Monday, November 29, 2010

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Banna


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.


-Marilah sama-sama kita memuhasabah diri, dan berusaha untuk mengamalkan wasiat yang amat berharga nilainya ini, insyaAllah.

Friday, November 26, 2010

mari singkap kembali!!!

by : ana_muslihah
Mari singkap kembali sejarah kegemilangan islam yang telah digelapkan sinarnya..

Friday, November 19, 2010

.:ingatan buat sumer:.

by : ana_muslihah


"Bila mana diri ini diwaqafkan untuk perjuangan Islam,
jangan sesekali berniat unutk meloloskan diri.
Sekali melangkah kehadapan,
maka teruskan langkah itu.
Janga pernah terlintas untuk melepaskan
ikatan rabithah perjuangan.
Walau ribuan tribulasi melanda
yakinlah dengan apa yang kita lakukan
nescaya kemenangan pasti tiba.
Derita kita adalah derita ummat terdahulu.
Penat kita hari ini untuk generasi akan datang.

Selamat berjuang di medan masing2!!!

Saturday, November 13, 2010

selamat ulang tahun blog EPILOG HIDUPKU !!!

by : ana_muslihah

alhamdulillah..

selamat ulang tahun untuk blog epilog hidupku!!

Kesekian kalinya kerana sebenarnya 11 november juga merupakan detik pertama aku bertekad untuk menulis blog tahun lepas..[first entry ku 11 november 2009].

Azamku untuk dijadikan ia sebagai salah satu medium dakwah. Islam itu sangat2lah indah dan hebat dengan kebesaran Allah S.W.T.. Jadi bila mana dianatara kita faham dan terkadang terasa islam sangat melengkapi hidupnya, pasti dia mahu orag lain juga merasai nikmat yang sama. Begitu juga dengan diri ini, dimana walaupun nikmat itu jauh lagi untuk mencapai tahap kecintaan yang amat sangat, namun mahu semua di luar sana berusaha untuk medambakan kasih ilahi.

Bak kata seorang ukhti, kita tidak mampu untuk menerangkan secara jelas dan detail tentang apa yang kita dapat dengan mendekatkan diri pada Allah, cuma kita hanya mampu untuk mengislahkan muslim itu untuk ke arah mengenal islam. Dan caranya sangat banyak. Medium dakwah itu luas, ya Allah. 
Gunalah apa sekalipun kelebihan yang Allah kurniakan pada kalian untuk islam. Jika, dengan menulis, maka teruskan. Jika dengan menyanyi, teruskan. Jika dengan menyumbang, maka teruskan. Cuma pastikan niat lillahi taala dan berlandaskan syara'. [kerana kalau tidak pasti sia2 semuanya]

Mencapai tahap ikhlas itu bukan mudah. Syaitan sentiasa mengekori untuk menyuntik jarum2 halusnya, tidak kira di awal, pertengahan mahupun selepasnya kerana takut dengan umat Adam yang melakukan kebaikan. Namun sebesar mana mujahadah kita untuk melawan semua itu.

Allah..Semua yang kutaip ini sebenarnya lebih kepada diriku.Untuk mengingatkan diri sendiri yang kapan kali terlupa. Namun dalam masa yang sama untuk menyambung rantai perjuangan Rasulullah. Kalao kita rasa kita lah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan untuk mendaulahkan islam di muka bumi ini. Pasti kita akan rebah kerana kuatnya mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Namun, ingatlah kita hanyalah salah satu dari ranati2 perjuangan islam yang mana kita mewairisinya dari para anbiya' dan perjuangan kita ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Ia sentiasa berterusan. Allah tidak melihat dari hasil namun Allah melihat dari usaha yang kita lakukan.

Jika semua diantara kita sedar akan besarnya amanah yang harus kita galas di muka bumi ini sebagai khalifah Allah, pasti akan rasa tiada masa untuk berlengaha2. Tapi kita ini manusia yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan alpa. Kerana itu majlis ilmu itu penting. Menuntut ilmu pula kini sudah mencapah kerana boleh dapat dari pelbagai sumber.. Namun, setting jiat yang betul dari awal2. 

Return to Allah at the early of the journey to be successful at the end f the journey.[ayat yang sentiasa mengingatkan diri ini yang sering alpa]

Targetku di awal2 dulu untuk memasukkan satu post setiap minggu=4 kali sebulan. Namun ada 2 bulan yang aku gagal, namun diganti pada yang berikutnya.

Panjang pula celotehku..Namun, diharapkan sahabat2 seperjuangan bloggers yang lain terus istiqamah untuk menjadikan blog  ini sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kita serta para pembaca pada Maha Pencipta dan membuatkan diri kita lebih bertaqwa..

chaiyok!chaiyok! bloggers seperjuanganku!!
Moga Allah sentiasa bersama dan meredhai kita dalam setiap saat kita tip!tap!tip!tap! menaip keyboard sewaktu menulis blog ini.

HEPPI 1ST ANNIVERSARY BUAT BLOG EPILOG HIDUPKU!!!!

written by,

ana muslihah
[nurul azzyaty hj jayah~namaku bukan modern atau berbelit namun bermaksud hasil pemberian ibu n ayah tercinta dengan ilham dari Ilahi]

~doakan moga Allah merahmati kita semua~

wallahu'alam..

.:detik 11 november 2010:.

 by : ana_muslihah



Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala2ny yg dikurniakan kepada hamba yang dhoif ini. Walaupun terlewat, namun diri ini tekad untuk menulis blog dalam bas ondawe to kampung halaman tercinta. Subuh esok sampai la ni.

Sungguh, nikmat yang Allah kurniakan itu sangat melimpah ruah sehingga tidak terhitung. Syukur ya Allah. Hari ini aku lupa untuk minta nikmat oksigen, namun Engkau tetap beri, aku lupa untuk minta nikmat melihat, tapi sesedar dari tidur, aku dapat melihat bumi yang terbentang luas. Allah..Semua ini tidak mampu aku senaraikan. Dan kini aku bergelar seorang muslimat berusia 20 tahun.

Benar, detik ini semakin menghampiri saat kematianku seperti ucapan dari sahabatku. Namun semua dari kita sebenarnya sedang menghampiri saat itu kerana ajal maut tidak mengenal tua muda.

Syukran buat sahabat-sahabat yang turut mendoakan diri ini dan ucapan sanah helwah. Sungguh, baru kini aku dapat mersai nikmat ukhuwah fillah itu. Kerana ukhuwah yang diniatkan selain Allah tidak akan sehebat jika benar-benar niatkan pada Allah S.W.T..
Ukhuwah fillah itu bukan dari kerapnya bertemu namun terasa dekat kerana Allah yg meletakkan rasa kasih itu dalam diri kita kerana Dialah tumpuan kecintaan itu..

Detik 12 malam, dikejutkan oleh sahabat2 6lights dengan lilin tanpa kek..hehe..tima kasih..[adik su, ayong, efa, masnie, syud, n nanad] n panggilan telfon n sms bertubi2..[FAMILY~mama, abah n ayu..etc] begitu juga facebook namun x dapat ku balas kesemuanya kerana final examku yang 2 paper pda hari jumaat.

Terima kasih sahabat2, hanya Allah yang mengetahui bagaimana berharganya nilai persahabatn yang telah terjalin ini..Subahanallah n alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk semua ini. Dan pasti aku ingin sahabat2 lain turut merasa nikmat ini bersama-sama jika betul caranya. Maaf andai diri ini tidak sempurna n banyak compang-camping sana sini.Namun kalian sungguh baik pada pandangan ku..Atikah,seperti yang ku katakan pada sahabat baikku, aku tidak nampak cacat celanya apabila dia mengajukan soalan itu kepadaku kerana kebaikannya menutupi segalanya.

Moga dengan bertambah usia kita, bertambah juga amalan kita..Hayatilah ungkapan yang selalu kita ucapkan ini, "ukhuwah fillah abadan abada".
Wallahu’alam..

Tuesday, November 9, 2010

Tika saatnya aku mengenal al-Ma'thurat dan al-Mulk..

by : ana_muslihah

Bismillahirahmanirrahim..
Terimbau kembali saat aku habis SPM. Abangku tekad untuk hantarku ke kem khas untuk student lepasan SPM untuk isi masa lapang. “Nak pegi ker? Mane kenal saper2” monolog dalam diri.
Namun diberi kelonggaran untuk ajak teman2 sesekolah untuk pergi bersama2 mengisi masa luang sewaktu cuti SPM. Dekat 6 bulan tuh..Lamer2..Kami ibarat pengembara muda pergi merantau naik bas empat orang. Berhenti kat RnR, pesan makanan panas sebab tengok driver bas rilex jer tengag makan lagi. Tunggu punya tunggu, lamer la plak. Padahal Maggie goreng jer.
Naik bas, semua tengok jer sebab kami lambat. Huhu. Tanpa segan silu perut yang berbunyi ni memaksa kami untuk membuka bungkusan makanan tadi. Satu bas bau. Kanak2 ribena ini buat muka tak malu makan jer.Hehe itulah kami..
Sampai di destinasi kami yang jauh itu(jauh la sangat, dalam Malaysia je pon), abang aku yang dua ini ambil kami dan hantar kami ke destinasi yang hanya lebih kurang satu jam.
Petang pertama :
Kerana ramai yang mendaftar lewat, kami start pada maghribnya,  seusai solat maghrib kami membaca zikir rasulullah s.a.w. yang disusun oleh as-Syahid Hassan al-Banna. “Macam biasaku lihat naskah kecil ini. Aku pernah membacanya. Namun sudah lama dulu. Tersemput2 aku mengejar bacaan mereka. Tup2, hilang. Entah mana2 mereka bacanya, aku gagal follow. Aku tekad membaca sendiri. Hatiku sedih kenapa aku begitu lambat dn tergagap2 membaca sedangkan mereka begitu fasih dan hafal. Sedih..
Malam pertama:
“Jom kita wat bedtime story.Hehe”,ajak seorang teman dari maahad perempuan.”Nak join”, selit diriku. Padahal aku langsung tidak tahu bedtime story yang mereka maksudkan itu ialah bacaan al-Mulk.Sangkaanku ia adalah sembang2 kosong sebelum melelapkan mata.Ternyata meleset sangkaanku.
Kami buat bulatan bulat.Hanya beberapa orang yang mebuka terjemahan(termasuk diriku), yang lain sumernya fasih menuturkan ayat2 suci al-Quran(al-Mulk) sehingga habis yang fadhilatnya menyelamatkan dari siksaan azab kubur. Nau’zubillah.Aku tergagap2 menuturkan kalimah itu kerana tidak biasa amalkannya namun mereka begitu fasih bahkan hafal. Sedihnya diri ini. Aku tidur malam itu dalam berlinangan air mata. Terasa diri sangat jahil..
Sebelum tidur terdetik di hati untuk sms abangku. “**** x reti baca. **** x biasa semua tu. **** x lazimi. Kenapa diri ini jahil sangat untuk mengenal semua itu ya Allah.Terima kasih kerana hantarku ke sini.”  Aku sedih sangat2..
Dipendekkan cerita, setibanya di rumah, aku nekad melazimi al-Mulk dan ma’thurat sehingga hari ini. Ku ajarkan adik ikut. Alhamdulillah kini ia menjadi amalan kami.
Setiap orang sejarahnya berbeza. Namun, syukur ya Allah kerana buka pintu hatiku..Moga aku istiqamah dan semakin bertambah keimananku di jalan ini..Biarlah aku lewat(setelah berumur 17 tahun), namun di sini aku mengenal al-Ma’thurat dan al-Mulk yang besar fadhiltnya. Terima kasih juga, abangku..
Wallahu’alam..
tinta dri seorang sahabat..

Wednesday, November 3, 2010

cintaku padamu kerana agamamu..

by : ana_muslihah


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika hilang agamamu,
Maka hilanglah cintaku padamu".
[IMAM NAWAWI]

~ukhuwah fillah abadan abada~

p/s : kiriman dri ukhti hamiza nun di terengganu =)

maat taufiq sumer!!




by : ana_muslihah


Salamun alayk!!

Buat sahabat-sahabat seperjuanagnku sekalian, nak ucapkan all da best untuk final nie. Moga dapat cencentrate sepenuhnya time study week nie. Pejam celik pejam celik sudah berakhir 3 semester kuliahku di UTM nie, maksudnya lagi separuh jalan, 3 semester menanti.

Buat classmateku, 2SSZ n X-classmateku, 2SSD dan sumer sahabat seperjuangan di universiti tempatan nie(UTM, UKM, etc), jom 'Strive for Excelence'..

Nasihat wat sumer especially diri ini>>>

Study smart!
Lebih banyak dekatkan diri pada Allah SWT..(lakukan amalan2 sunat)
Doa banyak2..(tolong doa untuk diri ini juga)
Jaga hubungan dengan Allah dan manusia(hablun minallah, hablun minannas)..
Jaga kesihatan..
Ikhlaskan diri..
Restu ayah n bonda tercinta..
Tawakal..

Moga kejayaan bersama kita semua yang berusaha..
Allah bersama kita!!
Umat Islam hebat!!
chaiyok!chaiyok!

wallahu'alam..