Friday, January 22, 2010

islam agama dagang

by : ana_muslihah



Bismillahirahmanirrahim...

Sihatkah hati kalian??

Kenapa islam ini dikaitkan dengan agama dagang??kerana sewaktu zaman jahiliah, islam datang dalam keadaan dagang yakni pelik/janggal..Tapi bila diakhir zaman, orang yang sedang berusaha untuk memperjuangkan islam atau paling kurg pon mempraktikkan islam juga dianggap pelik...

Tidak pelikkah ini??

"Anti sosiallah kmu nie.."
"Kenapa pelik sangat kmu nie? Tak bagi respon langsung.."
"Alah...Diakan budak nerd.."

Biasa dengar perkataan2 mcm nie??Hrrmmm... Ana x nak tuduh sesiapa dlm hal nie..Kerana ana sendiri sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ana. Cuma x kesah lah aper org nak kater sekalipun.. Kita harus sedar apa yang kiter sedang lakukan ini adalah cara hidup dalam islam...

Sebenarnya sahabat..mereka di sekeliling kita sedar tentang sebab mengapa ada sesetengah kawan mereka yang bersikap agak janggal bagi mereka..Dengan tidak bercampur gaul.. Sangat sukar melihat mereka bergurau senda di khalayak ramai..Mereka sangat sedar kenapa kawan2 mereka yang janggal itu bertindak sedemikian..Tapi mereka cuma tidak mempraktikkan apa yang mereka tahu itu..

Bagi yang tidak tahu..kawan2 kita ini bukanlah budak yang nerd..X suka bercampur gaul..Tetapi pada hakikatnya.. Ada batasan yang perlu mereka tegakkan..Sebenarnya jika dihayati mereka sedang memelihara satu mutiara yang berkilauan..Iaitu maruah mereka..

Dan sahabat,kenapa islam menggariskan begitu banyak panduan dalam urusan pergaulan?? Kerana agama adalah sesuatu yang memelihara diri kita dari keburukan..Tak mahukah kia turut sama memelihara diri kita dari keburukan hanya dengan cuba bergaul dengan cara yang disarankan dalam islam??? Dan mereka ini sedang mempraktikkan agama..

InsyaAllah sahabat..Selagi mana kita sedar bahawa kita tidak boleh bergantung harap pada org lain untuk memperjuangkan islam, kita harus sabar dalam menghadapi usikan2 nakal disekeliling kita.. Boleh jadi itu membuatkan kita rasa terasing dengan mereka ..Tapi kita masih boleh mencari persamaan dri segi approach yang lain..Mungkin dari segi hobinya, sukan, makanan etc..

Ana cuma berharap supaya kita semua dapat menegakkan dan memperjuangkan islam walaupun kita di medan yang berbeza2.. Sekalipun tidak, praktikkan islam as a way of our life.. Kerana di zaman ini mempraktikkan islam itu sendiri pun penuh dengan onak dan duri..Hanya dengan memelihara dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan islam lah kita dapat menongkah arus kehidupan ini..

Wallahu'alam...

Friday, January 15, 2010

hari wanita...


by : ana_muslihah

bismillahirahmanirrahim..

setelah lamer dirancang sejak sem lepas lagi..namun bru smlm bru program ini dpt dilaksanakan.. ana amat terharu dgn sahabat2 yang sanggup korbankn masa mereka demi progrm nie.. x luper juge pada akhawat dri ktf..jazakillah kalian..
antara activity kami : sesi taa'ruf, solat jemaah, tygn video, fiqh wanita, muhasabah diri, riadah, ldk, dhuha, bacaan al-Mulk & maa'thurat..

Namun x semudah yang disangka..byk halangan yg kami terpaksa harungi dlm menjayakan progrm hari wanita ni.. Tapi itu semua adalah cbrn...Melalui program nie, ana dapat kenal shbt2 ana dgn lebih rapat dan pastinya membuatkan ana raser bertambah sayang pada mereka..

Apa yang ana raser menjadi tggjwb ana untuk smpikan pada mereka sedikit sebyk telah terlaksana walaupun hakikatnya, ia sgtlah byk lagi..Tapi sekurg2nya ana nak mereka tahu yg ana sgt sayang mereka sbb itu ana tegur dn ajak mereka hadir sama..Tapi setiap segala seuatu itu dri Allah..kiter x mampu nak cmpakkan hidayah pada org laen yg kita syg kerana itu adalah urusan Allah..Tetapi kita tetap perlu berusaha untuk menyampaikan segala ilmu yang kita ada.. kerna rasulullah s.a.w. bersabda sampaikanlah dariku walau satu ayat pun.. & ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah..

Kalou sahabat sedar tentang tugas kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita tidak akan ada maser untuk rehat kerana setiap segala sesuatu akan dipersoalkan kelak di akhirat nnti..

Ya Allah, sesuangguhnya, aku sgt2 sygkan sahabat2ku ya Allah. Berilah limpahan iman &keindahan tawakal kepada mereka..Jika kami mati ya Allah, matikanlah kami sebagai para syuhada dlm memperjuangkan agamaMu.

Jika ukhwah kita ini ukhwah fillah... Izinkanlah aku menegur kalian di waktu kalian terleka..Dan kalian silalah tegurku di saat diri ini jauh dri jlnNya...Kerana aku x mahu persahabatan yang indah ini bertukar menjadi permusuhan kelak berhadapan dgn Allah nnti.. Nauzubillah..

Ukhwah fillah abadan abada..
Persahabatan kerana Allah selama-lamanya...

wallahu'alam..

Tuesday, January 12, 2010

betulkan niat, ikhlaskan hati


by : ana_muslihah




Bismillahirahmanirrahim..

Kebelakangan ini aku makin sibuk dengan tugasan2 yang x pernah kenal habis.. Ada sajer perkara yang bermain di kepala. Tapi tarbiyah disekeliling mengajarku betapa pentingnya istiqamah dalam sesuatu perkara. Biarpun sedikit tetapi istiqamah. Marah menguasai diri sampai orang yang baik denganku dimarahi dan disakiti..Maafkanku..Aku x pernah menyalahkan tarbiyah di sekelilingku.. Tetapi aku marah akan diriku kerana tidak betulkan niat dan ikhlaskan hati dalam berorganisasi. Islam itu menyenangkan dan menenangkan..Tapi kenapa aku gundah gulana dalam jalan ini? Kerana aku seakan-akan terlalu leka dengan tugasku sehingga aku melupakan sedikit ibadah rutinku dan niatku yang sebenar..astaghfirullahalazim...

Ingatlah sahabat..tujuan kiter berorganisasi adalah untuk memperjuangkan Islam, tetapi syaitan sentiasa di sekeliling kita menyuntik jarum2 hikmatnya dari segi pelbagai aspek. Hati, ibadah rutin, ikhtilat, ukhwah dengan saudara , dan komitmen terhadap pelajaran n mcm2 lagi..

InsyaAllah...reflect serta muhasabah diri setiap malam sebelum tidur serta qiamullail antara jalan yang terbaik..Walaupun kita di medn yang pelbagai..Tapi percayalah..we have the only one mission...

Untuk kembalikan izzah Islam...

Wallahu’alam..

Tuesday, January 5, 2010

kepada siapa kita berdakwah???


kepada siapa kita berdakwah???
by : ana_muslihah

bismillahirrahmanirrahim...

maaf atas kelewatan menge'post' blog mgu nie..
kat sini ana nak bagi pendapat dan yg paling tepat menyampaikan ilmu yg ana bacer dri buku lame kat mini library rumah ana bru2 nie.. tajuknyer,

"suri teladan di sepanjang jalan dakwah"


persoalannya...
Kepada siapa kita berdakwah kini? Dahulunya pada zaman nabi Muhammad s.a.w. , baginda dan para sahabat berdakwah atau menyampaikan seruan Allah kepada orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Pelbagai dugaan yang mereka terpaksa harungi demi menegakkan kalimah 'lailahailallah'.. Ini menunjukkan iman mereka pada zaman Rasulullah s.a.w. begitu mantap sehinggakan mereka tidak kisah diseksa bagaimana cara sekalipun tetapi mereka tetap dengan pegangan mereka iaitu Islam..

tetapi...

pada hakikatnya kini..kita haruslah sedar yang kiter sebenarnya berdakwah kepada saudara kita sendiri.

Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.(hujurat : 10)

Ini kerana kita yang berusaha untuk menjadi dai'e ini haruslah mengajar dan membantu sahabiah kita untuk kembali kepada cara hidup yang benar2 berlandaskan islam. Ini tidak lain tidak bukanlah kerana Islam yang tercatat di dalam MyKad kita itu merupakan agama anutan yang diwarisi..(islam warisan). Nauzubillah.. moga2 kita sedar bahawa islam agama suci indah yang kite sedang anuti ini bukan lah agama warisan tetapi agama yang kita pegang, agama yang kita anutinya kerana Allah SWT. Segala yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian kita semuanya berkait rapat dengan islam.

Rabbaniyah, Syumuliah, Alamiyah, Waqii'yah, Inqilabiyah, Thabat wa maghunnah..

Sedarlah sahabat, bahawa kita sekarang sedang diperang secara psikologi.. dimana kita sendiri yang harus berwaspada dalam menongkah arus kehidupan di dunia ini sebagai KHALIFAH ALLAH..

wallahu'alam..