Saturday, November 26, 2011

satu kemestian~

Bismillahirahmanirrahim…

Salam Maal hijrah buat semua~

Bertatih-tatih aku memahami kehidupanku.Apa yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin kugapai dalam hidup ini? Mungkin aku kelihatan sibuk.Tapi sumbanganku sangat sedikit jika dibanding dengan sahabat-sahabt di zaman rasulullah saw. Jika kita mencari kemuliaan dimata manusia, maka hampalah kita serta rebahlah kita dijalan dakwah ini. Kita bukan memuliakan diri sendiri tapi kita memuliakan Islam. Mungkin hina dan pelik dimata manusia, itulah asing(ghuraba’) yang dimaksudkan. Tapi apakah kita mengejar mulia dimata manusia atau mulia pada pandangan Allah? Allahu Rabbi…

Begitu ramai yang mengkehendakkan naiknya Islam, namun tidak ramai yang sanggup berjuang bersama-sama. Didalam yang berjuang itu, sedikit pula yang ikhlas. Didalam sedikit itu, hanya segilitir yang thabat dalam berhadapan dengan mehnah dan tribulasi. Allah sedang menapis hamba-hambaNya yang berjuang di jalan ini. Jalan dakwah memang sukar. Hanya daie-daie yang kuat sahaja mampu bertahan. Kalalu perjuangan itu mudah, pasti ramai yang bersama-sama berjuang. Malangnya, kita sedang berjual beli untuk mengkehendakkan redha Allah dan syurga Allah. Mahal sungguh barang yang kita kehendakkan itu. Pastinya kita perlu mengorbankan sesuatu yang penting dan yang sukar.

Buat diri ini dan sahabat-sahabat yang sentiasa bertatih di medan dakwah ini, sabarlah! Galilah ilmu sebanyak mungkin dan sumbanglah sebanyak mungkin apa yang kita mampu sumbangkan. Dalam bidang apa sekalipun. Kenanglah pengorbanan yang telah rasulullah saw korbankan. Bukan hasil yang Allah lihat tapi usaha kita. Walaupun sedikit, tapi moga-moga besar nilai disisi Allah. Kerana dijalan ini, memerlukan kita untuk terus kuat..Allahu Rabbul Izzati..

Setiap dari kita harus menjadi daie. Bersedia atau tidak itu bukan persoalan.Kerana jika tunggu diri untuk bersedia baru kita berdakwah, maka sikitlah orang di muka bumi ini untuk memberi peringatan.
Hijrah kearah yang lebih baik itu, bukan pilihan. Tapi satu yang pasti kita semua lakukan. Seperti juga syurga dan neraka. Adakah kita mahu membuat pilihan disitu. Pasti-pastinya kita mengkehendakkan syurga. Begitu jugalah dalam berhijrah kea rah sesuatu yang baik. “IT IS NOT A CHOICE”…


‘Ya Allah, bantulah kami untuk bermujahadah dalam berhijrah kea rah yang lebih baik serta bermujahadah dalam istiqamah dalam amalan-amalan yang kami lakukan. Peliharalah pula hati kami dari sifat riya’ dan ujub yang sentiasa mendatangi diri kami yang kerdil dan dhoif ini…’

-ana muslihah 1 Muharram- 

Friday, November 25, 2011

tekad untuk mula dengan hati yang bersih



DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Klik untuk tutup...
Amalan-amalan sunat:
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday, October 28, 2011

Perhiasan i2 kian terhakis


Telah terakam kisah tersebut di dalam al-Quran yang bermaksud:

Malu-malu anak Nabi Syuaib a.s ketika berjalan kembali menemui Nabi Musa a.s. bukan untuk lebih lanjut berkenalan, tetapi kerana menyampaikan jemputan dari ayahnya kepada pemuda gagah lagi beriman tersebut.


"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata: Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan atas (kebaikanmu) memberi minum (ternak) kami". Ketika Musa mendatangi ayahnya (Syuaib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syuaib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim".(Surah al-Qasas: ayat 25)
Teruja dengan sifat malu-malu anak perempuan nabi Syuaib a.s. Yang malu-malu inilah mahal, tetapi yang mahal inilah semakin kurang benihnya dalam diri wanita muslimah.
Malu itu memang perlu bertempat kerana itu letaknya maksud adil, Allah S.W.T meletakkan sifat malu wanita itu sebenarnya untuk menjaga dirinya, maruahnya dan jasadnya dari direnggut mata dan nafsu liar manusia.
Daripada ayat di atas ada pengajaran yang kita boleh pelajari untuk bekal perhubungan wanita semasa bekerja dengan yang berlainan jantina iaitu kata-kata yang ringkas dan jelas.
Lihatlah anak perempuan Nabi Syuaib apabila menjemput Nabi Musa a.s, dia datang dengan perhiasan sifat malu sambil menyampaikan jemputan ayahnya dengan ucapan yang ringkas, jelas dan mudah difahami.
Dia berkata:
"Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan atas (kebaikanmu) member minum (ternak) kami". (Surah al-Qasas: ayat 25)
Tidak pula dia meleret-leret sambil berkata: "Terima kasih ye tolong kami tadi. Awak ni memang baik hati dan gagah. Awak tinggal kat mana ye. Emm, sebenarnya ayah saya jemput awak datang ke rumah, entahlah kenapa..bla bla bla.."
Dan melihat pula peribadi Nabi Musa a.s pula, dia tidaklah mengambil kesempatan tersebut untuk berdua-duaan serta berkenal-kenalan dengan lebih lanjut. Terus berjalan menuju ke rumah nabi Syuaib a.s untuk memenuhi jemputan.
Itulah adab muslimin dan muslimah yang sepatutnya apabila perlu bermuamalat. Mungkin perbuatan di atas tanpa disedari pernah dilakukan oleh kita.
Meleret-leret bermula dari pertolongan kepada tujuan untuk berkenal-kenalan, bergurau- senda, lalu terbuka jalan untuk bertemu sambil bertukar-tukar cerita.
Wanita Muslimah apabila berjalan..
Dari sudut lain, ayat di atas juga terkandung gambaran sifat malu wanita yang perlu diikuti oleh wanita muslimah bagi menjaga akhlaknya, memelihara dirinya dan melindungi maruahnya iaitu 'malu ketika berjalan'.
Ahli tafsir menjelaskan tentang keadaan anak perempuan nabi Syuaib a.s berjalan dengan malu-malu adalah ketika menjemput nabi Musa a.s dan ketika pulang bersama menuju ke rumah Nabi Syuaib a.s.
Imam Alusi ketika menafsirkan ayat (عَلَى اسْتِحْيَاء) berkata:
"Anak perempuan Nabi Syuaib a.s berjalan sambil malu-malu ketika berjalan menemui (Nabi Musa a.s) dan ketika pulang.."(Ruhul ma'ani, 10/273)
Sayyid Qutb pula menambah:
"Wanita yang suci, baik, mempunyai maruah apabila dia berjalan dan bertemu dengan golongan lelaki, dia berjalan (dengan malu-malu)) tanpa dibuat-buat, tanpa berhias berlebih-lebihan dan tidak menggoda."(Fi zilal al-Quran, 5/2686).
Ringkasnya wanita mukminah apabila berjalan merentasi kaum lelaki:
  • Hiasi dengan sifat malu.
  • Tidak bertabarruj (berhias) secara berlebih-lebihan.
  • Menutup aurat.
  • Tidak dibuat-buat.
  • Cara jalan yang tidak menggoda.
Malu dan Wanita kini..
Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan sekarang, amat menyedihkan sekali apabila kaum wanita secara tidak sedar telah dipergunakan sebagai sumber keuntungan melariskan barangan dan produk kecantikan. Sabun, syampu, model kosmetik malah model untuk kereta pun wanita yang menjadi pelarisnya.
Ya Allah.. Bagaimanakah lagi sifat malu yang menjadi fitrah wanita itu boleh menutup dan menjaga diri serta maruah wanita dari direnggut manusia yang berkepentingan dunia.
Kecantikan itu anugerah, dan Allah S.W.T menciptakannya dengan sifatnya yang Maha Adil. Dia meletakkan kecantikan dan perhiasan wanita itu pada permulaannya hanya untuk ditatap oleh yang hak sahaja.
Tetapi apabila hak ini dicabuli dan tidak diletakkan kepada yang sepatutnya, maka wanita itu secara automatik telah menzalimi dirinya sendiri.
Apabila berjalan di pinggiran jalan, memerah muka menahan malu melihat ada gadis-gadis malah yang sudah menjadi ibu berpakaian dengan pakaian yang 'tidak cukup meter.'
Teringat Prof Dr Muhaya berkata, kita melihat kesalahan orang supaya kita tidak jadi seperti mereka. Jangan pula sibuk mencari kesilapan orang dan dipanjang-panjangkan cerita itu sehingga lupa hendak mencari silap sendiri.
Justeru bukanlah tujuan menceritakan 'sakit-sakit mata' dan 'merah-merah muka menahan malu' ketika berjalan dipinggir jalan dan di dalam LRT melihatkan wanita yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dengan megah.
Namun sebenarnya di sebalik tulisan ini mengharap dan mengingatkan kembali diri kita yang terlupa akibat keindahan dunia dan pujian manusia ini agar sentiasa ingat bahawa diri kita secara fitrahnya dikurniakan sifat malu oleh Allah S.W.T.
Tanda sayang-Nya, tanda Dia mahu menjaga maruah kita, tanda Dia mahu kita selamat dari gangguan yang tidak kita senangi.
Orang yang punyai sifat malu terpeliharalah dirinya, akhlaknya, maruahnya. Dengan sifat malu, aurat ditutup sempurna, pergaulan dijaga, tidak senang ditatap mesra.
Wanita, perhiasannya malu. Andai hilang malu takutlah wahai muslimah. Petanda awal bahawa akhlakmu akan diganggu gugat syaitan dan nafsu.
Mudah-mudah dipelihara Allah S.W.T selalu.
Ingatan buat diri sendiri sebenanrnya dan sekembalinya.
Rujukan: kitab Inayah al-Quran wa as-sunnah bi masya'ir al mar'ah.

Tuesday, October 11, 2011

tundukkan pandanganmu...





 "Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."

Ampunkan dosa kami ya Allah andai kami yang menjadi asbab turunnya iman para muslimin diluar sana ya Allah...

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Sunday, August 28, 2011

ramadhan yang makin meninggalkanku...


Ramadhan yang dinanti-nanti sudah mahu meninggalkan kita semua. Sedih kerana adakah kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan rahmat ini atau tidak.Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...

Ya Allah..
Adakah dosa-dosa kita terampun ?
Adakah kita telah memanfaatkan ramadhan yang datang kali ini sebaiknya?
Namun ramadhan kali ini banyak membuatku banyak berfikir dan bermuhasabah diri...
Ziarah ke kubur arwah nenek dan saudara terdekat semalam juga banyak memuhasabahkan ku andai aku ditempat ini,
tiada U-turn yang mampu aku buat seperti selalu di jalan raya.
Itulah pengakhiran yang hakiki.
Sama ada syurga atau neraka.
Apa yang telah aku korbanku untuk Islam?
Apa yang telah aku sampaikan pada golongan yang mencari-cari Islam?
Apakah yang aku menjadi hamba yang mensyukuri atas kurniaan nikmat dariNya yang tidak terhingga?
Adakah aku sabar dan redha dengan ujian dan ketentuan dariNya?

Ya Allah..
Sepanjang jalan yang aku telusuri ini, 
Terkadang aku rasa aku ditimpa ujian yang berat sekali,
Tapi bila dibandingkan dengan sahabat lain,
Ujian ku tidak seberat mana...

Ramadhan...
Bukanlah kami tangisi pemergianmu kerana kami hambamu..
Tetapi kerana rahmat yang banyaknya yang Allah berikan bersama-sama kedatanganmu.

Ya Allah...
Jadikanlah kami hamba yang terhapus dosa-dosanya.
Di bulan ramadhan ini,
Bulan dimana Engkau turunkan al-Quran di dalamnya,
Al-Quran yang memberi petunjuk kepada jalan yang lurus,
Maka terimalah ibadah solah kami, 
Terimalah ibadah puasa kami qiamullail kami,
Segala ibadah-ibadah sunat yang telah kami kerjakan,
Terimalah taubat kami,
Taubat kedua ibubapa kami,
Serta sahabat-sahabat dan orang sekeliling kami.
Golongkanlah kami dalam kalangan hambamu yang bertakwa pada pagi syawal esok hari...
Temukanlah kami dengan ramadhan karim lagi ya Allah...
ameen....

Wednesday, August 10, 2011

how about a date??? :)


~nice picture~
bismillahirahmanirrahim...


sadaqah in ramadhan moon??


Sesungguhnya sejumlah orang dari shahabat Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam: 


“ Wahai Rasululullah, orang-orang kaya telah pergi dengan membawa pahala yang banyak, mereka shalat sebagaimana kami shalat, mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka (sedang kami tidak dapat melakukannya). (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda : Bukankah Allah telah menjadikan bagi kalian jalan untuk bersedekah ? : Sesungguhnya setiap tashbih merupakan sedekah, setiap takbir merupakan sedekah, setiap tahmid merupakan sedekah, setiap tahlil merupakan sedekah, amar ma’ruf nahi munkar merupakan sedekah dan setiap kemaluan kalian merupakan sedekah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah masakah dikatakan berpahala seseorang diantara kami yang menyalurkan syahwatnya ?, beliau bersabda : Bagaimana pendapat kalian seandainya hal tersebut disalurkan dijalan yang haram, bukankah baginya dosa ?, demikianlah halnya jika hal tersebut diletakkan pada jalan yang halal, maka baginya mendapatkan pahala.(Riwayat Muslim)






Saturday, July 23, 2011

bayu ramadhan kian menyapa~

by : ana_muslihah

Bismillahirahmanirrahim…
“Selamat datang ! Sudahkah anda bersedia untuk melewati satu kawasan yang menjadi kegilaan ramai kerana jualan yang sangat hebat? Lebih hebat dari Year End Sale(YES).Offer menggila-gila. Mari masuk! Ahlan wa sahlan!”

Subhanallah. Apakah itu? Tidak tergiurkah anda? Begitulah yang dapat kita analogikan dengan bulan ramadhan yang penuh kemuliaan ini. Bayu lembut ramadhan sudah mula menyapa. Subhanallah, sekali lagi kita berupaya untuk bersamanya. Bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang didalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan yakni malam al-Qadr(lailatul qadar-malam ditutunkan al-Quran). Bulan yang ganjaran pahalanya berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali ganda. Jika Allah menampakkan ganjaran yang diberikanNya, pasti kita berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Sewaktu kecil, perasaan pasti bercampur baur antara seronok dan tidak. Yang seronoknya, waktu berhadapan dengan juadah berpuasa. Tunjuk sahaja di bazaar ramadhan pasti abah dan ibu kita belikan untuk memujuk kita berpuasa tetapi yang tidak seronoknya kerana perlu mengikat perut dari pagi-pagi lagi sampailah ke maghrib. Manakan tidak, bukan semua kawan-kawan berpuasa. Itu satu cabaran yang hebat buat si adik kecil yang berpuasa.
Jika sudah terbiasa, pastilah mudah untuk kita berpuasa bila sudah akil baligh nanti. Tidak perlu rasa tertekan malah itu menguji tahap kesabaran kita. Tidak sia-sialah didenda makan berasingan kerana tidak berpuasa kerana hasilnya, kita mampu memenuhi tuntutan berpuasa di dalam bulan ramadhan iaitu rukun? Sudah tentunya islam (“,)
Namun tidak dinafikan ada dalam kalangan kita walaupun sudah dewasa masih berlegar-legar dikepala mereka isu yang sama iaitu puasa olok-olok. Sedih apabila melihat segelintir saudara semuslim kita yang masuk ke kedai makan curi-curi untuk makan, hisap rokok, curi-curi minum air, dan memberi beribu alasan untuk tidak mahu berpuasa. Adakah mereka tidak sedar kesalahan mereka? Adakah mereka tidak sedar jika mereka mampu berselindung daripada mata-mata manusia, adakah mereka mampu untuk berselindung daripada Allah yang Maha Melihat? Mari kita insafi bersama..
Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini pasti kita gunakan dengan sebaik mungkin. Untuk mereka yang belum dapat merasai rindu dan seronoknya pada ramadhan, mari kita selusuri apakah yang indah dalam ramadhan kareem yang sangat-sangat dinantikan oleh para  sahabat nabi ini. Puasa salah satu ibadah yang sangat memberi impak yang positif. Puasa sebenarnya memiliki  rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Puasa juga merupakan perisai buat diri dari segala perkara yang keji. Tau tak?
***************************************************************************
Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:
  1. Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.
  2. Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.
  3. Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.
  4. Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai ynag berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”
  5. Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.
  6. Hatinya hendaklah bimbang diantara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.
********************blog ‘peribadi rasulullah’********************
Itu baru perihal puasa. Belum lagi kita lewati ganjaran pahala yang bakal kita perolehi dengan amalan-amalan sunat  yang lain, insya Allah. Terlalu panjang untuk dinukilkan disini perihal ganjaran yang bakal setiap muslim perolehi untuk setiap malam bagi solat sunat tarawikhnya. Namun silakan blog walking disini > http://b00kmark.wordpress.com/2010/08/10/rahasia-ibadah-shalat-tarawih-dibulan-ramadhan/

Pasti tidak membuang masa.Malah silakan hebah pada sahabat-sahabat dan keluarga anda di luar sana.
 Hrmmm, tidak mampu untuk kita baitkan satu demi satu keindahan, keseronokan, kelebihan yang ada di dalam penghulu segala bulan ini. Teruskan mencari serta menggali ilmu dan tidak lupa berdoa supaya Allah menitipkan rasa cintaNya ke dalam hati kita kerana dengan hati yang sihat itulah yang mampu membuat kita sangat tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan ramadhan. Mulalah countdown anda disamping mempersiap siagakan diri untuk memasuki fasa baru ini.
Gunakanlah ‘Mr Google’ anda jika anda terlalu sibuk untuk mencari lagu-lagu, poster-poster, artikel-artikel berkaitan ramadhan sebagai usaha tambahan anda untuk mengingatkankan anda lebih kepadaNya.
Dalam menyambut masuknya bulan Ramadhan, Rasulullah SAW membacakan doa berikut:

Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Engkau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelas atas petunjuk dan pembeda antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan shalat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.” )

Imam Thabrani meriwayatkan suatu hadits dari sahabat Ubadah bin Shamit r.a. yang menyatakan bahwa suatu hari di bulan Ramadlan Rasulullah saw. bersabda: 
“Telah datang bulan Ramadhan kepada kalian, bulan barakah yang di dalamnya Allah mendatangi kalian.  Maka turunlah rahmat.  Dan dihapuskanlah kesalahan-kesalahan. Di bulan itu Allah mengabulkan doa.  Di bulan itu Allah melihat (memperhatikan) perlumbaan di antara kalian.  Dan Allah membanggakan kalian kepada para malaikatNya.  Maka perlihatkanlah kepada Allah kebaikan sebab orang yang celaka adalah yang tidak mendapatkan rahmat  Allah di dalamnya “.
Mohon maaf atas segala khilaf sepanjang coretan ini kerana diri ini hanyalah insan dhoif yang sekadar menulis untuk menegur dan memberi peringatan kepada sahabat diluar sana terutama empunya diri. Walaupun sedikit usaha yang kita lakukan, moga ianya istiqamah insya Allah.
Grab the Ramadhan Awesome Sales (RAS) selagi kita bernafas, kerana jika Allah berkenan menarik nikmat yang kecil sekalipun, pasti kita akan menyesal kerana tidak mensyukuri dengan nikmat yang dahulunya Allah pernah kurniakan.Sedarlah lapang, kaya, sihat, muda, hidup juga merupakan satu nikmat yang tidak terhingga besarnya.

Marhaban  ya RAMADHAN KAREEM ! Sambutlah ramadhan ini sebaik mungkin. Tanamkanlah azam. Lakukanlah segigih mungkin. Bukanlah menjadi hamba ramdhan namun semata-mata ingin mencapai mardhotillah

Wallahu’alam.