Ilmu yang memelihara kita, sebaliknya, kita yang haurs memelihara ilmu..
~Saidina Ali
Jadilah kalian ;
-Orang yang berilmu
-Orang yang menuntut ilmu
-Orang yang mendengar ilmu
-Orang yang mencintai ilmu
dan jangan lah kalian menjadi golongan yang kelima dimana keempat-empat ciri-ciri di atas tiada pada kalian.
Ilmu..Kenapa ilmu begitu penting bagi kita? Kenapa kita digalakkan membudayakan ilmu? Apa beza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?Hrrmmm... Mungkin ini persoalan yang seringkali berlegaran di kotak fikiran kita. Namun sebenarnya, segala persoalan sangat jelas jawapannya.
Ilmu ini tidak tertumpu pada bahan bacaan sahaja namun mencakupi skop yang sangat luas. Dari segi pendengaran, penglihatan, dan macam-macam lagi. Tetapi kenapakah kita digalakkan membaca kerana Allah yang memerintahkan kita melakukan demikian melalui ayat suci al-Quran yang pertama diturunkan.'IQRA'. Bacalah dengan nama tuhanmu yang Menciptakan. Nah..Jelas sekali jawapannya.
Apa bezanya? Mestilah jauh perbezaannya. Tanpa ilmu, mungkin amalan yang kita lakukan semata-mata mengharap keredhaan daripada Allah SWT itu tidak siterima kerana tidak cukup syaratnya. Seperti bacaab surah al-Fatihah, rukun solat yang dimana ia menjadi fardhu ain kepada kita untuk mendalaminya.
3 perkara yang akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti iaitu;
-Sedeqah Jariah,
-Ilmu yang masih diamalkan dan dimanfaatkan,
-Doa daripada anak-anak yang soleh.
Nampakkan betapa begitu pentingnya ilmu itu. Kalau membaca dan melihat televisyen sekalipun itu boleh dikira ibadah sekiranya kita niatkan semata=mata kerana Allah. (Setiap amalan itu berasakan niatnya). Tetapi jangan lah pula rancangan yang ditontoni itu berunsurkan bollywood, hollywood, lagha,
lawak bodoh kerana itu sama sekali akan lebih menghayalkan kitan dan menjadikan kita lebih kufur pada Allah. Bahan bacaan pula harus diperincikan dan bukannya berunsur gosip artis, kartun, dan sebagainya. "Eh, nanti jangan pula kamu baca pisang, cempedak, nangka semua.Semua tu membuatkan lebih menjadi kufur," Ustaz Mazlan berceloteh.[majalah 'mangga']
Jadi, jom kita membudayakan ilmu sebab kita pelapis pemimpin dan generasi pemuda-pemudi Islam.
Sedikit ilmu yang baru dapat petang tadi dari Ustaz Alias. Mungkin kalian dah tahu tapi boleh di refresh kembali.
Surah Yaasin
~menyelamatkan daripada dahaga di padang masyar dimana panas teriknya sang matahari sangat panas sehingga xtidak dapat digambarkan.
Surah ad-Dukhan
~menyelamatkan daripada huru-hara pada hari kiamat kelak.
~menyelamatkan daripada azab sewaktu malaikat yang ditugaskan untuk menarik umat manusia ke dalam neraka.
Surah al-Waqiah
(Lebih elok lagi kalau di baca pada waktu dhuha)
~menyelamatkan daripada fakir dan miskin.
Surah al-Mulk
~menyelamatkan daripada azab siksaan kubur.
Alam barzakh ini menentukan kehidupan dan apa yang akan dihadapi di akhirat kelak.Sama ada kubur itu menjadi luas seperti taman syurga ataupun sebaliknya.
Surah al-Kauthar
~menyelamatkan daripada persengketaan.
Surah al-Kafirun
~menyelamatkan daripada mati dalam keadaan kafir.
Surah al-Ikhlas
~menyelamatkan daripada mempunyai sifat-sifat munafik.
Surah al-Falaq
~menyelamatkan daripada dipenjarakan.
Tidak dapat dijangka kerana mungkin ada yang akan berbuat khianat, jadi berlindunglah dengan nama Allah.
Surah an-Nas
~menyelamatkan diri daripada penyakit waswas.
Surah al-Fatihah
~menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah SWT.
Disertakan juga link Quran explorer. JOM TRY!!!
http://www.quranexplorer.com/quran/
Pasang 'loud speaker' volume yang sederhana waktu pagi. InsyaAllah tenang mendengar kalamullah di waktu permualaan hari. Mudah-mudahan insyaAllah.
Aper topik nak di'share' kali ni?? Berkaitan taubat.. Setiap kali bila ada yang menegur sahabatnya kapankah dia akan bertaubat akan kesilapannya seperti membuka aurat, bercakap kotor, melakukan perkara-perkara yang 'lagha' , ini jawapannya;
"Rilexlah brother. Jiwa remaja, masih panas lagi. Esok lusa bile dah tua sket, taubat la.Time tu aku pakai lebai setiap masa, pegi masjid, buat benda-benda baik jer macam lu. Tapi gua tak 'ready' le sekarang ni. Muda lagi kot.."
Namun, ini semua adalah bisikan syaitan di telinga manusia. Ini tipu daya makhluk laknatullah ini yang sentiasa igin menyesatkan anak cucu Adam a.s.. Andailah hari ini hari terakhir kita hidup di muka bumi ini? Adakah kita bersedia kembali kepadaNya? Tidak sempat menutup aurat, tidak sempat memohon kemaafan, dan tidak sempat bertaubat. Inikah yang kita harapkan di kesudahan hidup kita? Nauzubillah. Manusia hanya mampu merancang namun tidak semua menjadi kenyataan kerana Allah S.W.T. yang menentukan segala-galanya.
Disebabkan itulah kita dituntut supaya menyegerakan taubat dan bertaubat saban hari. Ini dapat mengelakkan diri kita dari menggumpul DOSA. Mungkin ada yang berfikir, "Kalau aku pakai tudung nie, kejap bukak kejap tutup. Baik tak payah! Better tak pakai terus." Hhrrmmm.. Bukan dalam konsep tutup aurat sahaja tapi dalam konsep melakukan amalan sunat juga. Kadang-kadang terlintas dihatiku.
TUPTUP!!!
Ustazah Bashariah yang berpurdah itu mengulas bab ini. Katanya, syaitan sentiasa mengajak kita untuk menangguhkan taubat dengan memberatkan hati kita untuk berasa gusar bila kita tidak dapat tinggalkan dosa itu secara keseluruhannya. Kita terkadang rasa tidak bersedia untuk bertaubat kerana rasa kita akan melakukan perkara yang sama dan belum saatnya. Terkadang pula berasa malu untuk melakukan kebaikan kerana takut orang fikir kita ini waraq benar. Aduh!! Jahatnya syaitan memutar belit dan menggusarkan hati kita dengan benda-benda yang tentu arah.
Jadi, turut menasihati diri yang sangat kerdil serta banyak kekurangan ini untuk sama-sama melazimi bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha(bersungguh-sungguh).
Topik yang menarik untuk dikongsikan pada post kali ini bersempena hari ibu pada 9 Mei ini. Tidak salah untuk kita sambut ‘Mother’s Day’ ini. Namun, anak yang soleh akan menghiburkan, memberi kasih sayang serta menjaga ibu mereka saban hari tanpa mengenal penat lelah. Mampukah kita? Tepuk dada tanyalah iman kalian.
Alhamdulillah kerana ana masih punyai ibu. Bagi kalian yang sudah tiada ibu, bersyukurlah kalian kerana pernah mempunyai kesempatan untuk merasai belaian kasih sayang seorang ibu. Bagi kalian yang tidak sempat merasai belaian kasih sayang, bersyukurlah kalian kerana kalian punyai ibu.
Pelbagai gelaran yang kita sering dengar untuk insan istimewa ini. Mama, ummi, ibu, mak, mummy etc.. Namun semua itu hanyalah sama merujuk kepada insan yang sama. Tanpanya, tiadalah kita dimuka bumi ini. Namun adakah kita ini cukup sempurna untuk digelar anak yang soleh/solehah? Atau dalam tidak sedar kita ini ialah anak yang derhaka? Nauzubillah. Moga kita bukan dalam kalangan anak yang derhaka kerana azab yang akan ditimpa bagi anak yang derhaka amat pedih dan berat siksaannya.
Derhaka itu dapat berlaku dalam tiga bentuk iaitu melalui kata-kata, perbuatan, dan hati. Sebarang kata-kata yang kasar , tinggi suara sekalupun “ah! woi! Hish!” ini pun tidak dibenarkan bila berbicara dengan ibu bapa kita. Mungkin bahasa anak muda kini bahasa-bahasa itu sudah biasa dan tiada sensitiviti, tetapi bagi ibu bapa kita, kata-kata itu kasar dan tidak sopan. Berdosalah si anak yang menyebabkan tergurisnya hati ibu sehingga mengalir air mata si ibu walaupun setitis. Perbuatan pula ialah dari segi kekasaran cara si anak melayan ibunya. Contohnya, merentap beg tangan, melangkah si ibu, jelingan mata, kelewatan untuk memenuhi permintaan ibunya. Sememangnya , sedikit sebanyak terkena batang hidungku yang kadang-kadang terlalu leka dengan sesuatu. Astaghfirullahalazim. Hati pula boleh berlaku bila adanya rasa benci, sakit hati terhadap ibu kita.
Balasan bagi anak-anak yang derhaka ialah kesukaran untuk mengucap dua kalimah syahadah, Allah S.W.T. menyegerakan pembalasannya di dunia, Si anak tidak dapat menghuni syurga, dan kesempitan di dalam hidupnya.
Pernah dengar tentang ibu yang melahirkan tuannya? Nauzubillah. Setelah Sembilan bulan sarat si ibu membawa kehulur ke hilir si anak di dalam kandungannya, terbatas pergerakannya, terputus seleranya, sakit sana-sini, ditambah lagi dengan sembap matanya menahan mengantuk tatkala si anak merengek di malam hari dan tidur dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa ikat perut demi memenuhi keperluan si anak yang kian membesar, baju, susu, ‘pampers’, kesakitan yang amat sangat sewaktu melahirkan si anak dan ini bukanlah semua yang ana dapat senaraikan. Perkara ini berlaku berulang kali bagi si ibu yang mempunyai sebilangan anak.Pastinya kita tidak mampu senaraikan kerana jasa ibu itu memang tidak ternilai.
Namun adakah harapan mereka untuk menjadi hamba bila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh? Pernah ana terbaca majalah Mastika dimana seorang ibu yang menjadi mangsa kepada anak untuk melepaskan geram. Ditumbuk dan dibelasah sekuat hati sedangkan si ibu itu sudah tidak berdaya tambahan pula si ibu ini kaum hawa yang bukanlah tandingan yang sesuai untuk membalas sedangkan untuk mempertahankan diri pun sukar baginya. Ini ungkapan si ibu,”Jika aku tahu ini yang engkau akan jadi bila besar, akan ku bunuh engkau sejak kecil”. Astaghfirullah. Pilunya hati si ibu bila sebigini cara balasan si anak.
Petikan di dalam forum perdana ;
Bagi kalian yang sudah kematian ibu bapanya, luangkanlah sedikit masa untuk sedekahkan al-Fatihah, Tasbih(subahanallah), membaca al-Quran, istighfar, dan amalan-amalan lain untuk arwah. Kerana inilah salah satu cara untuk kita berbakti dan membalas jasa dan kasih sayang mereka. Kalau ini pun tidak dapat dilakukan kini, Allah akan hancurkan umat Muhammad pada masa akan datang.
Sebab berlakunya derhaka ;
Budaya materialistic yang melampau-lampau, ketandusan iman, cinta yang diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya, hiburan yang melampau-lampau, kawan-kawan, tidak menghayati ajaran agama, tidak takut siksaan Allah S.W.T , lebih mementingkan diri sendiri dan gila kerjaya (workaholic).
Nasihat-nasihat ini juga untuk diri ini sendiri kerana telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata itulah yang akan diuji dahulu. Hargailah setiap detik kita bersama ibu kita kerana saat inilah yang memerlukan kita untuk memberi semampu mungkin kasih sayang kita mereka kepada mereka dan patuhilah suruhan mereka selagi tidak melanggar suruhan dan larangan Allah.
"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)
Mama,
Terima kasih mama dan abah yang sudi membesarkan aku hingga ke saat ini. Tanpa kalian, aku tiada di sini membesar menjadi seorang muslimah dan doalah aku menjadi mukminah supaya dapat berbakti kepada islam. Segala yang engkau curahkan melampaui keperluanku kerana aku tahu kasih sayang kalian tidak berbelah bahagi. Sejak kecil, kalian didik kami adik-beradik supaya menjadi anak soleh dan solehah dan salah satu caranya kalian menggantung bingkai gambar tentang cirri-ciri anak-anak soleh ditempat kami sering berkumpul. Kami benar-benar mengharap doa kalian supaya kami berjaya di dunia, di akhirat dan dalam setiap yang kami lakukan untuk mencapai mardhotillah(keredhaan Allah) kerana kami tahu doa kalian itu makbul. Sangatku harapkan kalian redha jikaku syahid di jalan Allah kerana itu cita-cita tertinggiku dan relailahku berjuang di jalan islam kerana tugas kita sangat besar wahai ibuku.
Selamat hari ibu!! Moga dikau sentiasa di bawah lindungan dan naungan Allah S.W.T..
Ungku Aziz : televisyen merupakan pesaing utama kepada televisyen. Benar atau tidak? Tepuk dada tanya diri. Secara jujurnya memang benar kerana selalunya jika di 'hostel' , jika masa terluang pastinya buku menjadi madah utama. Sambil baring, buku menjadi peneman kerana itu akan menambah input diri lebih-lebih lagi yang bergelar mahasiswa kerana ilmu itu penyuluh kehidupan.
Bahan bacaan pula dipelbagaikan untuk mengelak ke'boring'an. Tapi, bila di rumah televisyen merampah gelaran 'madah utama' diwaktu lapang. Tambahan pula jika melanggani astro. Siarannya menjangkaui ratusan siaran. Tengok atau tidak, bil sudah pun berbayar. Jadi, kenalah tengok se'maksimum' mungkin supaya berbaloi dengan bayaran. Mungkin inilah yang difikirkan ramai diantara kita.
Secara tidak langsung, masa luang yang selalunya digunakan untuk membaca dan bergelumang dengan ilmu di menara gading beralih ke televisyen yang menjadi sumber utama perang minda(ghazwul fikr) zaman kini.Adik-adik kita yang dibiasakan menontoni siaran-siaran ini tanpa sekatan atau ada 'limit' merasakan itulah budaya yang biasa diamalkan di luar sana. Bahana sungguh televisyen ini. Namun menyekatnya terus bukan cara penyelesaian kerana kini terdapat juga siaran-siaran yang sangat memberi input-input yang berguna dan memberi makanan kepada jiwa dan rohani kita seperti Tanyalah Ustaz, Mari Mengaji, Usrah, Halaqah, dan yang terbaru akademi imam muda.
Subahanallah, jika adanya pihak yang mampu mengawal susur gaklur masuk media ini dengan lebih baik pastinya televisyen buku dilabel lagi menjadi 'versus' kepada buku(bahan ilmiah) sebaliknya ia menjadi penggalak kepada gedung ilmu.