Monday, October 4, 2010

Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam???

by : ana_muslihah
In the name of Allah,

Mahu atau tidak kita sebagai mahasiswa/i ini harus melibatkan diri dengan isu-isu semasa dan mempersibukkan diri untuk mengulasnya menurut pandangan sendiri berdasarkan kajian yang sebaik mungkin. Dalam erti kata lain,cakna dengan isu semasa. Ini kerana jika mahasiswa yang dikatakan berada di dalam kepuk atau gedung ilmu ini sendiri tidak memikirkan sewarasnya dan se’rasional’ mungkin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka, apakah yang diharap pada masyarakat di luar sana yang susah untuk didedahkan dengan ilmu itu untuk memahaminya dan menyuarakan pendapat.

Keratan akhbar Jumaat l 1 Oktober 2010 l Dunia memaparkan tentang 'kebiadaban' Flemming Rose untuk menerbitkan buku yang bertajuk ‘Tyranny of Silence’ yang jelas menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. 

Aduh! Dimanakah sensitiviti diri ini terhadap isu ini kerana hanya mampu menulis di ruangan blog yang bukanlah semua membacanya. Namun ini inisiatif diri yang kerdil ini. Kalian bagaimana? Apakah cara kalian untuk menunjuk rasa sensitive kalian setelah kekasih Allah itu dihina demikian? 

Denmark jual buku kartun hina Nabi

2010/10/01 

Tyranny of Silence siar pendirian pelukis

COPENHAGEN: Sebuah buku mengenai karikatur Nabi Muhammad yang dibantah umat Islam beberapa tahun lalu akan diterbitkan walaupun ancaman disuarakan ke atas Denmark berhubung isu itu, kata penerbit, kelmarin.

Buku itu akan diterbitkan seperti yang dirancang, kata Karsten Blauert, dari akhbar Jyllands-Posten. 
Buku bertajuk Tyranny of Silence dijangka dikeluarkan semalam, lima tahun selepas hari pertama kartun itu muncul dalam akhbar berkenaan. Walaupun ia tidak akan mencetak semula kartun itu secara berasingan, muka dalamnya akan memaparkan gambar muka depan akhbar Jyllands-Posten yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad, kata Blauert.

Ditanya mengenai kemungkinan reaksi agresif terhadap penerbitannya, beliau berkata: Adalah jelas banyak perkara seperti itu berlaku, namun segala-galanya berjalan seperti dirancang dan tiada sesuatu yang mampu mengubahnya, katanya.

Buku itu adalah hasil tulisan Flemming Rose, yang menjadi pengarang budaya Jyllands-Posten ketika akhbar itu kali pertama menerbitkan muka depan memaparkan 12 kartun kontroversi itu pada 30 September 2005.

Lukisan itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia hing ga mencetuskan bantahan ganas ke atas kepentingan Denmark dan penduduknya pada 2006. Rose sendiri menerima ancaman bunuh sejak itu.
Dalam satu temuramah Ogos lalu, Rose menegaskan dia tidak berniat menimbulkan kekacauan dengan memasarkan buku itu sebaliknya hanya mahu menjelaskan kisah 12 lukisan yang dianggap menghina dengan meletakkannya dalam konteks gambar lain.

Adalah penting menulis buku itu, kerana kata-kata hanya dapat dijawab menerusi kata-kata, katanya.

Awal minggu ini, polis Norway berkata, seorang warga Kurdis Iraq ditahan pihak berkuasa negara terbabit berikutan disyaki merancang pengeboman serta mengakui sasaran utamanya adalah memusnahkan Jyllands-Posten. - AFP
~Keratan akhbar Berita Harian

No comments:

Post a Comment