah umur mereka..
Engkaulah yang melabuhkan rasa cintaku pada mereka..
Kerana Engkaulah,
Aku sangat kasih akan mereka..
Cuma terkadang caraku itu melukai hati mereka..
Maafkan aku..
Terima kasih yang tidak terhingga ,
Kerana diri ini sentiasa di dalam doamu..

Saturday, October 23, 2010

opick
Ya Nabi Salam



Ya Nabi Slam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika,
Solawatullah Alaika,

Engkau cahaya menerangi gelap dunia,
Engkau pelita dalam gelap jiwa,
Engkau kekasih yang di damba setiap wajah,

Engkau Muhammad ya Rasulullah,

Ya Nabi Allah, 
Pelita hatiku,
Penerang jiwa mataku,

p/s : lagu favourite=)




Saturday, October 2, 2010

jalan yang lurus..

by : ana_muslihah


"Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan".
~Ibnu Athaillah~

Friday, December 25, 2009

kapal di lautan


kapal di lautan
by : ana_muslihah



assalamualaikum..

minggu nie minggu byk perkongsian, jadi dapatlah ana post kat byk sikit artikel.. Analoginyer begini..

ada satu kapal nie, ader tiga floor.yg first tu golongan atasan. yang kedua tu golongan tengahan n bawah sekali tu kirenye golongan bawhan ler.. air sgt2 dijdikan keperluan asa oleh mereka sume.
tapi, kalo nak ceduk air kene guner tali n timba dari deck atas sekali..
pastu timbul ler perasaan yg golongan bawahan nie raser terbeban n kate, "aper kater kita tebuk jer lantai kapal nie..senang nak amik air. x payah naik ke deck atas.."

golongan atasan tue kater "x boleh, nnti habis lah kiter sumer..sekali ader liubang kecil kat lantai kapal tu, pastilah akan tenggelam keseluruhan kapal ni"

golongan pertengahan plak kater, "x per..biarlah buat aper2 nak susah2? biarkan jer lar.."

nak direlatekan dgn kehidupan kita skrg nie ialah, golongn atasan tu mcm glgn yang faham agama..glngan ke2 ialah golongan yg fikrahnyer sederhana dalam agama.. x raser diriya patut menyampaikan ilmu yg dier ader dlm dirinya untuk manfaat org laen..
Walaupun pada hakikatnya, rasulullah s.a.w. bersabda 'dan sampaikanlah walaupun satu ayat pun dariku'

golongan bawahan plak ialah golongan yg kurang faham tentang agama Islam..

begini yer..dlm surah al-Araf ader menyatakan, yang kite perlu menegur seorg muslim yg laen atas dua sebab iaitu
~agar org yang ditegur itu berubah menjadi lebih bertakwa
~agar kite mempunyai hujah di depan Allah kelak atas aper usaha kita untuk jihad di jalan Allah..

mcmtu ler.. golongan ke3 tdi die x faham tentang agama..jadi tugas golongan pertama ituler yg perlu mengajarkan mereka..Jgn jadi seperti golongan ke2 yg ambil enteng tentang konsep dakwah yg hukumnya farhu ain bagi situasi kita sekarang ini..

jadi sahabat!!
yok kite same2 ajak ke arah kebaikan.. x semestinya melalui hadis n ayat al-Quran shja, tetapi boleh juge melalui perlakuan, pakaian, ajakan, idea yg menjurus ke arah Islam dn nasihat2 yang membawakan kebaikan kerana Islam itu sendir sgt relate dgn sumer aspect kehidupan harian kite..dan kita dapat kembalikan bi'ah solehah

Moga Allah merahmati diri kita sumer..

wallahu'alam..

Thursday, November 26, 2009

Hadiths

Hadiths

by : ana_muslihah



Tiada yang lebih berat dalam timbangan orang beriman pada
Hari Pengadilan daripada tingkah lakunya yang baik.
Allah SWT melaknati orang yang bermulut celupar
dan biadap.
Riwayat al-Tirmizi

Orang yang baik dalam kalangan kamu ialah orang
yang baik pergaulannya dengan keluarganya dan aku adalah yang
paling baik antara kamu.
Riwayat al-Tarimizi

Tidak termasuk dalam kalangan kami mana2
perempuan yang menyamai lelaki dan mana2 lelaki
yang menyamai permpuan.
Riwayat Imam Ahmad

Si alim yang tidak beramal dengan ilmunya,
akan diazab terlebih dahulu daripada penyembah berhala.
Riwayat Imam Malik

Allah SWT tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada
org yg tidak menunjukkan belas kasihan kpd org lain.
Riwayat Bukhari & Muslim

Empat jenis manusia yang tidak Allah SWT memasukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya ialah peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak yatim dan derhaka pada ibu bapanya.
Riwayat al-Hakimi

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud,
"Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit,
kemudian kamu bertaubat nescaya Allah SWT
memberi keampunan kepadamu."
Riwayat Ibnu Majah