Tuesday, January 5, 2010

kepada siapa kita berdakwah???


kepada siapa kita berdakwah???
by : ana_muslihah

bismillahirrahmanirrahim...

maaf atas kelewatan menge'post' blog mgu nie..
kat sini ana nak bagi pendapat dan yg paling tepat menyampaikan ilmu yg ana bacer dri buku lame kat mini library rumah ana bru2 nie.. tajuknyer,

"suri teladan di sepanjang jalan dakwah"


persoalannya...
Kepada siapa kita berdakwah kini? Dahulunya pada zaman nabi Muhammad s.a.w. , baginda dan para sahabat berdakwah atau menyampaikan seruan Allah kepada orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Pelbagai dugaan yang mereka terpaksa harungi demi menegakkan kalimah 'lailahailallah'.. Ini menunjukkan iman mereka pada zaman Rasulullah s.a.w. begitu mantap sehinggakan mereka tidak kisah diseksa bagaimana cara sekalipun tetapi mereka tetap dengan pegangan mereka iaitu Islam..

tetapi...

pada hakikatnya kini..kita haruslah sedar yang kiter sebenarnya berdakwah kepada saudara kita sendiri.

Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.(hujurat : 10)

Ini kerana kita yang berusaha untuk menjadi dai'e ini haruslah mengajar dan membantu sahabiah kita untuk kembali kepada cara hidup yang benar2 berlandaskan islam. Ini tidak lain tidak bukanlah kerana Islam yang tercatat di dalam MyKad kita itu merupakan agama anutan yang diwarisi..(islam warisan). Nauzubillah.. moga2 kita sedar bahawa islam agama suci indah yang kite sedang anuti ini bukan lah agama warisan tetapi agama yang kita pegang, agama yang kita anutinya kerana Allah SWT. Segala yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian kita semuanya berkait rapat dengan islam.

Rabbaniyah, Syumuliah, Alamiyah, Waqii'yah, Inqilabiyah, Thabat wa maghunnah..

Sedarlah sahabat, bahawa kita sekarang sedang diperang secara psikologi.. dimana kita sendiri yang harus berwaspada dalam menongkah arus kehidupan di dunia ini sebagai KHALIFAH ALLAH..

wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment