Monday, April 12, 2010

bersykurkah aku?

 by : ana_muslihah

Bismillahirahmanirrahim..
Subahanallah..
Maha Suci Allah..
Aku terfikir apakah yang akan ku masukkan dalam blogku minggu ini.Sebentar tadi sementara melepaskan penat otakku berfungsi untuk subjek elektronik final examku, terdetik hatiku untuk membaca sebuah buku kerana mata tidak mahu lelap.
Apakah aku sendiri benar-benar memahami ukhwah fillah yang sering kali aku ucapkan dan nasihatkan pada kawan-kawan dan adik-adik.UKHWAH FILLAH.Persahabatan kerana Allah. Subahanallah. Segala apa yang aku tuturkan semuanya akan dipersoalkan dan apakah aku mempratikkan apa yang aku ucapkan. Beberapa hari lepas ada sahabat yang menulis tentang ukhwah fillah di sudut tazkirah surau blok kami.Aku terkesan dengan nasihat itu. Baru tadi juga sahabatku ‘tagged’ kartun yang bertajuk ITHAR di facebook. ITHAR(mendahulukan saudara). Subahanallah, sekali lagi aku terpukul mengenai keikhlasanku dalam bersahbat.
Benarkah aku berukhuwah benar-benar kerana Allah? Ya Allah...
Pernah aku ditanya kakakku islam itu huruf besar atau kecil?Sudah tentu aku jawabnya besar kerana nama.Tetapi bila kita fikir secara lebih kritikal dan mendalam.Islam itu kata kerja bukannya kata nama khas kerana islam harus dipraktikkan bukan sekadar kata nama di Mykad kita yang berstatus agama Islam.
Begitu juga setiap apa yang kita ucapkan. Kenapa aku masih tidak mampu bermanis muka pada sahabat-sahabat di saat aku kecewa. Bukankah mereka pernah dan selalu gembirakan aku di saat aku kecewa. Kenapa aku tidak berlapang dada dengan mereka?Ini boleh membawa kepada perasaan hasad dengki dalam diriku.Dan ini boleh melemahkan umat Islam. Astaghfirullahalazim. Maafkan aku sahabat-sahabat kerana aku begitu jahil menghargai kalian yang begitu bermakna dan bernilai dalam diriku. Maafkan aku juga kerana ada ketikanya aku tidak mampu membela diri kalian disaat ada yang cuba menjatuhkan kalian. Terkadang aku terlalu memilih dalam persahabatan. Maafkan aku.
Tidakkah aku sedar segala nikmat(sahabat-sahabat) ini boleh ditarik oleh Allah dalam sekelip mata sahaja. Dan adakah aku mampu tersenyum lagi apabila mereka tiada. Mungkin mampu tetapi di saat itu aku tidak boleh mengomel sendirian kerana aku sendiri yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya.
Sedarkah aku tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan kepadaku dan sudah cukup bersyukurkah aku ini dengan segala nikmat pemberianNya. Mahukah aku dikurniakan istidraj??Nauzubillah.. Walaupun ini lebih kepada diriku. Tetapi moga apa yang aku coretkan kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kalian para pembaca. Berwaspada dengan segala ungkapan kalian kerana semua itu akan dituntut di akhirat kelak.
Waalahu’alam.

No comments:

Post a Comment