Friday, May 14, 2010

aku bertaubat ya Allah..

by : ana_muslihah




Bismillahirahmanirrahim..


Aper topik nak di'share' kali ni?? Berkaitan taubat.. Setiap kali bila ada yang menegur sahabatnya kapankah dia akan bertaubat akan kesilapannya seperti membuka aurat, bercakap kotor, melakukan perkara-perkara yang 'lagha' , ini jawapannya;


"Rilexlah brother. Jiwa remaja, masih panas lagi. Esok lusa bile dah tua sket, taubat la.Time tu aku pakai lebai setiap masa, pegi masjid, buat benda-benda baik jer macam lu. Tapi gua tak 'ready' le sekarang ni. Muda lagi kot.."


Namun, ini semua adalah bisikan syaitan di telinga manusia. Ini tipu daya makhluk laknatullah ini yang sentiasa igin menyesatkan anak cucu Adam a.s.. Andailah hari ini hari terakhir kita hidup di muka bumi ini? Adakah kita bersedia kembali kepadaNya? Tidak sempat menutup aurat, tidak sempat memohon kemaafan, dan tidak sempat bertaubat. Inikah yang kita harapkan di kesudahan hidup kita? Nauzubillah. Manusia hanya mampu merancang namun tidak semua menjadi kenyataan kerana Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya.





Disebabkan itulah kita dituntut supaya menyegerakan taubat dan bertaubat saban hari. Ini dapat mengelakkan diri kita dari menggumpul DOSA. Mungkin ada yang berfikir, "Kalau aku pakai tudung nie, kejap bukak kejap tutup. Baik tak payah! Better tak pakai terus." Hhrrmmm.. Bukan dalam konsep tutup aurat sahaja tapi dalam konsep melakukan amalan sunat juga. Kadang-kadang  terlintas dihatiku.


 TUPTUP!!!


 Ustazah Bashariah yang berpurdah itu mengulas bab ini. Katanya, syaitan sentiasa mengajak kita untuk menangguhkan taubat dengan memberatkan hati kita untuk berasa gusar bila kita tidak dapat tinggalkan dosa itu secara keseluruhannya. Kita terkadang rasa tidak bersedia untuk bertaubat kerana rasa kita akan melakukan perkara yang sama dan belum saatnya. Terkadang pula berasa malu untuk melakukan kebaikan kerana takut orang fikir kita ini waraq benar. Aduh!! Jahatnya syaitan memutar belit dan menggusarkan hati kita dengan benda-benda yang tentu arah.


Jadi, turut menasihati diri yang sangat kerdil serta banyak kekurangan ini untuk sama-sama melazimi bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha(bersungguh-sungguh).


Rukun-rukun taubat ;
  • Tinggalkan terus dosa itu.
  • Menyesal dengan sungguh-sungguh.
  • Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment