Thursday, April 22, 2010

langit itu biru!!!

by : ana_muslihah


subahanallah..


Bismillahiamanirrahim..
Post ini sudah lama disiapkan tapi lewat untuk dipublish.Setelah sekian lama aku di muka bumi Allah sebagai khalifah,baru kini aku dpt penjelasannya Dalam opical physics sem 2 ku. Langit itu biru!! Pernah kalian terfikir kenapa langit itu biru?

Ada yang menganggap setiap ilmiah yang kita pelajari nampaknya seolah-olah tiada kaitan dengan Maha Pencipta Astaghfirullahalazim..Jika kalian berfikir di sebaliknya secara mendalam dan "out of the box" pasti membuatkan kalian lebih bertakwa kerana ilmu yang kita pelajari itu bukan untuk membuktikan kekuasaan Allah tetapi untuk memperkukuhkan lagi apa yang telah kita percaya.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi mereka yang berakal.[al-Imran:190]

Langit itu biru kerana molekul di dalam udara terbiaslah cahaya warna biru daripada matahari lebih daripada cahaya warna merah. Tetapi, jika kita lihat tepat ke arah terbitnya matahari, kita dapat lihat cahaya oren kemerah-merahan kerana cahaya berwarna biru telah terbias keluar dan menjauhi laluan terus antara matahari dan mata kita.

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment