Friday, March 4, 2011

seribu pengalaman yang tak terungkap dengan kata-kata..

by : ana_muslihah

Bismillahirahmanirrahim..

Setelah lama kematian idea untuk menulis blog, terasa mahu menaip sesuatu yang mungkin bermanfaat pada semua. Dalam sebulan tidak melawat kedua ibu bapa tersayang, kini tiba masanya untuk berkhidmat pada mereka untuk sehari. Sri Putri-TBS-Bkt Jalil-Manjung. Credit t0 abendi and suhaili kerana mempermudahkan urusan =)Dalam perjalanan dikejutkan pula dengan perginya seorang lagi hamba Allah dimuka bumi ini, pakcikku. Sama2 sedeqahkan al-Fatihah pada allahyarham Harith.al-Fatihah. 

Perjalanan jauh dan pengalaman yang sungguh tidak terungkap dengan kata-kata untuk mentafsirkan setiap sesuatu. Pengalaman-pengalaman ini yang membuatkan aku menjadi lebih dewasa. Bak kata seorang seniorita, tidak semestinya 3 tahun di bumi UTM ini menjadi penghalang untuk kami mengutip pengalaman seperti sahabat2 kos 4 tahun.

Dari isu-isu pilihanraya kampus,kerja kuliah yang tak pernah habis (reseach methodologi, critical thinking..), sahabat-sahabat, teman sekelas, adik-adik usrah, serta macam-macam lagi.Suka dan duka semuanya hanya diri yang menghadapai dapat merasai. Sehingga diri yang kerdil ini dirujuk untuk menyelesaikan masalah cinta. Subhanallah.. "Dr. Cinta Junior la plak" (",) Namun apa yang termampu, itulah yang diberi kerana ilmu itu bukannya dari diri ini. Semuanya dari Allah. Kerana sambil memberi nasihat tentunya empunya diri menasihati diri sendiri. wallahu'alam..

Syukur alhamdulillah kerana sem ni kuliah agama berjalan dengan begitu konsisten sekali, sehingga tidak terpegi semuanya. Bukanlah alasan untuk kita semua sebagai mahasiswa/i untuk tidak hadir ke majlis ilmu. Jemput mengimarahkan majlis ilmu di MSI..

Setiap weekdays : 7.30-8.00 pagi
                          : 5.15-6.00ptg
Teman Muhasabah HEWI (jumaat~12.30-2.00 ptg)

Hati juga memerlukan makanan sebagaimana fizikal yang memerlukan makanan seimbang. So, jom join !! Ustaz Hussin(DS) >>dalam kehidupan seharian ini harus dibalancekan 3 nya..rohani(hati-qalb), jasmani n akal..

Disebalik sibuk kita dengan urusan, berprogram, meeting sana sini, sama-sama cek hubungan dengan Allah. Cukupkah hati kita mengingati Allah? Basahkah lidah kita dengan zikrullah? Ikhlaskah kita? Masih jagakah ikhtilat kita walaupun kita bergerak kerja islam? Bangunkah kita di malam hari untuk bertemu dengan Cinta Yang Esa yang kita patut damba2kan itu? Allah.. Persoalan-persoalan ini bertubi-tubi bertanya pada diri. Mungkin kita belum naik atau tidak menang kerana Allah mahu menguji kita semua. Tapi mungkin juga kerana kita belum lagi cukup kebergantungan kita dengan Rabbul Izzati.Ya Allah..

Sudahkah kita mencapai tahap mujahid mujahiddah yang selalu kita unggkapkan itu? Terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz supaya menjaga hubungan dengan Allah supaya megelakkan hubungan sesama manusia bukan dalam kepura2an semata2.



wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment