Saturday, August 28, 2010

Ramadhan ini

by :ana_muslihah



Hari ini sudah 18 hari aku di bulan ramadhan. Hampir memasuki fasa ke 3 di bulan ramadhan. Tendetik dalam hatiku adakah aku beribadat dengan sungguh-sungguh di dalam bulan yang penuh baraqah ini? Adakah amalan ku diterima? Adakah ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya? Teringat akan tazkirah yang disampaikan akhi di kolejku malam jumaat baru ini, "Iktikaflah di masjid pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan.Kerana di dalam nya ada satu malam yang kita harus cuba untuk mendapatkannya iaitu Lailatul Qadr.Cuba haramkan kaki kalian wahai muslimin untuk berada di bilik.Dan bagi muslimat iktikaflah di bilik."

Cari ruangan sesuai untuk kita berasa dekat dengan Allah. Kenapa di saat sujud itu kita rasa dekat dengan Allah dan sangat tenang?Kerana kedudukan itulah semua anggota kembali pada tempat asal. Hati akan tenang. Kenapa menangis itu perlu dalam kita beribadah? Kerana untuk rasa dekat dengan Maha Pencipta. Untuk membuatkan kita sedar tentang anugerah yang telah Allah kurniakan pada kita tetapi kita tidak membalasnya dengan yang setimpal.Jika Allah tarik nikmat yang kecil dalam kehidupan kita adakah kita masih dapat hidup seperti saat ini? Dan nikmat-nikmat ini tidak terhitung banyaknya. Jika asbab ini tidak mampu membuatkan kita menangis, maka menangislah kerana kita tidak mampu menangis.Keras sangatkah hati kita ini sehingga terlalu ego untuk mengakui Kuasa Sang Pencipta.Subahanallah.


Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
Ramadan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan
akhirnya dijauhkan daripada azab api neraka.
 
Nasihat ini untuk diri yang sedang menaip ini juga.Sama-samalah kita meningkatkan amal ibadat dan jangan pernah lelah dalam membawa Islam.

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama...(al-Hajj:78)

Kerana belum tentu kita berkesempatan untuk bertemu dengan bulan penuh baraqah ini lagi. Gunakan peluang yang terbentang di depan mata sebaiknya.

SELAMAT BERIBADAH!!!Moga istiqamah..

No comments:

Post a Comment