Thursday, November 26, 2009

Hadiths

Hadiths

by : ana_muslihah



Tiada yang lebih berat dalam timbangan orang beriman pada
Hari Pengadilan daripada tingkah lakunya yang baik.
Allah SWT melaknati orang yang bermulut celupar
dan biadap.
Riwayat al-Tirmizi

Orang yang baik dalam kalangan kamu ialah orang
yang baik pergaulannya dengan keluarganya dan aku adalah yang
paling baik antara kamu.
Riwayat al-Tarimizi

Tidak termasuk dalam kalangan kami mana2
perempuan yang menyamai lelaki dan mana2 lelaki
yang menyamai permpuan.
Riwayat Imam Ahmad

Si alim yang tidak beramal dengan ilmunya,
akan diazab terlebih dahulu daripada penyembah berhala.
Riwayat Imam Malik

Allah SWT tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada
org yg tidak menunjukkan belas kasihan kpd org lain.
Riwayat Bukhari & Muslim

Empat jenis manusia yang tidak Allah SWT memasukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya ialah peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak yatim dan derhaka pada ibu bapanya.
Riwayat al-Hakimi

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud,
"Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit,
kemudian kamu bertaubat nescaya Allah SWT
memberi keampunan kepadamu."
Riwayat Ibnu Majah

"Jom Akidah"


"Jom Akidah"

by : ana_muslihah



Assalamualaikum..
ana bru habis baca buku "JOM AKIDAH" krgn Juanda Jaya.. Jadi ader sikit yg ana nak kongsikan..

Punca2 hati keras :
~ X berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT
~x mengamalkan akhlak Islam dengan sempurna
~ bergaul dgn org2 yang kasar den keras hati
~ membiarkan nafsu amarah bermaharajalela di hati

Biar aku beritahu kamu satu perkara yang akan menggalakkan kasih sayang dan persahabatan dlm kalangan kamu. Berikan salam antara satu sama lain sekerap mungkin. Riwayat Muslim

Tanda2 Allah mencintaimu :
~Allah suka menyebut namamu kepada para malaikatNya
~Diuji untuk membuktikan kecintaanmu kepadaNya

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahui. 2 : 216

Saturday, November 21, 2009

Kenapa Manusia Perlu Kepada Agama

KENAPA MANUSIA PERLU KEPADA AGAMA?


by : ana_muslihah


Salam alaykum...


Topic nie ana kena present dalam word n present kat kelas dalam kelas TITAS first sem..

jadi ana nak share dengan sumer..

Setiap manusia tidak boleh lari daripada kehidupan beragama. Sepanjang pembacaan n kefahaman ana, ada 4 sebab :

SEBAGAI PERATURAN UNTUK HIDUP DI MUKA BUMI INI.

Agama memang mengandung peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan.

Kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia berperaturan. Mereka mempunyai pertimbangan dosa dan pahala. Mereka akan bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri, bimbang dimurkai oleh Maha Pencipta.

UNTUK MENJAWAB SEGALA PERSOALAN FITRAH YANG AKAN TIMBULDALAM DIRI SETIAP INSAN.

Siapakah dirinya yang sebenar?

Bagaimanakah asal-usulnya?

Bagaimana ia dicipta?

Dari mana dia datang?

Untuk apakah dia hidup di muka bumi ini?

(52 : 56) – Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah

kepada-Ku

Siapakah yang mencipta dan menguruskan alam yang luas ini?

(57 : 5) – Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan Hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.

Apakah kehidupan hanya berakhir dengan kematian?

Kemanakah dia akan pergi selepas alam kematian?

(83 : 4-6) – Tidakkah mereka itu mengira, bahawa seseungguhnya mereka akan dibangkitkan , pada suatu hari yang besar, (iaitu) pada hari (ketika semua orang menghadap Tuhan seluruh alam.

Semua persoalan-persoalan ini tidak akan ditemui jawapannya melainkan dengan merujuk kepada agama. Agama akan menjelaskan bahawa manusia dan alam ini adalah di cipta oleh Maha Pencipta. Hidup manusia di alam ini pula diuruskan oleh Maha Pencipta. Agama akan menegaskan bahawa kehidupan di dunia bukanlah segala-galanya. Di sana ada alam lain yang menanti selepas alam kematian.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Akan Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran ) Kami di ruang angkasa lepas sehingga terbukti bagi mereka bahawasanya Dialah (Tuhan) yang sebenar. ”

(Al-Fussilat: 53)

AGAMA MENENANGKAN JIWA PEMELUKNYA.

lmu menjawab pertanyaan yang dimulai dengan bagaimana dan agama menjawab yang dimulai dengan mengapa. Ilmu selalu mengeruhkan fikiran pemiliknya sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus.

AGAMA MENJELASKAN BAGAIMANA UNTUK KITA MENGURUSKAN MUKA BUMI INI DENGAN SEBAIKNYA.

Mampukah akal manusia semata-mata digunakan untuk memikirkan cara memakmurkan muka bumi yang Maha Esa ini? Jawapannya, akal manusia tidak mampu bersendirian untuk memikirkan kaedah memakmurkan bumi ini. Justeru,manusia memerlukan panduan daripada ALLAH Yang Maha Pencipta.

Asif sbb panjang sket..

Wallahu'alam..

"hand soap"

" HAND SOAP "

by : ana_muslihah


Salam alaykum.
Sedang asyik basuh pinggan tadi, ana nampak yg 'hand soap apple fragrance' ana berselaput dgn kekotoran..Hish..x blh jadi nie..Geli plak ana tgok..Terus ana sentalkan dgn berus jala. Terus bersih sampai menciut. Haa, lega..

Ishh..ape kes nie citer pasal sabun basuh tgn..x der citer laen ker??

Terdetik kat hati ana yg walaupun 'hand soap' ni yang mengharumkan tgn kiter yg menggunakannya dengan bau yg macam2, tapi diri dia sendiri x terjaga. Perlu diberus dari semasa ke semasa. Same juga dgn diri kiter.. Sedang asyik memberi nasihat pada org laen, kiter luper nak muhasabah diri ini sendiri. Apakah kita juga melakukan 'post mortem' kat diri kita.

Kawan ana pernah cakap yg si penceramah atau penasihat itu akan diuji dulu dengan ujian sbb 'telinga yang paling dekat dgn mulut yang berkata2 itu yang akan diuji terlebih dahulu'..
(mestilah telinga si penceramah yg paling dekat) Tapi jgn takut untuk memberi nasihat..

Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, "mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab , "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa." (Al-a'raf : 164)

Jika kamu terlihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangan, jika tidak mampu, tegurlah dengan kata, jika tidak mampu tegurlah dgn hati maka itulah selemah2 iman. (hadis)

Biar sedikit tetapi istiqamah..

wallahu' alam

Tuesday, November 17, 2009

kematian


Kematian

by : ana_muslihah



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti

Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan

Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,

KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


Salamun alaykum..
Terdetik di hati ana sewaktu tahlil arwah seorg shbt lepas isya' tdi..Setiap manusia pastikan merasai detik kematian cuma kita x thu bile...
Terputus segala bekalan kecuali 3 perkara :

>>>doa anak yg soleh
>>>sedekah jariah
>>>ilmu yang berterusan disampaikan

Kita hrus bersyukur dgn nikmat iman & islam yg dikurniakanNya..

"Sewaktu melalui perkuburan islam, ana sedekahkan al-Fatihah, tpi bile melalui kwsn perkuburan mak ana, ana terkedu n sedih..Apakah cara ana nk bantu mak ana? Ana sgt2 sedih.Sbb ana x tau mcm maner nk tlg mak ana.Sebab mak ana meninggal dlm keadaan kafir dan waktu tu ana pun blum diberi hidayah untuk memeluk islam.Kita harus bersyukur dgn nkmat iman & islam yg Allah S.W.T. kurniakan. Biler org islam meninggal, kiter boleh menolong si polan dgn menyedekahkan al-Fatihah,bacaan al-Quran dan doa2 untk arwah. Tp, kalau dalam keadaan kafir, apakah cara untuk kite untuk membantu si polan? "kata seorg ustaz sewaktu ceramah thn lepas.. Ada benar katanye.

Tidak mengira umur, status dan bersedia atau tidak.. Semuanya sudah tercatat di lauh mahfuz.. Org yg bijak itu ialah org yang sentiasa mengingati kematian.. Cube bygkan sedg asyik kiter berseronok, kiter ditakdirkan pulang menghadapNya yg Maha Esa. Ya Allah, adakah kita bersedia di saat yg mungkin kiter tgh lalai..
cube hayati cerita dua beradik yg menghadap Allah dlm keadaan yg x disgka2. Nauzubillah..


Talqin...
Pernahkah kalian terfikir kenapa sewaktu pembacaan talqin, si arwah di'bin' kan dgn nama ibu? Tak lain x bkn bgi tidak mahu memalukan arwah. InsyaAllah, sume insan ader ibu tetapi tidak sumer ader ayah..Renung2kanlah..

Same2 lah kiter cube tingkatkan amalan kita..


Wallhu'alam..

Friday, November 13, 2009

Senyumlah!!

Senyumlah!!

by : ana_muslihah



Berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini x selalu bahagia,
sedekahlah satu senyuman
walau dihatimu x lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan
walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam iman
walau hari dipenuhi dengan dugaan
dan berpeganglah kepada Allah
walau Dia x kelihatan...

Bukti kasihNya,
kita masih wujud di dunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya
yang mengakui beriman kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik
kerana hidup x semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin
dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu diredhai Ilahi
walaupun
dicemuhi insani..


renung2kanlah..

wallahu'alam..

Wednesday, November 11, 2009

"aurora borealis"

"aurora borealis"
salah satu keajaiban Allah S.W.T.


by : ana_muslihah


salamun alaykum..

setiap yang berlaku pasti ader hikmah di sebaliknya dan setiap segala sesuatu yg telah berlaku, sedang berlaku mahupun yg akan berlaku semuanya dalam pengetahuan Allah..

"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahuinya" (6 : 59)

aurora borealis sound so weird ha??hhrrmmm...waktu form 5 (subjek physics) dlu ana ader jgk bljr pasal aurora ni tp waktu tu cumer untuk exam.. lagipun itu sumer surface fizik..

Tpi hidup kiter insyaAllah berubah kearah yg lebih baik dan ana sendiri dah muler faham yg study bkn hny untuk score dlm subjer jer..n shbt ana pernah ckp, kiter kene betulkan niat. "we hve to Learn n not Study jer"..Alhamdulillah, skrg ana dh pon dlm course major physics, meh ana crite pasal aurora borealis yg ana sgt kagum nie..




"Electron can enter magnetic field in various angle. But for make thing become easier, we can classify into 2 angle. Either 90 degree or other than that. When it is 90 degree, circular path of electron formed. But... when it is not in 90 degree, it form rotating electron path within the pole n we call them bottle magnetic field..Huh.. so jackie, can u give me an example of this bottle magnetic field??"
beginilah lebih kurg penerngn lecturer modern physcs kesyngn kami..


Biar ana simplekn, contoh bottle nie ialah bumi kiter ni yg ader dua kutub..sebenarnya ader super huge giant magnetic field yg menghubungkan kutub utara n selatan bumi kiter.. n biler electron2 dah smpai kat kutub tue berselisih untuk kembali bergrk ke kutub satu lagi, perselisihan inilah yg menghasilkan satu keajaiban yg kiter panggil "aurora borealis"..

Subhanallah..hebat sungguh kuasa Allah..


Aper yg ana dpt simpulkan kat cnie insyaAllah, kiter kene timba ilmu senyk mugkin supaya kiter lebih dekat dgnNya..

Jika kamu tunduk pada dunia,

Kamu akan terlepas akhirat,
Tetapi,
Jika kamu tunduk pada akhirat,
Dunia akan mengejar kamu..


Wallahu 'alam..

ketenangan??

KETENANGAN??
by : ana_muslihah

salamun alaykum..
pernah x kite terdetik di hati
kenapa bile org(x kire bangsa ataupun agama) raser tenang biler dengan atau pandang keindahan alam?bunyi kicauan burung..deruan angin..pukulan ombak..sunset??

sebab pada hakikatnya..sume itu adalah roh kite..roh yang tenang bile kembali kepada fitrah..Ya.. fitrahnya yang roh pernah 'bertemu dengan Allah' yang mengaku bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya.
Kerana alam itu ciptaanNyalah kita akan berasa tenang bile lihat alam ini..

analoginya;

kenapa kita raser sejuk dan damai dalam pelukan ibu??

>>>sbb kiter pernah berkongsi jantung dgnnya..

kenapa Allah takdirkan wanita bertemu jodoh dgn seseorg lelaki??
>>>sbb wanita tercipta dri tulg rusuk lelaki..


insyaAllah..kalau kiter inginkan ketenangan di saat kiter raser tiada siapa yg dapat mententeramkan jiwa ini..Allah ader bersama kite..Dgn sujud, kita akan rase lebih tenang..

setiap insan punyai tfsiran yg berbeza tntg keindahan n ketenangn.pd aku,akn ku peroleh ketngn dn kebhgian i2 bila aku dpt luangkn masaku untuk menghdp Ya Rabbul Izzati.Dia x akn rugi tnpa sujudku,tp aku akn mnjadi manusia yg plg rugi jika aku tidak bersujud kepadaNya.Ingtlah,air mata yg membasahi sejadah bisa memadamkan api neraka..

ameen..

ahlan wa sahlan!!!

assalamualaykum..
first of all..slmt dtg ke blog bru ana yg bru launched on 11 november 2009..
insyaAllah, ana akan cube update n masukkan artikel at least once per week..

any suggestion,inform ana..

wallahu 'alam