WOW!!! Mantap sekali Malaysia yang tersenarai dalam TOP 10 pengeluar arak? Negara yang majoritinya umat Islam, Agama rasminya agama Islam. Namun tersenarai dalam TOP 10 dalam menghasilkan ibu segala kejahatan. Tidakkah pihak berwajib tahu? Tidak terfikirkah sekalipun ini mungkin beberapa peratus dalam menjana kewangan Negara, namun implikasinya BESAR sekali.
"Baru-baru ini The Star telah menyiarkan statistik yang dikeluarkan oleh WHO mengenai tabiat penggunaan arak atau alkohol dikalangan rakyat Malaysia sehingga meletakkan negara ini turut berada didalam kedudukan senarai 10 negara teratas berbelanja besar semata-mata untuk menikmati minuman keras yang berbagai jenis itu.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf bahawa Malaysia sudah menduduki "ranking top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO juga turut menjelaskan bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta(RM1.5 billion) hanya untuk tujuan mendapatkan alkohol. Perkembangan ini bukannya satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia tetapi sebaliknya adalah satu usaha mempermainkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam."
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengiktiraf bahawa Malaysia sudah menduduki "ranking top 10" peminum arak paling ramai di dunia. WHO juga turut menjelaskan bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta(RM1.5 billion) hanya untuk tujuan mendapatkan alkohol. Perkembangan ini bukannya satu kebanggaan untuk rakyat Malaysia tetapi sebaliknya adalah satu usaha mempermainkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam."
Tidak takutkah keMURKAAN Allah pada kita? Apa peranan kita sebagai rakyat? Apa perana kita sebagai pemimpin yang mampu bersuara dan mengarah?
Arak..Arak..Arak..Ibu segala kejahatan. Bertubi-tubi berita di televisyen, dada akhbar tentang kes DADAH yang berleluasa. Kambing-kambing hitam yang dipenjarakan tanpa mengetahui apa-apa di merata dunia.. Pembuangan bayi sehingga sampai hati untuk mencampak dari rumah pangsa ke dalam tong sampah di bawah. Seolah-olah melontar anak panah menguji ketepatan sasaran..Pembunuhan yang saban hari tidak pernah terkecuali. Tidak terlepas Cina, India mahupun Melayu..Maksiat serta zina berleluasa. Bercouple itu biasa dan ‘standard’.. Pengedaran VCD LUCAH yang SANGAT-SANGAT berleluasa..
Disebalik senyum yang terpancar di wajah-wajah yang kutatapi, terselit peristiwa yang sungguh KEJAM di dunia yang aku diami ini. Sungguh musykil kerana persoalan MENGAPA semua ini berlaku? Anak-anak kecil yang suci dan tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman manusia? Ataukah hanya aku yang memikirkan semua ini, selebihnya orang di luar sana rasakan ini adat hidup di dunia???
Mungkinkah ada satu hari yang dada akbar kosong dengan berita yang kejam. Hanya yang ada, gambar ‘SMILEY’ yang besar menandakan ‘Tiada Masalah dan Kisah Pembunuhan serta Kekejaman Hari ini Dicatatkan di Seluruh Dunia’. Akan adakah?
Mungkin tidak ramai yang membaca ‘post’ku ini. Tapi buat mereka yang baca, ketahuilah dunia yang kita diami ini bukanlah panjang. Hidup kita ini ibarat kapal-kapal dagang yang dilepaskan sementara di samudera lautan. Sebentar saja lagi nakhoda kapal pasti berbunyi tandanya kita harus kembali ke pelabuhan asal kita. Apa sumbangan kita untuk sampaikan pada mereka yang tidak tahu? Cukup sudahkah kebaikan kita buat. Ikhlaskah kita? Tidak takutkah kita pada kemurkaan Allah? Sedaya upayakah kita jauhi jalan-jalan yang menghampiri zina? Cukupkah bekalan kita untuk tiba di pelabuhan nanti?
ARAK..ARAK..ARAK..buruknya engkau sehingga engkau punca segala kejahatan.Sikit-sikit sehingga ke besar sehingga si pelaku tidak sedar melakukannya..
ALLAHUAKBAR !
Tinta muslihah,
Ana_Muslihah
No comments:
Post a Comment