by : ana_muslihah
Bismillahirahmanirrahim..
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala2ny yg dikurniakan kepada hamba yang dhoif ini. Walaupun terlewat, namun diri ini tekad untuk menulis blog dalam bas ondawe to kampung halaman tercinta. Subuh esok sampai la ni.
Sungguh, nikmat yang Allah kurniakan itu sangat melimpah ruah sehingga tidak terhitung. Syukur ya Allah. Hari ini aku lupa untuk minta nikmat oksigen, namun Engkau tetap beri, aku lupa untuk minta nikmat melihat, tapi sesedar dari tidur, aku dapat melihat bumi yang terbentang luas. Allah..Semua ini tidak mampu aku senaraikan. Dan kini aku bergelar seorang muslimat berusia 20 tahun.
Benar, detik ini semakin menghampiri saat kematianku seperti ucapan dari sahabatku. Namun semua dari kita sebenarnya sedang menghampiri saat itu kerana ajal maut tidak mengenal tua muda.
Syukran buat sahabat-sahabat yang turut mendoakan diri ini dan ucapan sanah helwah. Sungguh, baru kini aku dapat mersai nikmat ukhuwah fillah itu. Kerana ukhuwah yang diniatkan selain Allah tidak akan sehebat jika benar-benar niatkan pada Allah S.W.T..
Ukhuwah fillah itu bukan dari kerapnya bertemu namun terasa dekat kerana Allah yg meletakkan rasa kasih itu dalam diri kita kerana Dialah tumpuan kecintaan itu..
Detik 12 malam, dikejutkan oleh sahabat2 6lights dengan lilin tanpa kek..hehe..tima kasih..[adik su, ayong, efa, masnie, syud, n nanad] n panggilan telfon n sms bertubi2..[FAMILY~mama, abah n ayu..etc] begitu juga facebook namun x dapat ku balas kesemuanya kerana final examku yang 2 paper pda hari jumaat.
Terima kasih sahabat2, hanya Allah yang mengetahui bagaimana berharganya nilai persahabatn yang telah terjalin ini..Subahanallah n alhamdulillah kerana aku diberi peluang untuk semua ini. Dan pasti aku ingin sahabat2 lain turut merasa nikmat ini bersama-sama jika betul caranya. Maaf andai diri ini tidak sempurna n banyak compang-camping sana sini.Namun kalian sungguh baik pada pandangan ku..Atikah,seperti yang ku katakan pada sahabat baikku, aku tidak nampak cacat celanya apabila dia mengajukan soalan itu kepadaku kerana kebaikannya menutupi segalanya.
Moga dengan bertambah usia kita, bertambah juga amalan kita..Hayatilah ungkapan yang selalu kita ucapkan ini, "ukhuwah fillah abadan abada".
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment