Monday, June 27, 2011

jom teroka gua tempurung !!




teroka gua tempurung satu yang menakjubkan..subhanallah..bila tika saatnya kita dikembalikan kepada tanah begitu la penciptaan kita daripada tanah..
ibrahnya sungguh banyak..tika saat Allah kurniakan nikmat pandangan mata, maka syukurilah.. pengalaman yang amat berharga dirasai bersama2 adik2 sekolah agama taa'lim, nisa' n seorg shbt baik..
sedikit yang boleh dikongsi, bila berjalan dengan adik2 nie..bergema gua yg gelap gelita tu dengan tasbih yang dialunkan beramai2 oleh adik2 nie..kami menyelusuri anak2 sungai, 'slide' setinggi 2-3 meter, merangkak dan meniarap..huhu sgt mencabar..ade satu tempat, kami diminta memadamkan semua lampu suluh dan diam selama 30 saat..waktu itu, hanya aliran air yang kedengaran..dan apabila diminta untuk letakkan tangan di depan mata, hanya gelap yang nampak..macam2 lagi perkara2 yang best :)

~tinta muslihah~

Tuesday, June 21, 2011

Allah sayaaaang kita

10 golongan yang dimaksudkan...

" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulullah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya "

(riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

  1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
  3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
  4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .
  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram
  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
  8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
  9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
  10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram .


Hadis yg dimaksudkan ustaz Mazlan perihal 10 golongan yang dikaitkan dengan arak. Realitinya, arak dikaitkan sebagai ubat bgi mengubati sakit pinggang pada kebanyakan golong buruh.. Namun sejauh manakah ubat ini berkesan kerana besar kemurkaan Allah bagi yang meminumnya..na'uzubillah..

$haring is caring,
~ana mu$lihah~

Monday, June 20, 2011

.: 5 perkara sebelum 5 perkara :.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 
 
Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

 
Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan



Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja


 Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.


 Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.




sharing is caring,
ana mu$lihah

Friday, June 3, 2011

TOP 10 !! well done Malaysia!!


WOW!!!  Mantap sekali Malaysia yang tersenarai dalam TOP 10 pengeluar arak? Negara yang majoritinya umat Islam, Agama rasminya agama Islam. Namun tersenarai dalam TOP 10 dalam menghasilkan ibu segala kejahatan.  Tidakkah pihak berwajib tahu? Tidak terfikirkah sekalipun ini mungkin beberapa peratus dalam menjana kewangan Negara, namun implikasinya BESAR sekali.
"Baru-baru ini The Star telah menyiarkan statistik yang dikeluarkan oleh WHO mengenai tabiat penggunaan arak atau alkohol dikalangan rakyat Malaysia sehingga meletakkan negara ini turut berada didalam kedudukan senarai 10 negara teratas berbelanja besar semata-mata untuk menikmati minuman keras yang berbagai jenis itu.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf bahawa Malaysia sudah menduduki "ranking top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO juga turut menjelaskan bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta(RM1.5 billion) hanya untuk tujuan mendapatkan alkohol. Perkembangan ini bukannya satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia tetapi sebaliknya adalah satu usaha mempermainkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam."
Tidak takutkah keMURKAAN Allah pada kita? Apa peranan kita sebagai rakyat? Apa perana kita sebagai pemimpin yang mampu bersuara dan mengarah?
Arak..Arak..Arak..Ibu segala kejahatan. Bertubi-tubi berita di televisyen, dada akhbar tentang kes DADAH yang berleluasa. Kambing-kambing hitam yang dipenjarakan tanpa mengetahui apa-apa di merata dunia.. Pembuangan bayi sehingga sampai hati untuk mencampak dari rumah pangsa ke dalam tong sampah di bawah. Seolah-olah melontar anak panah menguji ketepatan sasaran..Pembunuhan yang saban hari tidak pernah terkecuali. Tidak terlepas Cina, India mahupun Melayu..Maksiat serta zina berleluasa. Bercouple itu biasa dan ‘standard’.. Pengedaran VCD  LUCAH yang SANGAT-SANGAT berleluasa..
Disebalik senyum yang terpancar di wajah-wajah yang kutatapi, terselit peristiwa yang sungguh KEJAM di dunia yang aku diami ini. Sungguh musykil kerana persoalan MENGAPA semua ini berlaku? Anak-anak kecil yang suci dan tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia? Ataukah hanya aku yang memikirkan semua ini, selebihnya orang di luar sana rasakan ini adat hidup di dunia???
Mungkinkah ada satu hari yang dada akbar kosong dengan berita yang kejam. Hanya yang ada, gambar  ‘SMILEY’ yang besar menandakan ‘Tiada Masalah dan Kisah Pembunuhan serta Kekejaman Hari ini Dicatatkan di Seluruh Dunia’. Akan adakah?
Mungkin tidak ramai yang membaca ‘post’ku ini. Tapi buat mereka yang baca, ketahuilah dunia yang kita diami ini bukanlah panjang. Hidup kita ini ibarat kapal-kapal dagang yang dilepaskan sementara di samudera lautan. Sebentar saja lagi nakhoda kapal pasti berbunyi tandanya kita harus kembali ke pelabuhan asal kita. Apa sumbangan kita untuk sampaikan pada mereka yang tidak tahu? Cukup sudahkah kebaikan kita buat. Ikhlaskah kita? Tidak takutkah kita pada kemurkaan Allah? Sedaya upayakah kita jauhi jalan-jalan yang menghampiri zina? Cukupkah bekalan kita untuk tiba di pelabuhan nanti?
ARAK..ARAK..ARAK..buruknya engkau sehingga engkau punca segala kejahatan.Sikit-sikit sehingga ke besar sehingga si pelaku tidak sedar melakukannya..
ALLAHUAKBAR !                               

Tinta muslihah,
Ana_Muslihah