Friday, February 5, 2010

indah pada waktunya

by : ana_muslihah


Bismillahirahmanirrahim..
Indahnya waktu itu bila kita dapat gunakan ia dengan semaksimum dan seberapa kualiti yang mungkin. Kita semua sama. Dikurniakan dengan 24 jam sehari. Tetapi mengapa ada yang merasakan tidak cukup dengan waktu itu dan ada yang merasakan begitu luang sehingga tidak keruan kerana kebosanan kerana masa berlalu terlalu perlahan.
Ana berasa terpanggil untuk kongsi bersama kalian tentang masa setelah ana baca sebuah buku karangan Parlindungan Marpaung yang bertajuk Mencari Makna Hidup sewaktu menunggu kehadiran Ustaz Zahazan di masjid semalam.
biar warkah kali ini turut mengingatkan diri ana tentang 'How Precious Time Is'
Bagi mengetahui nilai satu tahun..tanyakanlah
Text Colorkepada murid yang gagal dalam ujian akhir tahun
Bagi mengetahui nilai satu bulan..tanyakanlah
kepada ibu yang melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
Bagi mengetahui nilai satu minggu..tanyakanlah
kepada editor sebuah majalah berita minggu
Bagi mengetahui nilai satu hari..tanyakanlah
kepada buruh harian yang mempunyai enam anak
Bagi mengetahui nilai satu minit..tanyakanlah
kepada kekasih yang sedang menunggu waktu bertemu
Bagi mengetahui nilai satu saat..tanyakanlah
kepada orang yang terselamat daripada kemalangan
Bagi mengetahui nilai satu milisaat..tanyakanlah
kepada pemenang pingat perak dalam sukan Olimpik
Berkaitan tepati masa pula, orang melayu pula seringkali dikaitkan dengan pepatah 'janji melayu' dimana tidak menepati masa. Adakah ini mitos atau streotaip yang mmg tidak benar? Tepuk dada, tanyalah iman.. Ana kini juga sedang berusaha sedaya upaya untuk menepati masa dalam setiap perjumpaan yang ana akan hadiri kerana jika andai di antara kita berfikir "Biarlah aku lewat sedikit kerana majlis semestinya bermula lewat sedikit seperti kebiasaan".
Jika semua memikirkan hal yang sama, tidakkah kalian rasa kita sendiri yang menghasilkan kebiasaan itu? dan bagaimana majlis2 lain akan menepati masa kalau semua orang berfikir seperti ini??
Ramai orang gagal untuk hidup hari ini kerana mereka menghabiskan kehidupan mereka dengan cita2 untuk menggapai hari esok. Sesuatu yang sudah ada dalam tangan mereka hari ini tidak mereka hiraukan. Tetapi mereka hanya berminat dengan masa depan mereka. sedar-sedar, masa depan mereka sudahpun berlalu pergi dan menjadi masa lampau.
Mengharapkan masa depan tanpa pernah melan=burkan potensi diri untuk hari ini dianalogikan seperti seorang petani yang mengharapkan tuaian tanpa menyemai benih dahulu. Tidakkah dia akan kerugian??
Lihat betapa berharganya nilai masa sebenarnya. Ana teringatkan sebuah hadith dimana bunyinya begini, air akan dirosakkan oleh statik airnya, dan pemuda akan dirosakkan oleh lapang waktunya keran bila mereka terasa waktu senggang itu teralu panjang meraka akan cuba menghabiskan masa lapanh meraka dengan perkara2 yang lagha. Jadi ayuhlah kita sibukkan diri kita dengan ibadah kepada Allah.. Niatkan setiap yang kuta lakukan kerana Allah, insyaAllah, itu dikira ibadah..
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta seling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(al-'Asr)
You can't manage time.
You manage your use of it or else time
will manage you!!
wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment