Thursday, May 6, 2010

terima kasih mama!!

by : ana_muslihah



Subahanallah.
           Topik yang menarik untuk dikongsikan pada post kali ini bersempena hari ibu pada 9 Mei ini. Tidak salah untuk kita sambut ‘Mother’s Day’ ini. Namun, anak yang soleh akan menghiburkan, memberi kasih sayang serta menjaga ibu mereka saban hari tanpa mengenal penat lelah. Mampukah kita? Tepuk dada tanyalah iman kalian.
           Alhamdulillah kerana ana masih punyai ibu. Bagi kalian yang sudah tiada ibu, bersyukurlah kalian kerana pernah mempunyai  kesempatan untuk merasai belaian kasih sayang seorang ibu. Bagi kalian yang tidak sempat merasai belaian kasih sayang, bersyukurlah kalian kerana kalian punyai ibu.
          Pelbagai gelaran yang kita sering dengar untuk insan istimewa ini. Mama, ummi, ibu, mak, mummy etc.. Namun semua itu hanyalah sama merujuk kepada insan yang sama. Tanpanya, tiadalah kita dimuka bumi ini. Namun adakah kita ini cukup sempurna untuk digelar anak yang soleh/solehah? Atau dalam tidak sedar kita ini ialah anak yang derhaka? Nauzubillah. Moga kita bukan dalam kalangan anak yang derhaka kerana azab yang akan ditimpa bagi anak yang derhaka amat pedih dan berat siksaannya.
          Derhaka itu dapat berlaku dalam tiga bentuk iaitu melalui kata-kata, perbuatan, dan hati. Sebarang kata-kata yang kasar , tinggi suara sekalupun “ah! woi! Hish!” ini pun tidak dibenarkan bila berbicara dengan ibu bapa kita. Mungkin bahasa anak muda kini bahasa-bahasa itu sudah biasa dan tiada sensitiviti, tetapi bagi ibu bapa kita, kata-kata itu kasar dan tidak sopan.  Berdosalah si  anak yang menyebabkan tergurisnya hati ibu sehingga mengalir air mata si ibu walaupun setitis. Perbuatan pula ialah dari segi kekasaran cara si anak melayan ibunya. Contohnya, merentap beg tangan, melangkah si ibu, jelingan mata, kelewatan untuk memenuhi permintaan ibunya. Sememangnya , sedikit sebanyak terkena batang hidungku yang kadang-kadang  terlalu leka dengan sesuatu. Astaghfirullahalazim. Hati pula boleh berlaku bila adanya rasa benci, sakit hati terhadap ibu kita.
          Balasan bagi anak-anak yang derhaka ialah kesukaran untuk  mengucap dua kalimah syahadah, Allah S.W.T. menyegerakan pembalasannya  di dunia, Si anak tidak dapat menghuni syurga, dan kesempitan di dalam hidupnya.
         Pernah dengar tentang ibu yang melahirkan tuannya? Nauzubillah. Setelah Sembilan bulan sarat si ibu membawa kehulur ke hilir si anak di dalam kandungannya, terbatas pergerakannya, terputus seleranya, sakit sana-sini, ditambah lagi dengan sembap matanya menahan mengantuk  tatkala si anak merengek di malam hari dan tidur dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa ikat perut demi memenuhi keperluan si anak yang kian membesar, baju, susu, ‘pampers’, kesakitan yang amat sangat sewaktu melahirkan si anak dan ini bukanlah semua yang ana dapat senaraikan. Perkara ini berlaku berulang kali bagi si ibu yang mempunyai sebilangan anak.Pastinya kita tidak mampu senaraikan kerana jasa ibu itu memang tidak ternilai.
         Namun adakah harapan mereka untuk menjadi hamba bila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh? Pernah ana terbaca majalah Mastika dimana seorang ibu yang menjadi mangsa kepada anak untuk melepaskan geram. Ditumbuk dan dibelasah sekuat hati sedangkan si ibu itu sudah tidak berdaya tambahan pula si ibu ini kaum hawa yang bukanlah tandingan yang sesuai untuk membalas sedangkan untuk mempertahankan diri pun sukar baginya. Ini ungkapan si ibu,”Jika aku tahu ini yang engkau akan jadi bila besar, akan ku bunuh engkau sejak kecil”. Astaghfirullah. Pilunya hati si ibu bila sebigini cara balasan si anak.

Petikan di dalam forum perdana ;
           Bagi kalian yang sudah kematian ibu bapanya, luangkanlah sedikit masa untuk sedekahkan al-Fatihah, Tasbih(subahanallah), membaca al-Quran, istighfar, dan amalan-amalan lain untuk arwah. Kerana inilah salah satu cara untuk kita berbakti dan membalas jasa dan kasih sayang mereka. Kalau ini pun tidak dapat dilakukan kini, Allah akan hancurkan umat Muhammad pada masa akan datang.
Sebab berlakunya derhaka ;
          Budaya materialistic yang melampau-lampau, ketandusan iman, cinta yang diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya, hiburan yang melampau-lampau, kawan-kawan, tidak menghayati ajaran agama, tidak takut siksaan Allah S.W.T , lebih mementingkan diri sendiri dan gila kerjaya (workaholic).
          Nasihat-nasihat ini juga untuk diri ini sendiri kerana telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata itulah yang akan diuji dahulu. Hargailah setiap detik kita bersama ibu kita kerana saat inilah yang memerlukan kita untuk memberi semampu mungkin kasih sayang kita mereka kepada mereka dan patuhilah suruhan mereka selagi tidak melanggar suruhan dan larangan Allah.
"Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil." (17:24)
Mama,
Terima kasih mama dan abah yang sudi membesarkan aku hingga ke saat ini. Tanpa kalian, aku tiada di sini membesar menjadi seorang muslimah dan doalah aku menjadi mukminah supaya dapat berbakti kepada islam. Segala yang engkau curahkan melampaui keperluanku kerana aku tahu kasih sayang kalian tidak berbelah bahagi. Sejak kecil, kalian didik kami adik-beradik supaya menjadi anak soleh dan solehah dan salah satu caranya kalian menggantung bingkai gambar tentang cirri-ciri anak-anak soleh ditempat kami sering berkumpul. Kami benar-benar mengharap doa kalian supaya kami berjaya di dunia, di akhirat dan dalam setiap yang kami lakukan untuk mencapai mardhotillah(keredhaan Allah) kerana kami tahu doa kalian itu makbul. Sangatku harapkan kalian redha jikaku syahid di jalan Allah kerana itu cita-cita tertinggiku dan relailahku berjuang di jalan islam kerana tugas kita sangat besar wahai ibuku.
Selamat hari ibu!! 
Moga dikau sentiasa di bawah lindungan dan naungan Allah S.W.T..
Waalahu’alam.













1 comment:

  1. Sayang;
    Terima kasih anak ku yang menghargai jasa mama n abah selama ini walaupun kami tidak mengharap balasan pujian dsbnya semasa mendidik korang semua.Apa yg kami harap adalah semua anak-anak akan menjadi insan yang takwa dan berjaya di dunia dan yang penting di akhirat.Itu lah yang kami doakan di setiap masa termasuk di Baitullah.
    Walaupun kami faham kita manusia biasa yang tak dapat lari dari kesilapan semasa kita bersama tetapi dalam hati, kami sentiasa memohon agar Allah mengampunkan dosa anak-anak kami, di selamatkan dari azab api neraka serta mendapat tempat yg terpuji di akhirat dan syurga nanti.
    Anak-anak ku, seperti yg mama selalu pesan, sekiranya kalian sayang dan kasih kepada kami, tolong lah doakan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat dan jangan la berhenti berdoa dan menjadi anak yang soleh dan solehah walaupun kami tiada lagi di dunia ini.Itu lah saja yang kami harapkan dari anak-anak yang di sayangi...
    Syukur Alhamdulillah kerana kami telah di kurniakan anak-anak seperti kalian dan inilah sebenarnya harta yang paling berharga yang Allah berikan hasil dari perkahwinan kami selama ini, Amin-Amin Ya Rabbal'alamin.
    Anak-anak ku;
    Percayalah sekiranya kalian ingin kesejahteraan di dunia dan akhirat, ingat lah Allah sentiasa dan segala kebaikkan yang di lakukan akan mendapat ganjaran dari Nya,Insyaallah..
    Mama doakan Azy dan semua anak-anak mama sentiasa di Rahmati, di Lindungi dan di Berkati oleh Allah SWT dalam apa saja yang di lakukan, Amin.

    ReplyDelete