KENAPA MANUSIA PERLU KEPADA AGAMA?
Salam alaykum...
Topic nie ana kena present dalam word n present kat kelas dalam kelas TITAS first sem..
jadi ana nak share dengan sumer..
Setiap manusia tidak boleh lari daripada kehidupan beragama. Sepanjang pembacaan n kefahaman ana, ada 4 sebab :
SEBAGAI PERATURAN UNTUK HIDUP DI MUKA BUMI INI.
Agama memang mengandung peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan.
Kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia berperaturan. Mereka mempunyai pertimbangan dosa dan pahala. Mereka akan bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri, bimbang dimurkai oleh Maha Pencipta.
UNTUK MENJAWAB SEGALA PERSOALAN FITRAH YANG AKAN TIMBULDALAM DIRI SETIAP INSAN.
Siapakah dirinya yang sebenar?
Bagaimanakah asal-usulnya?
Bagaimana ia dicipta?
Dari mana dia datang?
Untuk apakah dia hidup di muka bumi ini?
(52 : 56) – Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah
kepada-Ku
Siapakah yang mencipta dan menguruskan alam yang luas ini?
(57 : 5) – Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan Hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
Apakah kehidupan hanya berakhir dengan kematian?
Kemanakah dia akan pergi selepas alam kematian?
(83 : 4-6) – Tidakkah mereka itu mengira, bahawa seseungguhnya mereka akan dibangkitkan , pada suatu hari yang besar, (iaitu) pada hari (ketika semua orang menghadap Tuhan seluruh alam.
Semua persoalan-persoalan ini tidak akan ditemui jawapannya melainkan dengan merujuk kepada agama. Agama akan menjelaskan bahawa manusia dan alam ini adalah di cipta oleh Maha Pencipta. Hidup manusia di alam ini pula diuruskan oleh Maha Pencipta. Agama akan menegaskan bahawa kehidupan di dunia bukanlah segala-galanya. Di
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
“Akan Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran ) Kami di ruang angkasa lepas sehingga terbukti bagi mereka bahawasanya Dialah (Tuhan) yang sebenar. ”
(Al-Fussilat: 53)
AGAMA MENENANGKAN JIWA PEMELUKNYA.
lmu menjawab pertanyaan yang dimulai dengan bagaimana dan agama menjawab yang dimulai dengan mengapa. Ilmu selalu mengeruhkan fikiran pemiliknya sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus.
AGAMA MENJELASKAN BAGAIMANA UNTUK KITA MENGURUSKAN MUKA BUMI INI DENGAN SEBAIKNYA.
Mampukah akal manusia semata-mata digunakan untuk memikirkan cara memakmurkan muka bumi yang Maha Esa ini? Jawapannya, akal manusia tidak mampu bersendirian untuk memikirkan kaedah memakmurkan bumi ini. Justeru,manusia memerlukan panduan daripada ALLAH Yang Maha Pencipta.
Asif sbb panjang sket..
Wallahu'alam..
mohon share ea =))
ReplyDeletePenerngn yng hebat serta menerangkan dgn mantap
ReplyDeleteTerima kasih.. Penerangan yg mntap ..Minta izin cp ye
ReplyDelete