Thursday, April 1, 2010

Mushaf dan Laut..

by : ana_muslihah


Bismillahirrahmanirrahim..


Jika ikhlas niat kita, ia akan memberi kesan yang besar dlm setiap yg kita lakukan..Percayaah, Allah mengetahui setiap apa yang kita fikirkan dan ingatlah Allah tidak melihat hasil sebaliknya usaha yang telah kita lakukan..

Ini kisah seorg pemuda yang kelihatan bersahaja di tepi pantai.Kelihatan pemuda-pemudi sedang bersantai tanpa segan silu duduk berdua-duaan smbil memegang tgn dan hanya sebilangan kecil yg tidak tahu tentang haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan. Mungkin nagi ana cara yang oleh dilakukan hanyalah dgn menegur mereka dan mengeluarkan hujah2 dan dalil2 tentang haramnya melakukan sebegitu..

Tetapi kisah pemuda di dlm sebuah buku ini membuatkan ana berasa takjub dan percaya bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita selagi mana niat di hati kita untuk kembalikan izzah islam itu sendiri.

Si pemuda ini melihat gelagat muda-mudi yg boleh jadi selingkungan umur dengannya. Dia melintas jalan dan pergi ke kawasan tepi pntai berhampiran dengan muda-mudi yang sedang berseronoka tadi dan berhenti sejenak. Kemudian dia mengeluarkan mushaf kecil dri poketnya dan mula membanya ayat suci al-Quran itu dengan penuh penghayatan. Subahannallah.. Tangan-tangan yg sedang berpimpinan tadi mula lerai satu persatu dn mereka beredar dri situ.

Tampaklah bahawa pemuda ini telah menyelamatkan pantai yang bersih dan indah itu dari dosa2 yang dilakukan oleh makhluk Allah yang lain iaitu manusia.  Percayalah bahawa dalam kita menegakkan agama Allah, terkadang kita tidak memerlukan kata2 kerana betapa teknik dakwah yang digunakan pemuda itu
lebih kuat dari besi dan lebih berbisa dari lidah..

wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment