-Bila Nikmat
Tidak Kita Syukuri-
Bismillahirahmanirrahim…
Sesungguhnya
banyak sungguh nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Baik kita sedar
ataupun tidak, Allah sentiasa mengurniakan nikmat yang bertali arus kepada
kita. Namun sedarkah kita, dalam seharian berapa kali sangatlah kita duduk
insafi dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan???
Ya Allah.. Ya
Allah.. Ya Allah..
Golongkanlah
aku dalam kalangan orang yang sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat yang Engkau
telah kurniakan kepada kami walaupun pasti aku tidak dapat senaraikan satu per
satu kerana terlalu banyak ya Allah..Meskipun ianya sebesar quark. Golongkanlah
aku ya Allah dalam kalangan hambaMu yang bersabar dan redha dengan segala
ketentuan dan ujian yang Engkau datangkan kepadaku. Engkau tidak akan turunkan
ujian ini melainkan kesanggupanku untuk mendepaninya ya Allah..
Bila di saat
genting, barulah kita sedar sebenarnya sekuat manapun usaha kita, banyak
perkara yang kita sebenarnya tidak mampu untuk melangkah kehadapan sekiranya
tiada Allah disisi. Jangan pernah ego bahawa, apa yang kita lakukan itu atas
daya usaha dan kehebatan kita, tapi segalanya dari Allah. Meskipun untuk
berdiri, kita memerlukan nikmat Allah, inikan pula untuk terus hidup dengan macam-macam
lagi yang segalanya dapat kita hadapi hanya dengan belas ehsan Allah..
Ingat kalian, kita
telahpun menjadi juara diantara 250juta sperma dalam satu pertarungan
dulu. Maksudnya, Allah benar-benar telah memilih kita untuk hidup di muka bumi
ini. Ya kita! Bukan di belakang, depan, kiri, kanan, atas mahupun bawah. Tapi
kita yang Allah pilih! Mulakan detik ini dengan bersungguh dan perbaharui niat
setiap apa yang kita korbankan, apa yang kita buat segalanya untuk Allah.
Supaya kita
setiasa rasa bahagia, biarpun badan penat teramat sangat, tapi ingat Allah ada. Biarpun serabut
memikirkan beban kerja yang menggunung, ingat Allah ada.Biarpun penat otak
memikir, ingat Allah ada. Biarpun hati sedih meronta-ronta tebarkan senyuman
dan ingat Allah ada dan yang paling penting,
Allah tidak
pernah MENZALIMI hamba-hambaNya…
Bantu kami
untuk kuat ya Allah disaat kami amat memerlukan pertolonganMu untuk teruskan
langkah kami yang kian rapuh ini..
Ya Allah.. Ya
Allah.. Ya Allah..
-ana muslihah 01:39 am 28Mei’12-