Saturday, November 26, 2011

satu kemestian~

Bismillahirahmanirrahim…

Salam Maal hijrah buat semua~

Bertatih-tatih aku memahami kehidupanku.Apa yang aku cari dalam hidup ini? Apa yang ingin kugapai dalam hidup ini? Mungkin aku kelihatan sibuk.Tapi sumbanganku sangat sedikit jika dibanding dengan sahabat-sahabt di zaman rasulullah saw. Jika kita mencari kemuliaan dimata manusia, maka hampalah kita serta rebahlah kita dijalan dakwah ini. Kita bukan memuliakan diri sendiri tapi kita memuliakan Islam. Mungkin hina dan pelik dimata manusia, itulah asing(ghuraba’) yang dimaksudkan. Tapi apakah kita mengejar mulia dimata manusia atau mulia pada pandangan Allah? Allahu Rabbi…

Begitu ramai yang mengkehendakkan naiknya Islam, namun tidak ramai yang sanggup berjuang bersama-sama. Didalam yang berjuang itu, sedikit pula yang ikhlas. Didalam sedikit itu, hanya segilitir yang thabat dalam berhadapan dengan mehnah dan tribulasi. Allah sedang menapis hamba-hambaNya yang berjuang di jalan ini. Jalan dakwah memang sukar. Hanya daie-daie yang kuat sahaja mampu bertahan. Kalalu perjuangan itu mudah, pasti ramai yang bersama-sama berjuang. Malangnya, kita sedang berjual beli untuk mengkehendakkan redha Allah dan syurga Allah. Mahal sungguh barang yang kita kehendakkan itu. Pastinya kita perlu mengorbankan sesuatu yang penting dan yang sukar.

Buat diri ini dan sahabat-sahabat yang sentiasa bertatih di medan dakwah ini, sabarlah! Galilah ilmu sebanyak mungkin dan sumbanglah sebanyak mungkin apa yang kita mampu sumbangkan. Dalam bidang apa sekalipun. Kenanglah pengorbanan yang telah rasulullah saw korbankan. Bukan hasil yang Allah lihat tapi usaha kita. Walaupun sedikit, tapi moga-moga besar nilai disisi Allah. Kerana dijalan ini, memerlukan kita untuk terus kuat..Allahu Rabbul Izzati..

Setiap dari kita harus menjadi daie. Bersedia atau tidak itu bukan persoalan.Kerana jika tunggu diri untuk bersedia baru kita berdakwah, maka sikitlah orang di muka bumi ini untuk memberi peringatan.
Hijrah kearah yang lebih baik itu, bukan pilihan. Tapi satu yang pasti kita semua lakukan. Seperti juga syurga dan neraka. Adakah kita mahu membuat pilihan disitu. Pasti-pastinya kita mengkehendakkan syurga. Begitu jugalah dalam berhijrah kea rah sesuatu yang baik. “IT IS NOT A CHOICE”…


‘Ya Allah, bantulah kami untuk bermujahadah dalam berhijrah kea rah yang lebih baik serta bermujahadah dalam istiqamah dalam amalan-amalan yang kami lakukan. Peliharalah pula hati kami dari sifat riya’ dan ujub yang sentiasa mendatangi diri kami yang kerdil dan dhoif ini…’

-ana muslihah 1 Muharram- 

No comments:

Post a Comment