Sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama dari apa yang dapat semasa ceramah Ustaz Kazim Elias pagi tadi. Alhamdulillah :)
Setiap amalan yang kita niatkan kepada Allah akan dicatat oleh Raqib dan Atid di kanan dan kiri kita saban ketika saban saat saban detik. Kemudiannya akan diangkat ke langit. Setiap amalan ini akan melalui 7 lapisan langit yang dijaga oleh malaikat hafazoh.
Setiap amalan ini akan tersekat jika kita tidak lepas syaratnya. Apakah SPOT CHECK line nie???
Lapisan pertama :
Muslim yang mengumpat. Tercampaklah kembali amalannya..
Lapisan kedua :
Riak. Soroklah kebaikan sebagaimana kita sorok kejahatan kita.
Lapisan ketiga :
Takabbur. (Takabbur ada dua maksud. Menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orang lain)
Lapisan keempat :
Ujub. Merasa diri hebat.
Lapisan kelima :
Hasad dan Dengki. "Padan muka hang !Pasai pa bawak laju sangat !padan muka !", kata cik timah. Haa..'padan muka' ni pun dikira hasad. Ada sahaja rasa tidak puas hati dengan orang lain. Dengki namanya tu. (Istighfar)
Lapisan keenam :
Memutuskan tali silaturahim. Kenduri x pegi. Sakit tak melawat. Kata seorang ustaz lain,
1) Tips meminta maaf,
jika kita mahu meminta maaf, sebolehnya berterus terang tentang kesalahan kita
andai pihak itu xdapat maafkan
doakan Al Fatihah kepadanya
kelak di akhirat,pihak itu akan memilih Al Fatihah yang kita hadiahkan berbanding dengan menarik amalan kita untuk mencukupkan amalannya.
Wallahu`alam
jika kita mahu meminta maaf, sebolehnya berterus terang tentang kesalahan kita
andai pihak itu xdapat maafkan
doakan Al Fatihah kepadanya
kelak di akhirat,pihak itu akan memilih Al Fatihah yang kita hadiahkan berbanding dengan menarik amalan kita untuk mencukupkan amalannya.
Wallahu`alam
Menyembunyikan ilmu. "Tak nak la teguq, satgi dia teghasa. Payah pulak". Inilah yang selalu dan kebanyakan daripada kita termasuk diri yang dhoif ini sering terdetik di hati.
Selama ini macam mana dengan amalan kita??? Sia-sia sahaja kita duduk beramal sedang Allah tidak menerimanya. Jauhi perkara yang Allah murkai walaupun manusia sanjungi. Buatlah perkara yang allah redho meskipun manusia 'mengata lebat'.
Baghin-baghin sampai terlena..
Hangpa pilih nak yang mana..?
Wallahu'alam..
tinta muslihah
salam, saya amer afizal, baru menjadi foolower.. tertarik dgn content blog kamu. rasanya kamu tak kesah jika saya juga membantu kamu untuk menyebarkan kata-kata dan nasihat kamu itu kan? jadi, mohon pinjam post2 kamu untuk diletakkan di blog saya.
ReplyDeletemyteamsoccasstar-amer.blogspot.com
maaf jika xbenarkan dan blh bagitahu kemudian, saya akan berhanti.
maaf, salam.
~mr.thinker~
silakan ambil mane yg bermanfaat n boleh dimanfaatkan~~~
ReplyDelete