Saturday, February 13, 2010

back to school!!!


bismillahirahmanirrahim..

bila ana sebut zaman sekolah, apa yang terlintas di hati kalian?? keseronokan? kenakalan? uniform? enjoy bersama teman-teman?

Mungkin ini sebahagian dari apa yang kalian fikirkan..tapi sejak tinggalkan dunia persekolahan 2 tahun ana dapat rasakan yang di sekolah itu bukan diri kita yang sebenar. kita terikat oleh peraturan yang mengongkong tingkah laku kita barangkali. Ia memang itulah hakikatnya, dunia pelajar sekolah dan mahasiswa jauh berbeza..

Pernah sewaktu di rehlah BADAR, kami ditanya apakah perbezaan diantara keduanya? Dunia mahasiswa memerlukan seseorang itu berdikari dan membuat keputusan yang tersendiri kerana jauh dari ibu bapa, guru sama sekali tidak. Cumanya kita sentiasa harus sedar yang Allah sentiasa berada dengan kita.. Subahanallah..

dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan oleh hatinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.(Qaaf : 16)

Dimana kita nak tahu diri kita yang sebenar? ana rasa bila kita di uni atau kolej kerana kitalah yang memilih sahabat2 kita, cara hidup kita, cara pemakaian kita, perilaku kita , nak kluar dengan siapa, balik pukul brpe dan sumernyer bergantung pada kita. Dimana kitalah pemandu bas yang memandu kehidupan kita.

Segala jawatan yang pernah disandang sewaktu di sekolah tidak semestinya menggambarkan perilaku kita sewaktu lepas sekolah. Mungkin ana sendiri x menggambarkan atau teruk dri zaman sekolah dimana ikhtilat sangat sukar dijaga bila lepas sekolah. Tapi percayalah hati itu penting.. Di dalam badan manusia ada segumpal daging yag dimana jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhannya.Itulah hati.

Sedarlah, sahabat dan mungkin sekali ada yang bolehku panggil adik2ku.. Di sekolah itu bukanlah diri kita yang sebenar.. Kita dikawal atau dipagari oleh satu peraturan yang mengawal kita dari anasir2 luar. Tpi bila kita dah kluar nnti kita seolah menydut segala2nya dan pentingnya agama untuk menapis yang tidak elok. Ramai sahaja sahabat2 ku yang hampir ana tidak kenal itukah diri mereka yang sebenarnya sekarang. Jauh berbeza dengan diri mereka dulu.

Ana jadi rindu dengan diri mereka dulu. Dan ana jadi sedih dengan sebilangan kecil dri mereka yang ana sgt respect dengan kehebatan karakter mereka dulu.Mungkin mereka pun beranggapan begitu terhadapku, tapi ana sentiasa sygkan sahabat2 ana..
buat adik2ku yang masih di sekolah, jadikanlah sekolah sebagai tempat anda untuk memantapkan diri kalian bila keluar nnti..

wallahu'alam..


2 comments: