Monday, December 6, 2010

1431H telah menjadi sejarah



by : ana_muslihah 
 

Salamun alayk..
Pejam celik-pejam celik, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke tahun 1432 hijrah. Salam maal hijrah buat semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia dari diri yang serba dhoif ini. Syukran jazilan kerana sudi ziarah di blog http://anamuslihah1190.blogspot.com ni..

Sama2 kita muhasabah diri adakah amalan kita tahun lepas diterima oleh Allah S.W.T.? Cukup ikhlaskah kita? Xtvt apa yang kita isi diwaktu lapang? Ingatkah kita pada Allah diwaktu senang atau hanya diwaktu sempit dan tertatih sahaja? Tepuk dada tanya iman..Sama2 fikir2kan.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi SAW dalam hadis yang masyhur mengenai niat dan amalan,
 "Sesungguhnya amalan itu ditentukan oleh niat, dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kepada dunia yang ingin diperolehinya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang menjadi maksud hijrahnya".

Sedikit ilmu yang dapat dikongsi bersama melalui google search mengenai ikhtibar peristiwa hijrah rasulullah s.a.w. dari Makkah ke Madinah 1431 tahun dahulu ;

Iktibar dari peristiwa Hijrah
>Usaha dakwah hendak mempunyai strategi yang mantap
>Umat Islam wajib bekorban untuk meninggikan martabat Islam
>Kesatuan aqidah menjadi asas perpaduan umat Islam

Jadikan tahun 1432 H ini tahun untuk kita berhijrah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik. Teorinya semudah ABC, namun pelaksanaannya harus disertai dengan mujahadah yang tinggi yang tidak akan boleh dilaksanaakan dalam sekelip mata. Skop makna hijrah ini bukan kecil yang hanya meliputi perpindahan tempat tinggal tapi hijrah membawa makna yang luas dan besar.

Jadilah kita seorang muslimin dan muslimat yang sedaya upaya  berhijrah

Dari pemalas kepada yang rajin
Dari suka melakukan perkara yang lagha kepada seorang muslim yang banyak melakukan dan menyibukkan diri untuk melakukan perkara2 yang dapat mendekatkan diri pada Allah Maha Pencipta
Dari pelajar yang biasa kepada pelajar yang luar biasa kepintarannya

Dan bermacam2 lagi..Moga segala amalan yang kita lakukan pada tahun lepas diterima Allah dan mendapat keberkatannya serta bermanfaat pada umat manusia yang lain. Dan detik ini merupakan permulaan untuk kita melangkah ke tahun 1432H menjadikan kita lebih baik dari diri kita yang sebelumnya.Sama2 tekad n targetkan apa yang ingin dicapai tahun ini dalam diari hidup kita. Target itu penting untuk menjadi kayu pengukur dalam menganjakkan diri ke suatu kondisi yang lebih baik.

Kita mampu jadi hebat kerana kita sentiasa ada Allah dan islam sebagai ad-Deen (a way of life) kita, dan kita masih punya sahabat2 yang bersama2 kita.. Sama2 kita usaha untuk tingkatkan tarbiyah diri yang tiada penghujungnya. Islam pasti akan menjulang tinggi seperti dahulu. Itu janji Allah. Walaupun kita kini hanya berpeluk tubuh dan bergoyang kaki, Islam pasti kembali gemilang. Namun adakah bila tiba saat kegemilangan itu nanti, yang mungkin kita ditakdirkan hidup di saat itu, Tanya pada diri. Adakah kita menyumbang sesuatu kepada kebangkitan Islam?

Sama2 kita usaha untuk tingkatkan tarbiyah diri yang tiada penghujungnya. Salam Maal Hijrah 1432Hijriah.

Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment