by : ana_muslihah
bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, walaupun terlambat namun aku sempat menghadiri kursus pengurusan jenazah di masjid Nurul Hidayah Sri Manjung. Majlis sepatutnya bermula pukul 8.30 hingga 12.30 namun aku hanya berkesempatan menyertainya pukul 10 kerana harus menghantar abahku. Kursus yang ditujukan untuk beliawanis ini merungkaikan segala aspek pengurusan jenazah secara teori dan praktikal.
Sesampai aku dan ibu di sana Ustaz Zulkarnain bekas imam negeri berceloteh tentang beberapa perkara. Cuma sedikit ilmu yang boleh dikongsi disini ialah,sewaktu nazak, bacaan surah Yaa Sin itu memudahkan sakaratul maut sebaliknya ar-Raad itu mengurangkan beban rasa sakit. Sebaik-baiknya, anak-anak sendiri yang menguruskan jenazah ahli keluarga mereka kerana banyak faedahnya.
Tiba masanya cara praktikal pengurusan jenazah yang disampaikan oleh ustazah Rozita dari Yan kedah yang telah berkecimpung dalam bidang ini selama lebih kurang 18 tahun. Subahanllah, tabahnya dia. Baru kali ini aku dapat belajar secara praktikalnya kerana ada saja halangan yang menyebabkan aku tidak dapat hadir.
Masa sentiasa mencemburui diriku kerana sekali lagi aku terlepas slot memandikan jenazah, namun aku akan cuba untuk mempelajari nya jika berkesempatan kerana ini fadhu ain.
Hargailah segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita kerana ia tidak bermakna lagi jika ia telah tiada kelak. Mungkin kita tidak nampak ibrahnya di setiap waktu namun percayalah jika kita berhenti dari hiruk pikuk dunia dan mentadabur dan muhasabah diri pastinya kita akan hargai setiap sesuatu yang terlintas kerana sesungguhnya semua itu sungguh berharga.
Subahanallah..
wallahu'alam..