Tuesday, February 15, 2011

salam Maulidur Rasul ..

by : ana_muslihah

bismillahirahmanirrahim..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga Allah sentiasa mencucuri roh baginda seperti yang dijanji kan..


Siapakah insan istimewa yang menjadi kekasih Allah ini? Bagindalah penghulu agama Islam..Muhammad bin Abdullah nama diberi bermaksud terpuji..


Tanggal 12 Rabiul awal 53 sebelum hijrah/ 570 M lahirnya insan yang membawa rahmat sekalian alam..

Semoga hari keputeraan baginda hari ini mengingatkan lagi kita tentang besarnya jasa baginda dalam memperjuangkan Islam. Kalau difikirkan penat dan lelah, tentunya tidak adanya Islam tertegak di muka bumi sehingga kini..

Mari kita hayati Khutbah terakhir serta wasiat baginda.. moga sedikit sebanyak bertambahnya iman kita.Ameen..







KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.

Sunday, February 13, 2011

semuanya di tanganmu..14 Feb ...

by : ana_muslihah 


salamun alayk..

bismillahirahmanirrahim..

esok valentine day..lusa Maulud Nabi..
Say NO to VALENTINE DAY!! Ia hanya menyesatkan umat..

Sahabat..

Kenapa hari ini dikaitkan dengan kasih sayang? Ini kerana 14 Feb 270Masihi ini ialah detik ketika jatuhnya Islam di Sepanyol. Dan anggapan mereka islam itu kejam, jadi dengan jatuhnya Islam, mereka meraikannya.. Namun kita sebagai umat Islam tahu bahawa Islam itu sangatlah sempurna.Dan segala hukum2 di dalamnya adalah untuk memelihara kita sebagai penganut agama suci ini sendiri..

Kenapa lagi? 

Kerana pada 14 Feb ini juga kematian paderi St. Valentine yang dijatuhkan hukuman mati kerana didakwa mengahwinkan tentera2 secara rahsia.Dan kerana itu dikatakan hari ini hari untuk berkasih sayang..

Allah ..
Sanggupkan sahabat2 ku di luar sana untuk merayakan hari ini? Walau apa pun niat kalian..Namun niat tidak mehalalkan cara dan sanggupkah kalian meraikan hari dimana musuh2 kita meraikan kejatuhan agama suci Islam kita sendiri.
Sebagai sahabat, diri ini hanya mampu menasihat. Tetapi keputusan tetap di tangan kalian. Tepuk dada tanya iman..

Cukupkah cinta kita pada Pencipta segala yang ada yang di dunia dan alam semesta ini? Yang memasukkan rasa cinta ke dalam hati-hati insan yang kita kasih itu?

VALENTINE DAY bukan cara hidup Islam..

wallahu'alam..

Wednesday, February 9, 2011

Selawat Nur Muhammad > translation !!





Album : Nur Muhammad
Munsyid : In-Team & Unique
http://liriknasyid.com

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.


Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya


Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku


Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.


Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya


Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.


Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.


Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Monday, January 31, 2011

1936 (",) 2011



pelajar kita di mesir?? WSY?

ana_muslihah



Pergolakan di mesir? What say you? Negara Islam yang tidak kurang hebatnya. Hebat dari segi apa? Tempat untuk mencari ilmu? Namun kalian juga banyak kali mematahkan hasrat umat islam yang lain di saat bersekongkol dengan ISRAEL laknatullah..

Pergolakan yang berlaku akibat penentangan rakyat yang bertembung dengan askar dan tentera. Lebih menyulitkan lagi keadaan, semua medium perhubungan, facebook, twitter, internet, talian telefon etc terputus. Ini menyebabkan kerajaan kita sukar untuk mengesan kedudukan pelajar di sana. Sedangkan pelajar di bawah penajaan JPA yang punyai maklumat yang cukup sukar untuk dikenalpasti kedudukan mereka, inikan pula pelajar bukan tajaan yang pastinya sukar untuk dikenalpasti lokasi mereka. 

Hasrat rakyat untuk menjatuhkan kepimpinan Husni Mubarak membuak-buak. Seramai 11, 318 rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sana. Seramai 6,135 pelajar jurusan agama dan selebihnya perubatan. Subahanallah.. Ramainya. Bagaimana nasib kalian? Sahabat-sahabat saya juga. Semuanya berharap untuk dibawa pulang ke Malaysia sesegera mungkin. Di saat 6000++ banduan terlepas dan 'aim'nya rumah pelajar Malaysia. Doa kami moga kalian dilindungi oleh Allah SWT. Itu sahaja yang mampu dilakukan. Pohon doa kalian di luar sana juga. Kebarangkalian TLDM juga untuk memberikan bantuan?


Link web yang mungkin berguna untuk pembaca blog untuk isu ini;
(update keadaan dari masa ke semasa oleh student-student di sana)

Ada yang nak share? silakan..




Tuesday, January 25, 2011

:: U.M.A.R ::

by : ana_muslihah
 
bismillahirrahmanirrahim..

Gambar anak saudara ku yang first!! Namanya umar. "Nama penuh?" itu yang selalu ditanya. That is it, just UMAR bin Mohd Noreffendy. Nama abinya plak yang terlebih panjang. Takpe2, balance..Semoga si bayi kecil ini menjadi seorg yang mempunyai sifat-sifat yang ada pada dua khalifah Umar Abdul Aziz dan Umar al Khattab seperti harapan dan doa ummi dan abi nya. Sabar, weekend ni kita jumper yer Umar. 

Life is a cycle, now I already become a 'makcik'. =)

Tahniah abendi dan kak shy!!

Friday, December 31, 2010

2011 pula datang..

by : ana_muslihah

Salamun alayk..sedar tak sedar 2011 telah pon tiba..umur kita bertambah lgi sti nombor.. Namun apa yang kita sudah sumbangkan pada islam?Disaat umur 19tahun Sultan Muhammad al-Fateh(Sang penakluk) berjaya menakluk Kota Konstantinopel(kini Istanbul). Kita bagaimana?

"Janganlah salah seorang antara kamu mengharapkan kematian, jika dia orang yang berbuat baik maka mungkin sahaja kebaikannya akan bertambah dan jika berbuat buruk, mungkin sahaja dia akan memohon keampunan."
[Hadith Riwayat al-Bukhari]

Cuti2 Malaysia..Cuti sem pon dah berakhir..Mulakan hidup baru di sem4 dengan azam yang baru..Semangat yang baru..

Tuesday, December 28, 2010

Why do we read Quran, even if we can’t understand a single Arabic word?huh

by : ana_muslihah


This is a beautiful story. Once I've told my fwen about this..
Special dedicated to you my fwen:

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, “Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don’t understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur’an do?” The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, “Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water. The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, “You’ll have to move a little faster next time,” and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, “I don’t want a bucket of water; I want a basket of water. You’re just aganot trying hard enough,” and he went out the door to watch the boy try in.
At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, “See Grandpa, it’s useless!” “So you think it is useless?” The old man said, “Look at the basket.”

Th
e boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out. 

Son, that’s what happens when you read the Qur’an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.”

It will make us more calm when thinking of Allah. It might be slightly out of topic but seems there is no excuse for us to do zikrullah. For full time housewife [like me now :)] we still can perform the zikrullah in the same time doing the chores at home. For a driver, CDs mught be the right way so that we will stay calm in order to overcome traffics jam..

Make life wonderful in every single thing that we are doing so that we gain another side thing beyond the routine..
Every single thing is counted!!! Wanna a calm feeling? Settle work, task and chores? Fulfill parentts and frens request? Reward from the Almighty Allah? at the same time? 

LETS PERFORMS ZIKRULLAH AND QURAN IN EVERY SINGLE SECOND..insya Allah..till then :)

without any words..moga bermanfaat ^^