by : ana_muslihah
bismillahirahmanirrahim
Yahya bin Mu'az berpesan : "Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani)." Latihan riadah ini ada empat macam :
a) Sedikit makan.
b) Sedikit tidur.
c) Bercakap sekadar perlu.
d) Sabar menanggung gangguan orang lain.
Ini diambil dari sebuah buku yang baru dibaca ;
Rasulullah s.a.w bersabda :
Jangan kamu tumpaskan (kepekaan) hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air(secara ) berlebihan.
Hadis riwayat Al-Tabrani ;
Orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu di dunia merekalah orang yang akan kenyang di akhirat. Manakala orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang penuh sesak perutnya dengan makanan (sehingga menjadi gendut). Tiap seseorang hamba ( Allah) meninggalkan makanan yang amat diidaminya maka tiap itulah Allah menaikkan darjatnya di syurga satu darjat.
Sudah kita belajar dalam subjek Biologi di sekolah menengah lagi dimana tumbuh-tumbuhan yang terlalu lama terendam dalam air misalnya banjir akan mati disebabkan oleh 'acid' yang dihasilakan oleh dirinya sendiri. Begitu jugalah diri kita ini yang boleh rosak hati sekiranya terlalu banyak makan, 'melahap' kata orang.
Kenyang yang berlebihan membawa banyak padah dan akibat. Antaranya ialah penyakit jiwa dan badan sekaligus. Contohnya hati menjadi bengis dan keras (kurang timbang rasa), 'akal menjadi malap. banyak mengantuk dan suka tidur, syahwat berkobar, perangai bongkak dan malas beribadah. Kerana itu rasulullah s.a.w. menggariskan kaedah atau cara pemakanannya yang terkenal iaitu :
Sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk nafas.
Sambil makan pula, ingat-ingatlah saudara kita di tempat lain yang sangat terdesak memerlukan makanan dan betapa menderitanya mereka kerana tidak berupaya untuk hidup seselesa kita.Bersyukurlah dengan apa yang ada walau terkadang makanan yang terhidang berulang atau kurang sedap dan menyelerakan kerana masih ramai lagi yang langsung tiada makanan.
Dengan ilmu yang sedikit ini, JOM KITA BERAMAL!!!
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment