Monday, January 31, 2011

pelajar kita di mesir?? WSY?

ana_muslihah



Pergolakan di mesir? What say you? Negara Islam yang tidak kurang hebatnya. Hebat dari segi apa? Tempat untuk mencari ilmu? Namun kalian juga banyak kali mematahkan hasrat umat islam yang lain di saat bersekongkol dengan ISRAEL laknatullah..

Pergolakan yang berlaku akibat penentangan rakyat yang bertembung dengan askar dan tentera. Lebih menyulitkan lagi keadaan, semua medium perhubungan, facebook, twitter, internet, talian telefon etc terputus. Ini menyebabkan kerajaan kita sukar untuk mengesan kedudukan pelajar di sana. Sedangkan pelajar di bawah penajaan JPA yang punyai maklumat yang cukup sukar untuk dikenalpasti kedudukan mereka, inikan pula pelajar bukan tajaan yang pastinya sukar untuk dikenalpasti lokasi mereka. 

Hasrat rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Husni Mubarak membuak-buak. Seramai 11, 318 rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana. Seramai 6,135 pelajar jurusan agama dan selebihnya perubatan. Subahanallah.. Ramainya. Bagaimana nasib kalian? Sahabat-sahabat saya juga. Semuanya berharap untuk dibawa pulang ke Malaysia sesegera mungkin. Di saat 6000++ banduan terlepas dan 'aim'nya rumah pelajar Malaysia. Doa kami moga kalian dilindungi oleh Allah SWT. Itu sahaja yang mampu dilakukan. Pohon doa kalian di luar sana juga. Kebarangkalian TLDM juga untuk memberikan bantuan?


Link web yang mungkin berguna untuk pembaca blog untuk isu ini;
(update keadaan dari masa ke semasa oleh student-student di sana)

Ada yang nak share? silakan..




2 comments:

  1. teringat isi email yg pernah diterima satu ketika dahulu~
    "Firaun x pernah mati,kerana ia ada dalam hati manusia zaman sekarang"

    ReplyDelete
  2. na'zubillah.. apakah petanda yang Allah ingin tunjukkan?

    ReplyDelete