Tuesday, February 2, 2010

pembawa minyak kasturi




Bismillahirrahmanirrahim


Asif kerana kelewatan untuk publish new post..


Post kali nie ana cume nak relatekan sebuah hadith dengan peristiwa di sekeliling ana. Baru2 ni, surau kat blok ana( Surau Nadwatun Nisa' ) dapat sejadah baru..Sebenarnya, baru basuh.. Tapi cume lebih kurang 3 helai jer. Terdetik plak hati ana nak comparekan bau sejadah2 baru nie. Subahanallah, ana agak kagum kerana sejadah2 yang dahulunya agak berbau kini sudah berbau harum seakan2 bau softlan sejadah baru tu.

Begitulah dikaitkan dengan hadith Muttafaqun 'alaih ;

"Perumpamaan berkawan dengan orang yang baik dan berkawan dengan orang yang jahat seperti pembawa minyak kasturi dan tukang besi ; pembawa minyak kasturi sama ada ia memberikan kamu atau ia menjualkannya kepada kamu atau kamu dapat darinya bau wangi, adapun peniup api sama ada ia akan membakar baju engkau ataupun kamu mendapat bau busuk darinya."

Ibrahnya di sini, kita harus mendampingi orang2 soleh kerana dari merekalah kita sedikit sebanyak akan sedaya upaya mengubah diri kita untuk menjadi baik seperti mereka.

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment