by : ana_muslihah
alhamdulillah..
Ungku Aziz : televisyen merupakan pesaing utama kepada televisyen. Benar atau tidak? Tepuk dada tanya diri. Secara jujurnya memang benar kerana selalunya jika di 'hostel' , jika masa terluang pastinya buku menjadi madah utama. Sambil baring, buku menjadi peneman kerana itu akan menambah input diri lebih-lebih lagi yang bergelar mahasiswa kerana ilmu itu penyuluh kehidupan.
Bahan bacaan pula dipelbagaikan untuk mengelak ke'boring'an. Tapi, bila di rumah televisyen merampah gelaran 'madah utama' diwaktu lapang. Tambahan pula jika melanggani astro. Siarannya menjangkaui ratusan siaran. Tengok atau tidak, bil sudah pun berbayar. Jadi, kenalah tengok se'maksimum' mungkin supaya berbaloi dengan bayaran. Mungkin inilah yang difikirkan ramai diantara kita.
Secara tidak langsung, masa luang yang selalunya digunakan untuk membaca dan bergelumang dengan ilmu di menara gading beralih ke televisyen yang menjadi sumber utama perang minda(ghazwul fikr) zaman kini.Adik-adik kita yang dibiasakan menontoni siaran-siaran ini tanpa sekatan atau ada 'limit' merasakan itulah budaya yang biasa diamalkan di luar sana. Bahana sungguh televisyen ini. Namun menyekatnya terus bukan cara penyelesaian kerana kini terdapat juga siaran-siaran yang sangat memberi input-input yang berguna dan memberi makanan kepada jiwa dan rohani kita seperti Tanyalah Ustaz, Mari Mengaji, Usrah, Halaqah, dan yang terbaru akademi imam muda.
Subahanallah, jika adanya pihak yang mampu mengawal susur gaklur masuk media ini dengan lebih baik pastinya televisyen buku dilabel lagi menjadi 'versus' kepada buku(bahan ilmiah) sebaliknya ia menjadi penggalak kepada gedung ilmu.
Buku & Televisyen = sumber ilmu...insyaAllah
wallahu'alam.
Memang tepat sekali tv adalah cabaran utama kepada buku.Ingat tak masa azy n ayu attend kem MAPS Dr Asmadi dulu pun , lepas kursus dia larang peserta tgk tv selama 21 hari dan Alhamdulillah lepas tu mama notice korang dah tak minat tgk hiburan kat tv.
ReplyDeleteLagi pun undang-undang umah kita sejak korang sek rendah lagi, "no tv during week days" kan and it works!So apa-apa pun tepuk dada tanya selera kan..sebab bukan semua orang sama citarasa...