Sunday, May 27, 2012

-Bila Nikmat Tidak Kita Syukuri-


-Bila Nikmat Tidak Kita Syukuri-

Bismillahirahmanirrahim…

Sesungguhnya banyak sungguh nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Baik kita sedar ataupun tidak, Allah sentiasa mengurniakan nikmat yang bertali arus kepada kita. Namun sedarkah kita, dalam seharian berapa kali sangatlah kita duduk insafi dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan???

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..

Golongkanlah aku dalam kalangan orang yang sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat yang Engkau telah kurniakan kepada kami walaupun pasti aku tidak dapat senaraikan satu per satu kerana terlalu banyak ya Allah..Meskipun ianya sebesar quark. Golongkanlah aku ya Allah dalam kalangan hambaMu yang bersabar dan redha dengan segala ketentuan dan ujian yang Engkau datangkan kepadaku. Engkau tidak akan turunkan ujian ini melainkan kesanggupanku untuk mendepaninya ya Allah..

Bila di saat genting, barulah kita sedar sebenarnya sekuat manapun usaha kita, banyak perkara yang kita sebenarnya tidak mampu untuk melangkah kehadapan sekiranya tiada Allah disisi. Jangan pernah ego bahawa, apa yang kita lakukan itu atas daya usaha dan kehebatan kita, tapi segalanya dari Allah. Meskipun untuk berdiri, kita memerlukan nikmat Allah, inikan pula untuk terus hidup dengan macam-macam lagi yang segalanya dapat kita hadapi hanya dengan belas ehsan Allah..

Ingat kalian, kita telahpun menjadi juara diantara 250juta sperma dalam satu pertarungan dulu. Maksudnya, Allah benar-benar telah memilih kita untuk hidup di muka bumi ini. Ya kita! Bukan di belakang, depan, kiri, kanan, atas mahupun bawah. Tapi kita yang Allah pilih! Mulakan detik ini dengan bersungguh dan perbaharui niat setiap apa yang kita korbankan, apa yang kita buat segalanya untuk Allah.

Supaya kita setiasa rasa bahagia, biarpun badan penat teramat  sangat, tapi ingat Allah ada. Biarpun serabut memikirkan beban kerja yang menggunung, ingat Allah ada.Biarpun penat otak memikir, ingat Allah ada. Biarpun hati sedih meronta-ronta tebarkan senyuman dan ingat Allah ada dan yang paling penting,
Allah tidak pernah MENZALIMI hamba-hambaNya…

Bantu kami untuk kuat ya Allah disaat kami amat memerlukan pertolonganMu untuk teruskan langkah kami yang kian rapuh ini..

Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..

-ana muslihah 01:39 am 28Mei’12-

1 comment: