by : ana_muslihah
alhamdulillah..
selamat ulang tahun untuk blog epilog hidupku!!
Kesekian kalinya kerana sebenarnya 11 november juga merupakan detik pertama aku bertekad untuk menulis blog tahun lepas..[first entry ku 11 november 2009].
Azamku untuk dijadikan ia sebagai salah satu medium dakwah. Islam itu sangat2lah indah dan hebat dengan kebesaran Allah S.W.T.. Jadi bila mana dianatara kita faham dan terkadang terasa islam sangat melengkapi hidupnya, pasti dia mahu orag lain juga merasai nikmat yang sama. Begitu juga dengan diri ini, dimana walaupun nikmat itu jauh lagi untuk mencapai tahap kecintaan yang amat sangat, namun mahu semua di luar sana berusaha untuk medambakan kasih ilahi.
Bak kata seorang ukhti, kita tidak mampu untuk menerangkan secara jelas dan detail tentang apa yang kita dapat dengan mendekatkan diri pada Allah, cuma kita hanya mampu untuk mengislahkan muslim itu untuk ke arah mengenal islam. Dan caranya sangat banyak. Medium dakwah itu luas, ya Allah.
Gunalah apa sekalipun kelebihan yang Allah kurniakan pada kalian untuk islam. Jika, dengan menulis, maka teruskan. Jika dengan menyanyi, teruskan. Jika dengan menyumbang, maka teruskan. Cuma pastikan niat lillahi taala dan berlandaskan syara'. [kerana kalau tidak pasti sia2 semuanya]
Mencapai tahap ikhlas itu bukan mudah. Syaitan sentiasa mengekori untuk menyuntik jarum2 halusnya, tidak kira di awal, pertengahan mahupun selepasnya kerana takut dengan umat Adam yang melakukan kebaikan. Namun sebesar mana mujahadah kita untuk melawan semua itu.
Allah..Semua yang kutaip ini sebenarnya lebih kepada diriku.Untuk mengingatkan diri sendiri yang kapan kali terlupa. Namun dalam masa yang sama untuk menyambung rantai perjuangan Rasulullah. Kalao kita rasa kita lah yang memulakan dan mengakhiri perjuangan untuk mendaulahkan islam di muka bumi ini. Pasti kita akan rebah kerana kuatnya mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Namun, ingatlah kita hanyalah salah satu dari ranati2 perjuangan islam yang mana kita mewairisinya dari para anbiya' dan perjuangan kita ini akan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Ia sentiasa berterusan. Allah tidak melihat dari hasil namun Allah melihat dari usaha yang kita lakukan.
Jika semua diantara kita sedar akan besarnya amanah yang harus kita galas di muka bumi ini sebagai khalifah Allah, pasti akan rasa tiada masa untuk berlengaha2. Tapi kita ini manusia yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan alpa. Kerana itu majlis ilmu itu penting. Menuntut ilmu pula kini sudah mencapah kerana boleh dapat dari pelbagai sumber.. Namun, setting jiat yang betul dari awal2.
Return to Allah at the early of the journey to be successful at the end f the journey.[ayat yang sentiasa mengingatkan diri ini yang sering alpa]
Targetku di awal2 dulu untuk memasukkan satu post setiap minggu=4 kali sebulan. Namun ada 2 bulan yang aku gagal, namun diganti pada yang berikutnya.
Panjang pula celotehku..Namun, diharapkan sahabat2 seperjuangan bloggers yang lain terus istiqamah untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu cara untuk mendekatkan diri kita serta para pembaca pada Maha Pencipta dan membuatkan diri kita lebih bertaqwa..
chaiyok!chaiyok! bloggers seperjuanganku!!
Moga Allah sentiasa bersama dan meredhai kita dalam setiap saat kita tip!tap!tip!tap! menaip keyboard sewaktu menulis blog ini.
HEPPI 1ST ANNIVERSARY BUAT BLOG EPILOG HIDUPKU!!!!
written by,
ana muslihah
[nurul azzyaty hj jayah~namaku bukan modern atau berbelit namun bermaksud hasil pemberian ibu n ayah tercinta dengan ilham dari Ilahi]
~doakan moga Allah merahmati kita semua~
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment