Tuesday, April 19, 2011

pemandu teksi & aurat...

by : ana_muslihah

Bismillahirahmanirrahim...

Kisah pemandu teksi yang tidak ku sangka. "Assalamualaikum"sapaku. "Dah lama tunggu? Pakcik yang lewat". Rancak punya berbual, rupanye pakcik ni kampung nye di perak. Dapat geng ni. Makin rancak berbual. "Sekolah mana dulu?" "Sekolah biasa  jer"ayat standard. "Habis tu kenapa pakai camni?" Pelik, ingatkan nak marah tadi. "Bagus nak, istiqamahkan...... Tak kesah kita sekolah mana dulu. Anak pakcik tiga-tiga orang perempuan pakcik hantar kat pusat tahfiz kat Johor nie."Macam2 lagi yang pakcik ni nasihatkan tentang aurat.. Allah..pakcik yang kusangkakan biasa2 ini rupanya punyai fikrah tentang islam. Mungkin dia ahli ibadah yang hebat. Namun itulah mata kasar manusia yang tak mampu menilai dari segi luaran. 

Waktu sampai Sri Putri, "tit.tit." RM8.40 tertera kat digtal display tu. "Takpa nak, bagi pakcik RM5 cukup". "Btul ker pakci?.Halal yer".."Doakan pakcik.Doakan pakcik yer kakak." Dua kali pakcik ni balas.Semoga Allah permudahkan segala urusannya di dunia n akhirat..

Allah sungguh mulia hati pakcik ini. Siapaka dia yang sebenanrnya. Pemandu teksi bukan kekangan untuk dia menyebarkan dakwah.(amar makruf nahi mungkar). 

Untuk tatapan sahabat2 :




Peliharalah aurat kita wahai muslimah. Sungguh diri ini tidak sempurna lagi. Si gadis cilik ini sudah cakna tentangnya. Kita bila lagi???






12 Waktu-waktu mustajab Berdoa (",)



By : ana_muslihah1190

Angkatlah tangan dan berdoa pada Allah bersungguh-sungguh. Minta sepuas-puasnya. Allahlah pemilik cinta dan yang menasukkan rasa cinta kedalam insan-insan yang kita sayangi. Subhanallah..


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s. w. t. Di antaranya ialah:-

1- Semasa Lailatul-Qadar.

2- Ketika hujan turun.

3- Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

4- Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

5- Di tengah malam.

6- Di antara azan dan iqamah.

7- Ketika sujud dalam solat.

8- Ketika iktidal akhir dalam solat.

9- Ketika khatam Al-Quran(tamat) .

10- Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

11- Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

12- Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

salam imtihan buat shbt seperjuangan(",)



By : ana_muslihah1190


Salam imtihan buat semua sahabat2 di IPTA seluruh tanah air. Moga target sudah terpapar di dinding2 dan meja study. Azam juga sudah terpahat di hati. Jangan pernah difikir penat lelah yang terpaksa kita lalui. Ingatlah dan bayangkan saat sewaktu berjaya nanti. Masing-masing punya peranan yang masing2 di medan sendiri. Moga semua 'Pass with flying colours'.


Maaf dari diri ini yang mempunyai banyak cacat celanya. Lebih dekat-dekatkan diri dengan Allah di saat ini supaya hati bersih dan mudah menerima ilmu. Doa usaha dan tawakal itu penting.
Tapi perlu lah dengan disertakan dengan 'enthusiasm' ;


' Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW ; "Biarkan untaku dan aku bertawakal?" Nabi menjawab, "Ikatlah ia dan bertawakallah."
[Riwayat Ibn Hibban]


 Jangan lengahkan masa kerana belum tentu kita punyai nikmat kelapangan di kemudiannya.


":Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menunggu tiba waktu pagi. Apabila kmau berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu, dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu".
[Hadith riwayat al-Bukhari]


Jangan lupa minta restu dan doa abah dan ibu keran jika ibu bapa redha pada kita, bermakna Allah akan redha pada kita, tetapi sekiranya ibu bapa tidak redha pada kita, maka Allah takkan redha pada kita.


Doakan kejayaan bersama..