Sunday, February 13, 2011

semuanya di tanganmu..14 Feb ...

by : ana_muslihah 


salamun alayk..

bismillahirahmanirrahim..

esok valentine day..lusa Maulud Nabi..
Say NO to VALENTINE DAY!! Ia hanya menyesatkan umat..

Sahabat..

Kenapa hari ini dikaitkan dengan kasih sayang? Ini kerana 14 Feb 270Masihi ini ialah detik ketika jatuhnya Islam di Sepanyol. Dan anggapan mereka islam itu kejam, jadi dengan jatuhnya Islam, mereka meraikannya.. Namun kita sebagai umat Islam tahu bahawa Islam itu sangatlah sempurna.Dan segala hukum2 di dalamnya adalah untuk memelihara kita sebagai penganut agama suci ini sendiri..

Kenapa lagi? 

Kerana pada 14 Feb ini juga kematian paderi St. Valentine yang dijatuhkan hukuman mati kerana didakwa mengahwinkan tentera2 secara rahsia.Dan kerana itu dikatakan hari ini hari untuk berkasih sayang..

Allah ..
Sanggupkan sahabat2 ku di luar sana untuk merayakan hari ini? Walau apa pun niat kalian..Namun niat tidak mehalalkan cara dan sanggupkah kalian meraikan hari dimana musuh2 kita meraikan kejatuhan agama suci Islam kita sendiri.
Sebagai sahabat, diri ini hanya mampu menasihat. Tetapi keputusan tetap di tangan kalian. Tepuk dada tanya iman..

Cukupkah cinta kita pada Pencipta segala yang ada yang di dunia dan alam semesta ini? Yang memasukkan rasa cinta ke dalam hati-hati insan yang kita kasih itu?

VALENTINE DAY bukan cara hidup Islam..

wallahu'alam..

2 comments: