by : ana_muslihah
Bismillahirahmanirrahim..
Terimbau kembali saat aku habis SPM. Abangku tekad untuk hantarku ke kem khas untuk student lepasan SPM untuk isi masa lapang. “Nak pegi ker? Mane kenal saper2” monolog dalam diri.
Namun diberi kelonggaran untuk ajak teman2 sesekolah untuk pergi bersama2 mengisi masa luang sewaktu cuti SPM. Dekat 6 bulan tuh..Lamer2..Kami ibarat pengembara muda pergi merantau naik bas empat orang. Berhenti kat RnR, pesan makanan panas sebab tengok driver bas rilex jer tengag makan lagi. Tunggu punya tunggu, lamer la plak. Padahal Maggie goreng jer.
Naik bas, semua tengok jer sebab kami lambat. Huhu. Tanpa segan silu perut yang berbunyi ni memaksa kami untuk membuka bungkusan makanan tadi. Satu bas bau. Kanak2 ribena ini buat muka tak malu makan jer.Hehe itulah kami..
Sampai di destinasi kami yang jauh itu(jauh la sangat, dalam Malaysia je pon), abang aku yang dua ini ambil kami dan hantar kami ke destinasi yang hanya lebih kurang satu jam.
Petang pertama :
Kerana ramai yang mendaftar lewat, kami start pada maghribnya, seusai solat maghrib kami membaca zikir rasulullah s.a.w. yang disusun oleh as-Syahid Hassan al-Banna. “Macam biasaku lihat naskah kecil ini. Aku pernah membacanya. Namun sudah lama dulu. Tersemput2 aku mengejar bacaan mereka. Tup2, hilang. Entah mana2 mereka bacanya, aku gagal follow. Aku tekad membaca sendiri. Hatiku sedih kenapa aku begitu lambat dn tergagap2 membaca sedangkan mereka begitu fasih dan hafal. Sedih..
Malam pertama:
“Jom kita wat bedtime story.Hehe”,ajak seorang teman dari maahad perempuan.”Nak join”, selit diriku. Padahal aku langsung tidak tahu bedtime story yang mereka maksudkan itu ialah bacaan al-Mulk.Sangkaanku ia adalah sembang2 kosong sebelum melelapkan mata.Ternyata meleset sangkaanku.
Kami buat bulatan bulat.Hanya beberapa orang yang mebuka terjemahan(termasuk diriku), yang lain sumernya fasih menuturkan ayat2 suci al-Quran(al-Mulk) sehingga habis yang fadhilatnya menyelamatkan dari siksaan azab kubur. Nau’zubillah.Aku tergagap2 menuturkan kalimah itu kerana tidak biasa amalkannya namun mereka begitu fasih bahkan hafal. Sedihnya diri ini. Aku tidur malam itu dalam berlinangan air mata. Terasa diri sangat jahil..
Sebelum tidur terdetik di hati untuk sms abangku. “**** x reti baca. **** x biasa semua tu. **** x lazimi. Kenapa diri ini jahil sangat untuk mengenal semua itu ya Allah.Terima kasih kerana hantarku ke sini.” Aku sedih sangat2..
Dipendekkan cerita, setibanya di rumah, aku nekad melazimi al-Mulk dan ma’thurat sehingga hari ini. Ku ajarkan adik ikut. Alhamdulillah kini ia menjadi amalan kami.
Setiap orang sejarahnya berbeza. Namun, syukur ya Allah kerana buka pintu hatiku..Moga aku istiqamah dan semakin bertambah keimananku di jalan ini..Biarlah aku lewat(setelah berumur 17 tahun), namun di sini aku mengenal al-Ma’thurat dan al-Mulk yang besar fadhiltnya. Terima kasih juga, abangku..
Wallahu’alam..
tinta dri seorang sahabat..
Teringat kisah lama.
ReplyDeleteKat matrik,saya mula kenal apa itu Islam.
Zaman sekolah terasa kosong sangat.
Hati ni memang dah lama tergerak nak belajar pasal Islam, tapi jalan ke arah itu masih samar-samar. Dengan faktor persekitaran, saya malu untuk ungkapkan kemahuan saya.
Sampai satu ketika, saya alunkan doa yang sama hampir setiap kali selepas solat.
"Ya Allah, hantarkan aku ke tempat yang sangat jauh untuk mengenali agama-Mu"
Alhamdulillah, dengan jarak lebih 400 km ke utara, menjarakkan saya dengan keluarga dan sahabat, tapi mendekatkan diri untuk mengenal Allah.
Jarak yang sangat jauh "menyukarkan" saya untuk pulang ke rumah, menjadikan saya tidak segan untuk berubah berikutan suasana yang baru dengan sahabat2 baru.
Waktu tu rasa seronok sangat tengok orang solat berjemaah kat masjid. Saya pun suka je join diorang. Belajar baca Ma'thurat. Gotong-royong bersihkan masjid setiap pagi Jumaat.Lama2 hati terikat dengan masjid. Dapat pulak kawan2 yang islamik. Dan saya habiskan sehari suntuk di masjid berbanding bilik sendiri. Malam pun curi2 tidur di masjid tanpa pengetahuan felo2 asrama.
Kepulangan saya di rumah sedikit sebanyak mengubah kehidupan keluarga saya kepada lebih islamik.
Dan saya teruskan perjuangan ini di bumi UTM tercinta. Memilih BADAR dan KRU tanpa paksaan sesiapa. Saya yakin dengan jalan yang saya pilih, walaupun mendapat sindiran dan cemuhan daripada pelbagai keluarga dan kawan2 sekolah.
"Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari"
Hadis riwayat al-Tabrani (285)
panjang betul NC komen. Boley buat 1 ag entry. hehehe. Nk dijadikan cerita, kisah kita sama la azzy. hehe. tp akk x pi kem la. awal sket. Waktu masuk smka slim river msa tingktn 4. Akk kn skola situ skejap je. Then keluar coz salah satu dr byk sbb..akk xdpt catch up subject b.arab tnggi. lg 1, akk pon trkejar2 gak bab amalan ni. mula2 masuk..kjutan budaya la lebey kurang. Tension kot. rendah diri dan sbgainya. Sbb msa f4 mna ajar dah. mreka kn diajr since tgktn 1. Mlu dgn adik2. Hadith2x pn da byk deme hafal. Stress kot. xmmpu nk mnyahut cbrn btoi. trukkn??. huhu.
ReplyDeleteaduh.maaf2 buat sumer trgnt masa lmpau plak..adeh..buku2!!wah..panjangnyer NC komen..tul2 SN, blh wat lgi stu entry..sumer dri kiter puny ksh silam yg tersendiri. Namun kita dikire senior dri mualaf.Tp kefhmn kiter jelas masih kurg.malu pulak. Tpi per2 pun sumer kene berusaha mantapkan ilmu yg ada n bkn sklh agama x blh jdi alasan untuk tidk mendlami ilmu agama n menegakkan kalimah Allah. YG penting kefahaman follow by ikhlas so on..selamat beramal shbt2!!
ReplyDeletekakak sn jeles la tu saya conteng panjang2 kat blog kakak azzy..
ReplyDeleteyela2, nanti adik nie g conteng banyak2 dan
laaaaaaaaaaaagiiiiiiiiii panjang kat blog kakak sn ye...
(taw2 je komen2 saye kakak dah delete.. sob2x)