Wednesday, October 27, 2010

kubahagia hari ini..

by : ana_muslihah




Bukan rekaan bukan dibuat-buat. Namun perasaan ini rasa lapang dan sangat gembira usai bersama adik-adik di surau tadi. Memori lama bersama sahabat-sahabat tercungkil kembali. Huh, hanya yang melalui tahu apa yang kami lakukan sem lepas. Saban hari terutama study week bersama sahabat-sahabat tersayang.

Namun bukan itu objektifnya. Coretan kali ini cuma ingin menyampaikan rasa ketenangan di hati apabila kita melakukan ibadah bersama-sama. Walaupun ia singkat dan sekejap namun ia menenangkan diri ini disaat diselubungi dengan assignment dan test yang menimbun.

Moral of the story, ingatlah, ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Diri ini masih cetek ilmunya, namun perasaan untuk mencurahkan segala apa yang ada di dalam dada ini untuk kebaikan bersama.Bukan aliran agama tidak boleh menjadi alasan untuk kita menyampaikan ilmu Allah.
Kedua, ukhuwah fillah(persahabatan kerana Allah) itu sangat complex untuk didefinisikan, namun percayalah salah satu cara untuk membentuknya adalah dengan makan, tidur dan solat secara berjemaah.Disitu keakrabannya akan bertambah.


Terima kasih adik-adik kerana membuatku gembira hari ini.Alhamdulillah..

Tuesday, October 26, 2010

kasihkanlah aku pada mereka..

Ya Allah,
Mereka ini banyak berkorban untukku..
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil..
Berkatilah umur mereka..
Engkaulah yang melabuhkan rasa cintaku pada mereka..
Kerana Engkaulah,
Aku sangat kasih akan mereka..
Cuma terkadang caraku itu melukai hati mereka..
Maafkan aku..
Terima kasih yang tidak terhingga ,
Kerana diri ini sentiasa di dalam doamu..

Saturday, October 23, 2010

opick
Ya Nabi Salam



Ya Nabi Slam Alaika
Ya Rasul Salam Alaika
Ya Habib Salam Alaika,
Solawatullah Alaika,

Engkau cahaya menerangi gelap dunia,
Engkau pelita dalam gelap jiwa,
Engkau kekasih yang di damba setiap wajah,

Engkau Muhammad ya Rasulullah,

Ya Nabi Allah, 
Pelita hatiku,
Penerang jiwa mataku,

p/s : lagu favourite=)




Kita umat yang mulia disisi Allah?

by : ana_muslihah







Ya rasulullah,,,

Riwayat hadith yang mengisahkah;

Baginda berkumpul bersama sahabat-sahabatnya,
(diantaranya SaidinaAbu Bakar, Umar, Usman, Ali dan yang lainnya)
Wahai para sahabat,
Tahukah kalian, siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah?

Para sahabta terdiam.Lalu salah seorang diantara mereka berkata,
Para malaikat, ya Rasulullah.Merekalah yang mulia".
"Ya, para malaikat itu mulia. Mereka dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih dan beribadat kepada Allah.Tentulah mereka itu mulia, tapi bukan itu yang ku maksudkan.

Kemudian seorang lagi berkata,
Ya rasulullah,tentulah para nabi,
Baginda tersenyum.
Ya,Para nabi itu mulia, merekalah utusan Allah di muka bumi.Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Tapi ada lagi yang lainnya.

Para sahabat tertanya, siapa lagi yang mulia?

Kemudian salah seorang sahabat bertanya,
Apakah kami sahabatmu, ya Rasulullah?Adakah kami yang mulia itu rasulullah?
Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia?Tentulah kalian mulia, tapi ada lain yang lebih mulia.

Baginda tundukkan wajah baginda.Baginda menangis dihadapan sahabat-sahabatnya.Para sahabat tertanya mengapa kau menangis ya Rasulullah. Air mata berlinangan membasahi pipi dan janggut baginda.

Wahai sahabat-sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Merekalah adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah kewafatanku. Mereka begitu mencintai Allah. Mereka tidak pernah memandangku, tidak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Saksikanlah sahabat, aku pun rindu kepada mereka. Mereka yang mulia itu, merekalah umatku.
Baginda menitiskan air mata dan sambil semua sahabat menangis.

Kitalah umat yang sering dirindui dan sentiasa didoakan kekasih Allah itu.Allahuakhbar!!!

Subhanallah.

Sudahkah kita mencintai Nabi Muhammad?
Sudah adakah air mata yang mengalir kerana rindu dan cintakan Nabi Muhammad?
Sudah berapa lama kita lalai dalam hidup di dunia ini?

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. moga dapat aku berjumpa denganmu di akhirat kelak, ya rasulullah, penghulu segala umat manusia..

inspired from = ESQ live

Monday, October 4, 2010

Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam???

by : ana_muslihah
In the name of Allah,

Mahu atau tidak kita sebagai mahasiswa/i ini harus melibatkan diri dengan isu-isu semasa dan mempersibukkan diri untuk mengulasnya menurut pandangan sendiri berdasarkan kajian yang sebaik mungkin. Dalam erti kata lain,cakna dengan isu semasa. Ini kerana jika mahasiswa yang dikatakan berada di dalam kepuk atau gedung ilmu ini sendiri tidak memikirkan sewarasnya dan se’rasional’ mungkin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka, apakah yang diharap pada masyarakat di luar sana yang susah untuk didedahkan dengan ilmu itu untuk memahaminya dan menyuarakan pendapat.

Keratan akhbar Jumaat l 1 Oktober 2010 l Dunia memaparkan tentang 'kebiadaban' Flemming Rose untuk menerbitkan buku yang bertajuk ‘Tyranny of Silence’ yang jelas menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. 

Aduh! Dimanakah sensitiviti diri ini terhadap isu ini kerana hanya mampu menulis di ruangan blog yang bukanlah semua membacanya. Namun ini inisiatif diri yang kerdil ini. Kalian bagaimana? Apakah cara kalian untuk menunjuk rasa sensitive kalian setelah kekasih Allah itu dihina demikian? 

Denmark jual buku kartun hina Nabi

2010/10/01 

Tyranny of Silence siar pendirian pelukis

COPENHAGEN: Sebuah buku mengenai karikatur Nabi Muhammad yang dibantah umat Islam beberapa tahun lalu akan diterbitkan walaupun ancaman disuarakan ke atas Denmark berhubung isu itu, kata penerbit, kelmarin.

Buku itu akan diterbitkan seperti yang dirancang, kata Karsten Blauert, dari akhbar Jyllands-Posten. 
Buku bertajuk Tyranny of Silence dijangka dikeluarkan semalam, lima tahun selepas hari pertama kartun itu muncul dalam akhbar berkenaan. Walaupun ia tidak akan mencetak semula kartun itu secara berasingan, muka dalamnya akan memaparkan gambar muka depan akhbar Jyllands-Posten yang memaparkan karikatur Nabi Muhammad, kata Blauert.

Ditanya mengenai kemungkinan reaksi agresif terhadap penerbitannya, beliau berkata: Adalah jelas banyak perkara seperti itu berlaku, namun segala-galanya berjalan seperti dirancang dan tiada sesuatu yang mampu mengubahnya, katanya.

Buku itu adalah hasil tulisan Flemming Rose, yang menjadi pengarang budaya Jyllands-Posten ketika akhbar itu kali pertama menerbitkan muka depan memaparkan 12 kartun kontroversi itu pada 30 September 2005.

Lukisan itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia hing ga mencetuskan bantahan ganas ke atas kepentingan Denmark dan penduduknya pada 2006. Rose sendiri menerima ancaman bunuh sejak itu.
Dalam satu temuramah Ogos lalu, Rose menegaskan dia tidak berniat menimbulkan kekacauan dengan memasarkan buku itu sebaliknya hanya mahu menjelaskan kisah 12 lukisan yang dianggap menghina dengan meletakkannya dalam konteks gambar lain.

Adalah penting menulis buku itu, kerana kata-kata hanya dapat dijawab menerusi kata-kata, katanya.

Awal minggu ini, polis Norway berkata, seorang warga Kurdis Iraq ditahan pihak berkuasa negara terbabit berikutan disyaki merancang pengeboman serta mengakui sasaran utamanya adalah memusnahkan Jyllands-Posten. - AFP
~Keratan akhbar Berita Harian

Saturday, October 2, 2010

jalan yang lurus..

by : ana_muslihah


"Salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan".
~Ibnu Athaillah~

Wednesday, September 29, 2010

bagaimana diriku di pandanganNya?

by :ana_muslihah

Alhamdulillah yang tidak terhinggap dapatku ungkapkan kerana diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang Allah kurniakan pada diriku yang kerdil lagi hina ini. Setiap gerak jari jemariku, kelipan kelopak mataku, hirupan udara di malam ini tidak lain tidak bukan hanyalah atas belas kasih Allah SWT terhadap diriku. Tidak termampu untuk ku senaraikan kerana begitu banyak sampai terkadang tidak ku perasan itu merupakan nikmat yang dianugerahkannya.

Namun kenapa kita masih lalai dalam menjalankan amanah yang diperintahkanNya? Sudah penat barangkali dengan saban hari entah kemana dan untuk apa masaku dihabiskan.Sedar-sedar ini bukan lagi hari semalam. Sudah langsaikah amnahku? Ya Allah, terkadang diri ini tertatih-tatih keletihan dan penat dek kerana pekerjaan yang dilakukan.Tapi, bila difikir-fikirkan secara rasional pekerjaan ini hanyalah sangat sedikit dan tidak berat timbangannya jika dibandingkan dengan perjuangan zaman para sahabat dulu. Mungkin kini aku dibebeani dengan tanggungjawab dan amanah yang begitu berat bagiku, tetapi jika aku hidup di zaman mereka, siapalah diriku ini. Mungkin pengilap kasut barangkali kerana usaha ku ini 'no where' berbanding para sahabat dan jauh sekali rasulullah s.a.w..

Diri ini terkadang ibarat kereta yang tiba masanya, aku perlukan masa untuk diisi petrol untuk kembali beraksi di perjalanan. Begitu juga diriku yang kerdil ini yang perlukan masa untuk membetulkan diri dan muhasabah diri setelah tiba masanya aku terasa semua serba tidak kena.

Ya Allah, redhailah hidupku ini, kerana tanpa redhaMu, hidupku ibarat mainan yang tidak ada gunanya dan itu pastilah menjadi perkara yang sangat aku takuti.

Allah ada menyebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud,
"Jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka Aku redha(rela) kepadanya, bila Aku redha kepadanya, maka akanKu berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatanKu tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu,Aku marah kepadanya, bila Aku marah kepadanya,Aku melaknatnya".

Maaf sahabat-sahabat andai tiba ketika aku seolah melari diri dari kalian kerana aku ingin memperbetulkan diri untuk aku rasa diriku ini dekat denganNya dan rasa diri ini masih punyai tanggungjawab dan amanah yang sangat besar dan tidak akan terhenti sehingga aku dapat 'berehat' untuk selama-lamanya(abadi)..

wallahu'alam.



Thursday, September 9, 2010

salam aidilfitri!!!

by : ana_muslihah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar x sedar, ramadhan yang dinanti selama ini akan meninggalkan kita bila maghrib menjelma. Pasti perasaan sedih menyelebungi hati-hati mereka yang merinduinya, beramal di dalamnya, memanfaatkannya. Namun apakah kita tergolong di dalam golongan itu? Ramadhan yang di dalamnya ada lailatul qadr di mana malam istimewa ini menyamai malam seribu bulan. Bulan mulia ini yang pahala amalan berlipat ganda. Mampukah kita temui dalam bulan-bulan selainnya? 

Ramadhan ini..
Apakah akan ada kesempatan untuk kita bertemu dengannya pada tahun depan? Andai kita tahu ini ramadhan terakhir buat kita, biarlah baki beberapa minit pun, pasti kita manfaatkan kesempatan yang Allah kurniakan ini sekualiti yang mungkin. Allah..Andai itu benar???

Di kesempatan ini , ampun maaf dipinta anadai selama ini terkasar bahasa, tersalah perilaku, terguris hati dalam pergaulan, persahabatn, bergerak kerja dan lain-lain.
Moga dengan maaf itu mengeratkan lagi ukhwah yang telah terbina.Di hari kemenangan ini, kunjungilah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan diri kita.


Buat Mama, Abah, Abendi, Kakak, Abencik, Ayu dan Nana.Maaf atas segala silap dan salah kerana diri ini amat kerdil dan melakukan banyak kesilapan pada kalian.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.. Moga aidil fitri kali ini memantapkan lagi ukhwah kita semua. Wassalam..

Wednesday, September 1, 2010

the city of white night

by : ana_muslihah


Bismillahirahmanirrahim...

Entah kenapa hati serta jari jemari ini terdetik untuk menaip tentang keajaiban yang disaksikan sewaktu mengembara di bumi soviet June lepas. Walaupun sudah lama tapi ingin dikongsi bersama-sama sahabat untuk mengingatkan diri kalian dan diri ini tentang keajaiban kuasa Allah.Gambar-gambar ini diambil sekitar jam 10.30-10.45 malam waktu disana. Satu-satunya tempat di dunia yang tiada malamnya pada musim 'winter'.

Memang kehidupan di malam hari berjalan seperti siangnya hari. Orang ramai berjalan tak putus-putus. Bilakah rehatnya? Wallahu'alam.Gelapnya mungkin sekejap dan seperti waktu maghrib kemudian cerah kembali. Dan alhamdulillah diri ini diberi kesempatan untuk melihat keajaiban yang belum perah dilihat di bumi russia ini. Kota yang dikenali sebagai "The City Of White Night" ini letaknya di Saint Petersburg atau dikenali sebagai St. Pete.
Ini mungkin sedikit dari keajaiban yang Allah aturkan untuk membuka mata kita tentang kehebatan kuasa Maha Pencipta yang boleh menentukan segala-galanya. Setiap yang beredar pada paksinya, pasang surutnya, condongnya sudut bumi berputar semua itu telah terencana. Namunkah kita sebagai khalifah di muka bumi ini berfikir di sebalik semua yang tersurat ini?

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sembil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring  dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), " Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka".
(al-Imran : 190-191)