Wednesday, September 29, 2010

bagaimana diriku di pandanganNya?

by :ana_muslihah

Alhamdulillah yang tidak terhinggap dapatku ungkapkan kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang Allah kurniakan pada diriku yang kerdil lagi hina ini. Setiap gerak jari jemariku, kelipan kelopak mataku, hirupan udara di malam ini tidak lain tidak bukan hanyalah atas belas kasih Allah SWT terhadap diriku. Tidak termampu untuk ku senaraikan kerana begitu banyak sampai terkadang tidak ku perasan itu merupakan nikmat yang dianugerahkannya.

Namun kenapa kita masih lalai dalam menjalankan amanah yang diperintahkanNya? Sudah penat barangkali dengan saban hari entah kemana dan untuk apa masaku dihabiskan.Sedar-sedar ini bukan lagi hari semalam. Sudah langsaikah amnahku? Ya Allah, terkadang diri ini tertatih-tatih keletihan dan penat dek kerana pekerjaan yang dilakukan.Tapi, bila difikir-fikirkan secara rasional pekerjaan ini hanyalah sangat sedikit dan tidak berat timbangannya jika dibandingkan dengan perjuangan zaman para sahabat dulu. Mungkin kini aku dibebeani dengan tanggungjawab dan amanah yang begitu berat bagiku, tetapi jika aku hidup di zaman mereka, siapalah diriku ini. Mungkin pengilap kasut barangkali kerana usaha ku ini 'no where' berbanding para sahabat dan jauh sekali rasulullah s.a.w..

Diri ini terkadang ibarat kereta yang tiba masanya, aku perlukan masa untuk diisi petrol untuk kembali beraksi di perjalanan. Begitu juga diriku yang kerdil ini yang perlukan masa untuk membetulkan diri dan muhasabah diri setelah tiba masanya aku terasa semua serba tidak kena.

Ya Allah, redhailah hidupku ini, kerana tanpa redhaMu, hidupku ibarat mainan yang tidak ada gunanya dan itu pastilah menjadi perkara yang sangat aku takuti.

Allah ada menyebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud,
"Jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka Aku redha(rela) kepadanya, bila Aku redha kepadanya, maka akanKu berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatanKu tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu,Aku marah kepadanya, bila Aku marah kepadanya,Aku melaknatnya".

Maaf sahabat-sahabat andai tiba ketika aku seolah melari diri dari kalian kerana aku ingin memperbetulkan diri untuk aku rasa diriku ini dekat denganNya dan rasa diri ini masih punyai tanggungjawab dan amanah yang sangat besar dan tidak akan terhenti sehingga aku dapat 'berehat' untuk selama-lamanya(abadi)..

wallahu'alam.



No comments:

Post a Comment