Friday, December 25, 2009

kapal di lautan


kapal di lautan
by : ana_muslihah



assalamualaikum..

minggu nie minggu byk perkongsian, jadi dapatlah ana post kat byk sikit artikel.. Analoginyer begini..

ada satu kapal nie, ader tiga floor.yg first tu golongan atasan. yang kedua tu golongan tengahan n bawah sekali tu kirenye golongan bawhan ler.. air sgt2 dijdikan keperluan asa oleh mereka sume.
tapi, kalo nak ceduk air kene guner tali n timba dari deck atas sekali..
pastu timbul ler perasaan yg golongan bawahan nie raser terbeban n kate, "aper kater kita tebuk jer lantai kapal nie..senang nak amik air. x payah naik ke deck atas.."

golongan atasan tue kater "x boleh, nnti habis lah kiter sumer..sekali ader liubang kecil kat lantai kapal tu, pastilah akan tenggelam keseluruhan kapal ni"

golongan pertengahan plak kater, "x per..biarlah buat aper2 nak susah2? biarkan jer lar.."

nak direlatekan dgn kehidupan kita skrg nie ialah, golongn atasan tu mcm glgn yang faham agama..glngan ke2 ialah golongan yg fikrahnyer sederhana dalam agama.. x raser diriya patut menyampaikan ilmu yg dier ader dlm dirinya untuk manfaat org laen..
Walaupun pada hakikatnya, rasulullah s.a.w. bersabda 'dan sampaikanlah walaupun satu ayat pun dariku'

golongan bawahan plak ialah golongan yg kurang faham tentang agama Islam..

begini yer..dlm surah al-Araf ader menyatakan, yang kite perlu menegur seorg muslim yg laen atas dua sebab iaitu
~agar org yang ditegur itu berubah menjadi lebih bertakwa
~agar kite mempunyai hujah di depan Allah kelak atas aper usaha kita untuk jihad di jalan Allah..

mcmtu ler.. golongan ke3 tdi die x faham tentang agama..jadi tugas golongan pertama ituler yg perlu mengajarkan mereka..Jgn jadi seperti golongan ke2 yg ambil enteng tentang konsep dakwah yg hukumnya farhu ain bagi situasi kita sekarang ini..

jadi sahabat!!
yok kite same2 ajak ke arah kebaikan.. x semestinya melalui hadis n ayat al-Quran shja, tetapi boleh juge melalui perlakuan, pakaian, ajakan, idea yg menjurus ke arah Islam dn nasihat2 yang membawakan kebaikan kerana Islam itu sendir sgt relate dgn sumer aspect kehidupan harian kite..dan kita dapat kembalikan bi'ah solehah

Moga Allah merahmati diri kita sumer..

wallahu'alam..

Thursday, December 24, 2009

Manja!!

Manja!!!

by : ana_muslihah




assalamualaikum..

baru2 ni ana ader dgr tazkirah..begini cerita nya..hidup sebagai muslim ini sebenarnya dimanjakan..cube bayangkan kalo kanak2 yang masih kecil, kalo kita dapat kategorikan dia sebagai seorang yang manja apa yg kita dapat lihat pada dirinya? sudah tentulah dia suka merengek dan menangis.. sikit2 nak mengadu.. sebenarnya begitulah kita sebenarnya..

Allah SWT sentiasa memberi segala yang terbaik untuk diri kita.. walaupun kekadang yang kita mintak tu x dapat tapi itu juga sebahagia drpd pemberian di mana Allah tetap tidak memberi kerana mungkin pemberian itu tidak sesuai untuk kita atau memudaratkan kita di masa hadapan seperti dalam firmanNya di dalam surah al-Baqarah : 216

Sebenarnya cinta dan takut kepada Allah itu datang sekali dimana kita sangat cintakan Dia sehingga kita takut kalo2 amalan2 kita x diterima dan pemberianNya ditarik seketika walaupun sesaat. Segala yang saling kait dengan kehidupan kita ini ialah pemberian Allah. Setiap sedutan nafas, setiap degupan jantung mahupun kelipan mata ini adalah kurniaanNya.

Sebab itulah dikatakan manjanya jika sekiranya kita asyik2 hendak mengadu dengan Allah.. Knape hati kite tidak tenang walaupun telah melakukan amalan ibadat secara berterusan? Kita terus direct dengan Allah.. Mengadu tentang masalah kita. Mengadu tentang diri kita. Meminta pertolongannya.. Bertaubat kepadaNya secara bersungguh2 kerana sementara hidup di dunia ini kita masih berpeluang untuk meminta keampunanNya sementara nanti di akhirat kelak Allah akan mengadili kita dan itu bukanlah lagi masa untuk kita bertaubat..

Ya Allah..ana mensihati kalian sumer serta diri ana sekali.. samer2 lah kita memperbanyakkan amal ibadah kita..

Wallahu'alam..

Saturday, December 19, 2009

salam maal hijrah



SALAM MAAL HIJRAH

by : ana_muslihah


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1431.. Tahun baru sudah tentunya diari baru dalam kehidupan setiap individu.. Sama ada sedar atau tidak, itulah hakikatnya.. Sedar x sedar sudah bertambah satu angka dalam umur kita. Namun apakah amalan kita seiring dgn jumlah nombor yang ada dalam umur kita? Tepuk dada tanya selera.

Alhamdulillah.. bagi yang ada kesedaran, mereka mampu membaca doa2 dan wirid sempena berakhirnya 1430 hijrah dan bermulanya tahun 1431 hijrah supaya ianya bermula dengan amal2 yang baik insyaAllah.. Tapi yang kurang kesedaran, mungkin mereka terus hanyut dalam alam duniawi ini..

Bagi yg mempunyai kesedaran..”Jom kita same2 gerakkan sahabat2 kita yg mungkinnya lupa dengan keadaan mereka di luar sana. Kalau x kita siapa lagi yg akan membantu mereka? Jangan terlalu overate diri sendiri yg kita sangka kita ni sangat hebat bila di compare dgn org kebanyakan. Allah ada berfirman yg maksudnya, ‘Jangan dikatakan kamu beriman selagi kamu tidak diuji’.. mmg benarlah setiap firman Allah itu..

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.”

(2:261)

Same jugak dengan imu yg kita sampaikan..

Jadikan tahun baru ini sebagai tahun baru untuk kita lebih banyak mengajak org disekeliling kita lebih dekat kepadanya.. Dan sudah tentunya mcm cara boleh diguna pakai..

Wallahu’alam..

Wednesday, December 16, 2009

ukhwah fillah


UKHWAH FILLAH
by : ana_muslihah


Assalamualaikum..


Hari kedua bukak sem sudah tentunya smgt berkobar2 walaupun homesick belum hilang. Tapi.. keindahan dengan teman2 seperjuangan itu punyai keseronokan yg tersendiri bile di bezakan dgn rapat & mesranya bersama keluarga. Sebenarlah percayalah, nnti suatu ketika biler sumer dah ada haluan sendiri, mesti trngatkan kenangan manis bersama kawan2 baikku ini (saling bangun qiam bersama,iftar bersama..Indahnya.. Especially, roomte n classmate..


Biar pahit manapun pengalaman tu, pasti perkara2 nie yg mengeratkan lagi ukhwah. Alhamdulillah, ana punyai kawan2 yg sgt2 baik. Boleh buat ana terhibur bile sedih & saling mengingati disaat kealpaan.


“Aman, saya nak kamu jalan di atas padang dan cari rumput yg paling cantik pada pandangan mata kamu. Pastu, cabut & bawak ke sini, tunjuk pada kawan2 dan saya”,pesan sorg cikgu pada anak muridnya.
“Knpe kamu x petik satu pun rumput yg saya suruh cari?”
“Saya x jumpe langsung rumput yg cantik. Saya cabut rumput beberapa kali, tapi saya buang balik sebab nampak yg lagi cntik kat depan saya. Perkara yg sama terjadi & lastly, x der yg cntik dimata saya,”jelas murid tu dgn penuh kejujurn pada gurunya.


Moral of the story yg nak sampai kat sini.. hargailah apa yg dah ada depan mata. Apa org kate, yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran. Macam Aman ni, secara logiknya, mestilah ada rumput yg cantik di matanya, tapi dia x hargai n lepaskan begitu sahaja dgn hrpan akan dapat yg lagi cntik. Akhirnya, apa pun x dapat..


“hargailah sahabat anda!!” .Kalo anda berkawan dengannya kerana kebaikannya, biler hati anda terluka walaupun sekali kerana hal yg kecil pun, rengganglah pershbtn itu. Kalau berkawan kerana ingin mengambil kesempatan, lagilah x bertahan lama. Tapi, insyaAllah.. Kalau ukhwah yg dibina semata2 kerana Allah, insya Allah berkekalan selamanya.


Wallahu’alam.

Friday, December 11, 2009

Nafsu oh Nasu!!


Nafsu Oh Nafsu!!


assalamualaikum..

Saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni. Hari ni, ditakdirkan Allah, Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU. Pagi-pagi saya dah dapat mesej mengenainya, mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)

Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.


Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi. Wah, hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya, Alhamdulillah!

Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)




Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa "ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?


Ya Allah, jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah. Saya teruskan bacaan saya lagi, dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH, bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU? Apa kaitan dengan nafsu pulak?

PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)




Mari muhasabah diri, ada kita punyai ciri-ciri di atas? Jujurnya, saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. Mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.


Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:

"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)




Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.

dipetik dri iluvislam.com

Sunday, December 6, 2009

Bilal bin Rabah


BILAL BIN RABAH
(pengumandang seruan langit)

by : ana_muslihah


assalamualaykum..

ana baru selesai settlekan buku yg menarik n best

bilal bin rabah (pengumandang seruan langit)
author : abdul latib talib~PTS(favourite ana)

meh ana share per yg ana dpt sket dri pembacaan bergune nie insyaAllah..Bilal nie sorg hamba kpd umaiyah tapi namenye bleh terkenal di serata dunia.. tukang azan sebenarnye muadzin tpi sering diberi gelaran bila sempena nama beliau yg menjadi juru azan rasulullah s.a.w.novel sejarah nie jugak menceritakan penderitaan keluarga yassir & sumaiyah..senang citer nak gmbarkan yg islam x membezakan bangsa , darjat mahupun paras rupa tpi ketakwaan itu yg penting, insyaAllah..

Ana secara jujurnya x tahu yg cre penyiksaan terhdp para syuhada ni sgt dasyat..cume org yg berhati batu mcm abu jahal, abu lahab , umaiyah sajer yg sanggup melihatnya didpn mata.

Yasir dibogelkan tanpa seurat benang,dan dipanggang di atas bara api tu. Kulitnya mengelupas & luka2 berdarah akibat sebatan cemeti menjadi cair bile terkena api. Badan Yasir yg dipnggang tu kluarkan minyak lalu mnitis ke dlm bara api..

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan jgn kmu bercerai-berai."
Ali Imran : 103

Tpi bibirnya hanya basah dgn menyebut Allahu Akhbar!!! Rasulullah s.a.w. yg ader di situ x dpt tolg & berasa sgt2 sdh shgga mengalir air mata & berdoa sebelum beredar krn x sanggup melihat penyiksaan tu.

Bilal pulak dhmpap dgn batu & dipakaikan baju besi di padang pasir waktu terik tue pun terus menyebut "Ahad3!!". Kematian ibu & bapanya. Berpisah dgn abg kandungnya.

Bilal meninggalkan kota Makkah & Madinah kerana x tahan akan kerinduan akan baginda rasulullah s.a.w. slpas kewafatan baginda & menetap di Kota Syam. Tpi sakitny tetap tenat , "Sesungguhnya saya tidak takut menghadapi kmtian krn mahu bertemu dgn Rasulullah. "Kerinduannya tidk tertahan lagi. Bilal meninggal dlm pangkuan isterinya.

Kerinduan teramat sgt kerana, Rasulullah membebaskan dirinya dri penghambaan n rasa keseronnokan bila bebas x dpt dgmbrkan dgn kata2.Rasulullah memuliakan Bilal disaat org lain menghinanya. Rasulullah melantiknya sebgi tukang azan. Rasulullah juga pernah mengatakan terdengar hentakan sepatu Bilal di dlm syurga.

Kite berani cakap yg kiter nak syahid di jalan Allah..Tpi, andai kata ader org yg mengugut kite mengucap 2 kalimah syahadah di waktu gergaji di atas kepala kita, mampukah kita lakukan itu di saat genting itu..

coretan kali nie mengingatkan ana untuk terus belajar tentang konsep ikhlas dlm beribadah yg mane salah satu tndanya ialah kita x gemar biler org mengungkit kebaikan yg telah kita lakukan..


"dan hendaklah ada antara kamu satu puak yg menyeru (berdakwah) kpd kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik, serta melarang daripada sgla yg salah . Dan mereka yg bersifat demikian adalah org yg berjaya."
Ali Imran : 104

"Yok kite samer2 jadi org yg 'berjaya'!!!

p/s : jgn luper bacer (^-^)

wallahu'alam..



Friday, December 4, 2009

Allah sedang memberi peringatan kepadaku!!



Allah sedang memberi peringatan kepadaku!!

by : ana_muslihah



assalamualaikum..

"meh ana bawak kereta plak..enti bawak slow sgt ler..hehe"ngomelan sorg diri..bangga dlm diri menguasai kerana boleh bwk kereta dgn hebatnya..astaghfirullahalazim..
tiba2, "PPPPIIIIIIINNNN!!!!!!!" tersirap darah ana..nyaris2 ana terlanggar motorsikal yg ana x nmpak kelibatnya di blkg lori hdpn ana.. "Ya Allah..Allah masih saygkan ana..masakan tidak..Kalo Allah x sygkn ana,mesti terjadinya accidnt di smpg tiga itu..Allah memberi sedg memberi peringatan kpdaku.. Boleh sajer lesen "P" ku terbatal..

Mesti byk dosa yg ana buat tnpa disedari mahupun sedar.. Andai situasi itu menjadi situasi terakhirku di dunia ini, pasti itu bukan husnul khatimah yg aku idam2kan selama ini.. Allah juga sedg memberi peringatan kepada pembonceng motosikal itu juga barangkali..Hanya tingal lebig kurang 1 meter shj lagi kereta yg ana pandu 'mencium' motosikal itu..Ya Allah..Ya Rahman Ya Rahim..

Setiap sesuatu pasti ada hikmahnya..Mungkin itu membuat ana sedikit phobia.. Namun aku sedar Allah memberi peringatan kepadaku dan pembonceng motosikal itu..syukur ya Allah..


Thursday, November 26, 2009

Hadiths

Hadiths

by : ana_muslihah



Tiada yang lebih berat dalam timbangan orang beriman pada
Hari Pengadilan daripada tingkah lakunya yang baik.
Allah SWT melaknati orang yang bermulut celupar
dan biadap.
Riwayat al-Tirmizi

Orang yang baik dalam kalangan kamu ialah orang
yang baik pergaulannya dengan keluarganya dan aku adalah yang
paling baik antara kamu.
Riwayat al-Tarimizi

Tidak termasuk dalam kalangan kami mana2
perempuan yang menyamai lelaki dan mana2 lelaki
yang menyamai permpuan.
Riwayat Imam Ahmad

Si alim yang tidak beramal dengan ilmunya,
akan diazab terlebih dahulu daripada penyembah berhala.
Riwayat Imam Malik

Allah SWT tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada
org yg tidak menunjukkan belas kasihan kpd org lain.
Riwayat Bukhari & Muslim

Empat jenis manusia yang tidak Allah SWT memasukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya ialah peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak yatim dan derhaka pada ibu bapanya.
Riwayat al-Hakimi

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud,
"Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit,
kemudian kamu bertaubat nescaya Allah SWT
memberi keampunan kepadamu."
Riwayat Ibnu Majah

"Jom Akidah"


"Jom Akidah"

by : ana_muslihah



Assalamualaikum..
ana bru habis baca buku "JOM AKIDAH" krgn Juanda Jaya.. Jadi ader sikit yg ana nak kongsikan..

Punca2 hati keras :
~ X berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT
~x mengamalkan akhlak Islam dengan sempurna
~ bergaul dgn org2 yang kasar den keras hati
~ membiarkan nafsu amarah bermaharajalela di hati

Biar aku beritahu kamu satu perkara yang akan menggalakkan kasih sayang dan persahabatan dlm kalangan kamu. Berikan salam antara satu sama lain sekerap mungkin. Riwayat Muslim

Tanda2 Allah mencintaimu :
~Allah suka menyebut namamu kepada para malaikatNya
~Diuji untuk membuktikan kecintaanmu kepadaNya

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahui. 2 : 216

Saturday, November 21, 2009

Kenapa Manusia Perlu Kepada Agama

KENAPA MANUSIA PERLU KEPADA AGAMA?


by : ana_muslihah


Salam alaykum...


Topic nie ana kena present dalam word n present kat kelas dalam kelas TITAS first sem..

jadi ana nak share dengan sumer..

Setiap manusia tidak boleh lari daripada kehidupan beragama. Sepanjang pembacaan n kefahaman ana, ada 4 sebab :

SEBAGAI PERATURAN UNTUK HIDUP DI MUKA BUMI INI.

Agama memang mengandung peraturan dan hukum yang harus dipatuhi manusia. Agama mempunyai kekuasaan yang membuat manusia tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Orang yang tunduk dan patuh kepada Tuhan akan mendapat balasan baik daripada Tuhan, sementara yang tidak patuh akan mendapat balasan buruk daripada Tuhan.

Kesannya ialah mereka hidup sebagai manusia berperaturan. Mereka mempunyai pertimbangan dosa dan pahala. Mereka akan bertindak dengan penuh hati-hati di dunia meskipun ketika bersendiri, bimbang dimurkai oleh Maha Pencipta.

UNTUK MENJAWAB SEGALA PERSOALAN FITRAH YANG AKAN TIMBULDALAM DIRI SETIAP INSAN.

Siapakah dirinya yang sebenar?

Bagaimanakah asal-usulnya?

Bagaimana ia dicipta?

Dari mana dia datang?

Untuk apakah dia hidup di muka bumi ini?

(52 : 56) – Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah

kepada-Ku

Siapakah yang mencipta dan menguruskan alam yang luas ini?

(57 : 5) – Milik-Nyalah kerajaan langit dan bumi. Dan Hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.

Apakah kehidupan hanya berakhir dengan kematian?

Kemanakah dia akan pergi selepas alam kematian?

(83 : 4-6) – Tidakkah mereka itu mengira, bahawa seseungguhnya mereka akan dibangkitkan , pada suatu hari yang besar, (iaitu) pada hari (ketika semua orang menghadap Tuhan seluruh alam.

Semua persoalan-persoalan ini tidak akan ditemui jawapannya melainkan dengan merujuk kepada agama. Agama akan menjelaskan bahawa manusia dan alam ini adalah di cipta oleh Maha Pencipta. Hidup manusia di alam ini pula diuruskan oleh Maha Pencipta. Agama akan menegaskan bahawa kehidupan di dunia bukanlah segala-galanya. Di sana ada alam lain yang menanti selepas alam kematian.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

“Akan Kami perlihatkan tanda-tanda (kebesaran ) Kami di ruang angkasa lepas sehingga terbukti bagi mereka bahawasanya Dialah (Tuhan) yang sebenar. ”

(Al-Fussilat: 53)

AGAMA MENENANGKAN JIWA PEMELUKNYA.

lmu menjawab pertanyaan yang dimulai dengan bagaimana dan agama menjawab yang dimulai dengan mengapa. Ilmu selalu mengeruhkan fikiran pemiliknya sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus.

AGAMA MENJELASKAN BAGAIMANA UNTUK KITA MENGURUSKAN MUKA BUMI INI DENGAN SEBAIKNYA.

Mampukah akal manusia semata-mata digunakan untuk memikirkan cara memakmurkan muka bumi yang Maha Esa ini? Jawapannya, akal manusia tidak mampu bersendirian untuk memikirkan kaedah memakmurkan bumi ini. Justeru,manusia memerlukan panduan daripada ALLAH Yang Maha Pencipta.

Asif sbb panjang sket..

Wallahu'alam..

"hand soap"

" HAND SOAP "

by : ana_muslihah


Salam alaykum.
Sedang asyik basuh pinggan tadi, ana nampak yg 'hand soap apple fragrance' ana berselaput dgn kekotoran..Hish..x blh jadi nie..Geli plak ana tgok..Terus ana sentalkan dgn berus jala. Terus bersih sampai menciut. Haa, lega..

Ishh..ape kes nie citer pasal sabun basuh tgn..x der citer laen ker??

Terdetik kat hati ana yg walaupun 'hand soap' ni yang mengharumkan tgn kiter yg menggunakannya dengan bau yg macam2, tapi diri dia sendiri x terjaga. Perlu diberus dari semasa ke semasa. Same juga dgn diri kiter.. Sedang asyik memberi nasihat pada org laen, kiter luper nak muhasabah diri ini sendiri. Apakah kita juga melakukan 'post mortem' kat diri kita.

Kawan ana pernah cakap yg si penceramah atau penasihat itu akan diuji dulu dengan ujian sbb 'telinga yang paling dekat dgn mulut yang berkata2 itu yang akan diuji terlebih dahulu'..
(mestilah telinga si penceramah yg paling dekat) Tapi jgn takut untuk memberi nasihat..

Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, "mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab , "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa." (Al-a'raf : 164)

Jika kamu terlihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangan, jika tidak mampu, tegurlah dengan kata, jika tidak mampu tegurlah dgn hati maka itulah selemah2 iman. (hadis)

Biar sedikit tetapi istiqamah..

wallahu' alam

Tuesday, November 17, 2009

kematian


Kematian

by : ana_muslihah



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti

Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan

Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,

KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?


Salamun alaykum..
Terdetik di hati ana sewaktu tahlil arwah seorg shbt lepas isya' tdi..Setiap manusia pastikan merasai detik kematian cuma kita x thu bile...
Terputus segala bekalan kecuali 3 perkara :

>>>doa anak yg soleh
>>>sedekah jariah
>>>ilmu yang berterusan disampaikan

Kita hrus bersyukur dgn nikmat iman & islam yg dikurniakanNya..

"Sewaktu melalui perkuburan islam, ana sedekahkan al-Fatihah, tpi bile melalui kwsn perkuburan mak ana, ana terkedu n sedih..Apakah cara ana nk bantu mak ana? Ana sgt2 sedih.Sbb ana x tau mcm maner nk tlg mak ana.Sebab mak ana meninggal dlm keadaan kafir dan waktu tu ana pun blum diberi hidayah untuk memeluk islam.Kita harus bersyukur dgn nkmat iman & islam yg Allah S.W.T. kurniakan. Biler org islam meninggal, kiter boleh menolong si polan dgn menyedekahkan al-Fatihah,bacaan al-Quran dan doa2 untk arwah. Tp, kalau dalam keadaan kafir, apakah cara untuk kite untuk membantu si polan? "kata seorg ustaz sewaktu ceramah thn lepas.. Ada benar katanye.

Tidak mengira umur, status dan bersedia atau tidak.. Semuanya sudah tercatat di lauh mahfuz.. Org yg bijak itu ialah org yang sentiasa mengingati kematian.. Cube bygkan sedg asyik kiter berseronok, kiter ditakdirkan pulang menghadapNya yg Maha Esa. Ya Allah, adakah kita bersedia di saat yg mungkin kiter tgh lalai..
cube hayati cerita dua beradik yg menghadap Allah dlm keadaan yg x disgka2. Nauzubillah..


Talqin...
Pernahkah kalian terfikir kenapa sewaktu pembacaan talqin, si arwah di'bin' kan dgn nama ibu? Tak lain x bkn bgi tidak mahu memalukan arwah. InsyaAllah, sume insan ader ibu tetapi tidak sumer ader ayah..Renung2kanlah..

Same2 lah kiter cube tingkatkan amalan kita..


Wallhu'alam..

Friday, November 13, 2009

Senyumlah!!

Senyumlah!!

by : ana_muslihah



Berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup ini x selalu bahagia,
sedekahlah satu senyuman
walau dihatimu x lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan
walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam iman
walau hari dipenuhi dengan dugaan
dan berpeganglah kepada Allah
walau Dia x kelihatan...

Bukti kasihNya,
kita masih wujud di dunia pinjaman ini.
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya
yang mengakui beriman kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik
kerana hidup x semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin
dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu diredhai Ilahi
walaupun
dicemuhi insani..


renung2kanlah..

wallahu'alam..

Wednesday, November 11, 2009

"aurora borealis"

"aurora borealis"
salah satu keajaiban Allah S.W.T.


by : ana_muslihah


salamun alaykum..

setiap yang berlaku pasti ader hikmah di sebaliknya dan setiap segala sesuatu yg telah berlaku, sedang berlaku mahupun yg akan berlaku semuanya dalam pengetahuan Allah..

"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahuinya" (6 : 59)

aurora borealis sound so weird ha??hhrrmmm...waktu form 5 (subjek physics) dlu ana ader jgk bljr pasal aurora ni tp waktu tu cumer untuk exam.. lagipun itu sumer surface fizik..

Tpi hidup kiter insyaAllah berubah kearah yg lebih baik dan ana sendiri dah muler faham yg study bkn hny untuk score dlm subjer jer..n shbt ana pernah ckp, kiter kene betulkan niat. "we hve to Learn n not Study jer"..Alhamdulillah, skrg ana dh pon dlm course major physics, meh ana crite pasal aurora borealis yg ana sgt kagum nie..




"Electron can enter magnetic field in various angle. But for make thing become easier, we can classify into 2 angle. Either 90 degree or other than that. When it is 90 degree, circular path of electron formed. But... when it is not in 90 degree, it form rotating electron path within the pole n we call them bottle magnetic field..Huh.. so jackie, can u give me an example of this bottle magnetic field??"
beginilah lebih kurg penerngn lecturer modern physcs kesyngn kami..


Biar ana simplekn, contoh bottle nie ialah bumi kiter ni yg ader dua kutub..sebenarnya ader super huge giant magnetic field yg menghubungkan kutub utara n selatan bumi kiter.. n biler electron2 dah smpai kat kutub tue berselisih untuk kembali bergrk ke kutub satu lagi, perselisihan inilah yg menghasilkan satu keajaiban yg kiter panggil "aurora borealis"..

Subhanallah..hebat sungguh kuasa Allah..


Aper yg ana dpt simpulkan kat cnie insyaAllah, kiter kene timba ilmu senyk mugkin supaya kiter lebih dekat dgnNya..

Jika kamu tunduk pada dunia,

Kamu akan terlepas akhirat,
Tetapi,
Jika kamu tunduk pada akhirat,
Dunia akan mengejar kamu..


Wallahu 'alam..