Saturday, June 5, 2010

syaitan yang menyesatkan!!!

by : ana_muslihah

Bismillahirahmanirrahim..



Kisah daripada sabda rasulullah s.a.w. ;
Pada suatu masa ada seorang pendita Bani Israil (amat kuat beribadah). Syaitan hendak merosakkannya lalu syaita merasuk seorang anak gadis (di kampung itu). Syaitan mengilhamkan kepada keluarganya bahawa anak gadis ini hanya boleh disembuhkan oleh pendeta tersebut sahaja. Keluarga anak gadis tersebut pun membawanya ke rumah pendeta. Pada mulanya pendeta enggan membenarkan gadis itu tinggal di rumahnya untuk berubat. Tetapi setelah didesak oleh keluarga anak gadis tersebut, ia pun bersetuju.Dalam tempoh berubat, syaitan telah berjaya memujuknya supaya mendekati anak gadis yang sakit itu. Akhirnya dengan godaan syaitan itu sampai bersetubuh dengan gadis itu sehingga hamil. Sejak itu syaitan pun menimbulkan rasa takut dalam diri pendeta itu. Ia berbisik: "Nanti bila datangkeluarganya tentu rahsiamu akan diketahui. Baik engkau bunuh saja perempuan itu, dan kalau keluarganya datang katakan ia sudah mati." Ia pun lantas menurut hasutan syaitan. Ia segera membunuh anak gadis tersebut dan menanam mayatnya. Setelah itu syaitan pergi menimbulkan rasa syak dan ragu kepada keluarga gadis. Ia membayangkan bahawa pendeta itu telah merogol, menghamilkan dan membunuh anak tersebut, dan menanam mayatnya. Apabila keluarganya datang mereka tidak percaya dengan cakap dan dalih pendeta. mereka akhirnya membuktikan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh pendeta itu. Dalam masa itu syaitan menjelma dan menemui pendeta. Syaitan berkata : "Aku yang telah merasuk anak gadis itu. Akulah yang membisikkan kepada keluarganya. Kalau engkau mahu selamat engkau ikutlah perintahku. Aku akan meleaskan engkau dari tindakan mereka." "Bagaimana?", kata pendeta itu. Jawab syaitan : "Engkau sujud kepadaku dua kali." Pendeta itu pun sujud kepada syaitan. Apabila ia sujud syaitan pun berkata : "Aku melepaskan diri dari kejahatan (kufur) yang telah engkau lakukan. (Aku tidak ada kena-mengena denga perbuatan syirikmu)."    Orang inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam firmannya :(Bujukan kaum munafiqin itu adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata : Kafirlah kamu"' justeru tatkala manusia itu telah kafir ia berkata :"Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Semesta Alam." (surah Al-Hasyr : 16)
Demikianlah kisahnya disebabkan oleh syaitan laknatullah. Sama-sama kita jaga ibadah dan lazimi dan basahi bibir dan lidah kita dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir, dan berzikir memuji Allah untuk mengelakkan hati kita mati dan menguatkan hati dari tipu daya syaitan dengan jarum-jarumnya yang menyesatkan kita.
wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment